|
www.komputer.com.my
|
|
Bab 1: Moral Reasoning and Ethical Theory
(Pertimbangan Moral dan Teori Etika) Latihan 1.1
Immanuel Kant percaya bawah moral adalah sesuatu yang universal dan setiap orang mempunyai dasar hak yang tertentu. Antaranya: · The right of free consent (Hak penyetujuan percuma) Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka bersetuju dan
bersedia untuk dilayan. · The right of privacy (Hak untuk bersendirian) Setiap orang mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka mahu di dalam kehidupan peribadi mereka, dan mereka ada hak untuk mengawal atau mendedahkan tentang aktiviti peribadi mereka · The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati) Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang selagi ianya tidak bertentangan kepercayaan masyarakat umum. · The right of freedom (Hak untuk kebebasan) Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat mengkritik suatu etika organisasi, selagi kritik-kritik mereka tidak mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi · The right of due process (Hak process berpatutan ) Jika seseorang percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama.
· Pengaruh Keluarga – Ibubapa banyak mempengaruhi kelakuan anak mereka · Pengaruh Rakan – Semakin meningkat dewasa, rakan-rakan kita sering kali mempengaruhi kelakuan kita. · Pengalaman Hidup – Pengalaman hidup seseorang banyak mempengaruhi corak hidup dan kelakuan etika. · Nilai peribadi dan prinsip moral – Kedudukan etika juga dipengaruhi oleh kedudukan dan kepentingan seseorang. · Faktor keadaan – Faktor keadaan juga boleh mempengaruhi tindakan seseorang. Walaupun sesuatu tindakan diketahui tidak beretika tetapi faktor keadaan boleh menyebabkan seseorang melanggar etika tersebut. Latihan 1.2
Antara kelemahan 5 teori etika yang dipelajari adalah: a) Eternal Law (Undang-undang Abadi/kekal)
b)
Utilitarianism · Sukar menentukan manfaat untuk masyarakat kebanyakkan. · Tidak ada satu kaedah yang dapat menentukan sama ada tindakan/keputusan yang dilakukan adalah “betul”, “baik” atau “wajar”. · Sukar untuk mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh masyarakat majoriti dengan pengorbanan masyarakat minoriti. c)
Universalism · Terlalu bergantung kepada perkiraan niat seseorang. · Sukar mengukur and kepentingan terhadap kewajiban atau tanggungjawap seseorang individu. · Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain kerana sebahagian dari kita akan memikirkan kehendak diri sendiri. d) Distributive Justice Teory (Teori Adil Pembahagi) · Keupayaan/usaha individu diabaikan/ tidak diendahkan. · Sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial keseluruhannya untuk membekalkan faedah/keuntungan ekonomi dan social. e) Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi) · Ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang sempit yang menghadkan hak negatif untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain Latihan 1.3 1. Apa itu etika? Bagaimana etika individu dibentuk? Etika biasanya telah didefinasikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Mendefinasikan etika individu sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu. Etika seringkali sering berhubungan dan tidak mempunyai nilai mutlak. Etika individu sering kali dipengaruhi oleh: · Pengaruh keluarga · Pengaruh rakan · Pengalaman hidup · Nilai peribadi dan prinsip moral · Faktor keadaan. |
Laman ini adalah hak persendirian. All other products mentioned are
registered trademarks or trademarks of their respective companies.
|