Casing hanya merupakan bekas
untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan
sebagainya. Terdapat dua jenis casing.
1.
Tower
– Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
2.
Desktop
– Desktop dan Slimline
Sebelum memilih casing kita kena tentukan
sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan peningkatan dimasa
hadapan atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk
majoriti pengguna.

Rajah 1: Jenis-jenis Casing.
|
Jenis Casing |
Saiz |
External Bays |
Internal Bays |
Sistem Pendingin |
Power Supply (Watt) |
Harga |
|
Full Tower |
Tinggi |
2 + 4 atau lebih |
3 hingga 5 atau lebih |
Tersangat baik |
250 hingga 375 atau lebih |
Sangat Mahal |
|
Mid Tower |
Pertengahan |
2 + 3 |
2 hingga 4 |
Sangat baik |
200 hingga 300 |
Mahal |
|
Midi Tower |
Pertengahan sehingga kecil |
2 + 2 atau |
2 hingga 4 |
Sangat baik |
170 hingga 300 |
Pertengahan |
|
Mini Tower |
Kecil |
2 + 2 |
2 atau 3 |
Baik |
170 hingga 250 |
Murah |
|
Desktop |
Kecil |
2 + 2 |
1 atau 2 |
OK |
150 hingga 230 |
Murah |
|
Slimline |
Kecil dan nipis |
1 + 2 |
1 atau 2 |
Kurang baik |
90 hingga 200 |
Pertengahan |
Jadual 1: Perbandingan Casing.
Monitor
Monitor
merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat imej.
Terdapat dua jenis monitor dipasaran.
1.
Tiub
sinar katod (cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama seperti
televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum
sebagai skrin paparan pada komputer
2.
Paparan
panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan
kuasa berbanding dengan CRT. Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding
dengan monitor dari jenis CRT
Terdapat
berbagai saiz monitor dipasaran diantara yang sering digunakan adalah bersaiz
14” dan 15”. Harga monitor bersaiz 15” sekitar RM 280 manakala harga monitor
bersaiz 17” pula sekitar RM 375. Perbezaan tidak lebih dari seratus ringgit.
Dari itu pembelian monitor bersaiz 17” merupakan pilihan yang baik.
Selain
dari saiz fizikal monitor perlu besar, resolusi (resolution) pada monitor perlu
diambil kira untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya
dikaitkan dengan saiz pixel. Semakin kecil saiz pixel semakin bagus kualiti
paparannya. Saiz pixel menggunakan ukuran mm (milimeter). Pixel bersaiz 0.18mm
lebih baik dari pixel bersaiz 0.22mm. Tetapi memandangkan harga monitor untuk
pixel bersaiz 0.18mm agak mahal, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah
mencukupi. Sekiranya masih tidak mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh
digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan ketelitian dari segi kualiti
paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur) paparannya.
|
Jenama |
Jenis |
Saiz |
Harga dalam RM |
|
Likom |
CRT |
15” |
280 |
|
LG |
CRT |
15” |
280 |
|
Samsung |
CRT |
15” |
310 |
|
ComeMon |
Panel Rata |
15” |
1060 |
|
Samsung |
Panel Rata |
15” |
1100 |
|
Likom |
CRT |
17” |
375 |
|
Digital |
CRT |
17” |
340 |
|
ComeMon |
Panel Rata |
17” |
2150 |
|
Samsung |
Panel Rata |
17” |
1750 |
Jadual 2: Perbandingan harga
monitor.

Rajah 2: Cara mengukur saiz monitor.
Rajah 2 menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz monitor . Sekiranya monitor bersaiz 17”, maka ukuran sepatutnya melebihi 16” dan tidak mungkin mendapat ukuran 17”. Ini disebabkan tiub tersebut perlu dihalang pada bekas monitor untuk mengelakkan tiub tersebut terkeluar dari bekasnya.

Rajah 3: Penyambung monitor
Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.
Motherboard (Papan Ibu)
Motherboard
merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan
seperti memori, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut,
pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya. Pemilihan
motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan
External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh
motherboard. Pengeluar motherboard utama adalah gigbyte (http://tw.giga-byte.com), Abit (http://www.abit-usa.com), Aopen (http://english.aopen.com.tw) dan asustek (http://usa.asus.com/).
Dari segi
prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang
penting kita kena pastikan setiap motherboard menyokong UDMA 133 untuk cakera
keras dan menyokong memori dari jenis DDR berkelajuan 400MHz atau
sekurang-kurangnya berkelajuan 333MHz. Pangkalan (port) seperti serial,
parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada
pada setiap motherboard. Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap
pengeluar. Selalunya motherboard yang mempunyai chipset jenama Intel agak mahal
berbanding dengan motherboard yang menggunakan chipset Via, Ali dan sebagainya.
Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya tahu
memproses data mengikut yang diarah tetapi dari CPU hendak ke memori, kad
paparan, komunikasi siri, komunikasi selari dan sebagainya memerlukan chipset
untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang macam polis trafik mengawal lalulintas
dijalan raya. Cuba bayangkan pagi Isnin tanpa polis trafik. Macam itu jugalah
perlunya Chipset di dalam motherboard.
Rajah 4: Motherboard keluaran Asustek untuk Pentium IV.

Rajah 5: Motherboard keluaran
Aopen untuk Pentium IV.
|
Pengeluar |
Jenis Motherboard |
Harga dalam RM |
|
Gigabyte |
Titan 533MHz |
240 |
|
Asustek |
P4S533E |
330 |
Jadual 3: Harga motherboard untuk sistem bus 533MHz.
Memori (Memory)
Memori
berfungsi menyimpan aturcara aplikasi, sistem pengendalian, perisian sistem dan
data yang sedang beroperasi. Semakin besar saiz memori akan meningkatkan
prestasi PC tersebut. Memori diukur berdasarkan KB atau MB, menggunakan Byte
bukan Bit. Ini kerana 8 bit bersamaan 1 byte bersamaan dengan satu ansara. Bit
ditulis sebagai ‘b’ manakala byte ditulis sebagai ‘B’. 1024KB bersamaan dengan
1MB. Terdapat banyak jenis memori dipararan, antaranya:
1.
SIMM
(Single in-line memory module) – Mempunyai saiz 30 atau 72 pin. Memori SIMM 30
pin untuk kegunaan PC zaman 80286 sehingga 80486 dan beroperasi pada 16 bit.
Memory 72 pin banyak digunakan untuk PC berasaskan Pentium dan beroperasi pada
32 bit. Kelajuan dirujuk mengikut istilah ns (nano second) seperti 80ns, 70ns,
60ns dan sebagainya. Semakin kecil nilainya maka lebih laju. DRAM (dynamic RAM)
dan EDO RAM (extended data-out RAM) menggunakan SIMM. DRAM menyimpan bit di
dalam suatu sel penyimpanan (storage sell) sebagai suatu bayaran elektrik
(electrical charge) yang mesti disegarkan semula (refesh) beratus-ratus kali
setiap saat untuk mengekalkan (retain) maklumat. EDO RAM sejenis DRAM yang
cepat, EDO menambah masa data output , dimana ia merancang masa di antara CPU
dan RAM. Memori jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer yang baru.

Rajah
6: Contoh SIMM 30 pin.

Rajah
7: Contoh SIMM 72 pin
2.
DIMM (dual in-line memory module) –
Bersaiz 168 pin, kedua belah modul
memori ini aktif, setiap permukaan adalah 84 pin. Ini berbeza daripada SIMM
yang hanya berfungsi pada sebelah modul sahaja. Menyokong 64 bit penghantaran
data. SDRAM (synchronous DRAM) menggunakan DIMM. Merupakan penganti kepada
DRAM, FPM (fast page memory) dan EDO. SDRAM teratur (synchronizes) memori
supaya sama dengan CPU clock untuk
pemindahan data yang lebih cepat. Pada
dasarnya, satu blok data dapat dihantar kepada CPU semasa yang lain sedang
bersedia untuk dicapai. Terdapat di dalam dua kelajuan iaitu 100MHz (PC100) dan
133MHz (PC133).

Rakah 8: Contoh DIMM 168 pin.
3.
DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM) –
Ciri-ciri DDR SDRAM serupa dengan SDRAM, tetapi pemindahan data (data transfer)
menghampiri kelajuan sistem jam (system clock) dan ini secara teori
menggandakan kelajuan SDRAM. Dahulu digunakan sebagai memori untuk kad paparan
tetapi kini pengeluar komputer membuatnya pada modul memori untuk motherboard
sebagai satu jalan alternatif untuk lebih pantas dari SDRAM. Mempunyai 184 pin.
Terdapat di dalam tiga kelajuan iaitu 266MHz, 333MHz dan 400MHz.

Rajah 9: Contoh DDR
SDRAM 184 pin.
4.
DRDRAM (direct Rambus DRAM) – Dulu
dikenali sebagai RDRAM. Adalah dari jenis SDRAM yang dibangunkan oleh Rambus.
DRDRAM digunakan untuk CPU dari Intel yang berkuasa tinggi. Pemindahan data
sama seperti DDR SDRAM tetapi mempunyai dua saluran data untuk meningkatkan
prestasi. Juga dikenali sebagai PC800
yang kerkelajuan 400MHz. Beroperasi dalam bentuk 16 bit bukan 64 bit.
Kini terdapat DRDRAM berkelajuan 1066MHz yang dikenali sebagai RIMM (Rambus
inline memory module). DRDRAM model RIMM 4200 32-bit menghantar 4.2gb setiap
saat pada kelajuan 1066MHZ.
Teknik Meningkatkan Saiz Memori
Seperti
yang diketahui memori terdapat dalam berbagai jenis, saiz dan kelajuan.
1.
Pemasangan
memori jenis SIMM 30 pin memerlukan empat keping untuk membolehkannya
beroperasi. Untuk meningkatkan saiz memori, empat keping memori perlu
ditambah.pada motherboard. Motherboard untuk CPU jenis DX seperti 386DX dan
486DX mempunyai 8 slot, manakala motherboard untuk CPU jenis SX seperti 386SX
dan 486SX mempunyai 4 slot.
2.
Memori
jenis SIMM 72 pin memerlukan dua keping untuk membolehkannya beroperasi. Oleh
itu ia memerlukan tambahan memori sebanyak 2 keping untuk meningkatkan saiz
memori. Motherboard untuk
3.
Memori
jenis DIMM 168 pin dan DDR SDRAM 184 pin hanya memerlukan sekeping untuk
beroperasi.
Kalau kita perhatikan, komputer
yang ditingkatkan saiz memori menunjukkan prestasi yang lebih baik. Membuka
aplikasi atau memproses data akan menjadi lebih pantas. Walaubagaimana pun
kejadian ‘hang up’, ‘freeze’ dan ‘blue screen’ sering
sahaja berlaku selepas peningkatan memori dilakukan. Ini berlaku disebabkan:
1.
Modul
memori yang ditambah tidak mempunyai kelajuan yang sama dengan kad memori yang
sedia ada. Semasa membeli pastikan jenis memori dan kelajuannya. Rupa modul
memori memang sama untuk setiap jenis tetapi mempunyai kelajuan yang berlainan
2.
Modul
memori menggunakan produk keluaran dari syarikat yang berbeza. Walaupun kita
telah pastikan modul memori yang dibeli adalah dari jenis dan kelajuan yang
sama tetapi setiap produk mempunyai perbezaannya sendiri
3.
Kerosakkan
static kerana kita cuai semasa proses pemasangan modul memori. Semasa proses
pemasangan kita mungkin telah memegang modul memori tanpa menyahcaskan diri
dari elektrik statik
|
Pengeluar |
Kelajuan |
Saiz |
Harga dalam RM |
|
Kingston |
266MHz |
128/256/512MB |
109/199/398 |
|
Apacer |
266MHz |
128/256/512MB |
118/216/410 |
|
Kingston |
333MHz |
256/512MB |
228/448 |
|
Apacer |
333MHz |
256/512MB |
229/435 |
Jadual
4: Perbandingan harga memori.

Rajah
10: Contoh DRDRAM 184 pin.
CPU
CPU (Central Processor Unit) atau
Unit Pemprosesan Pusat merupakan komponen utama yang mempengaruhi kelajuan
memproses data. CPU boleh dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem
komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang
dikehendaki dalam komputer. Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:
1.
Kelajuan
dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali sebagai CPU speed.
Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin
tinggi maka semakin lajulah data tersebut diproses
2.
Kelajuan
luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan kelajuan
diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan motherboard. Ia juga
dikenali sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah
400MHz maka motherboard mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran
berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka
prestasi komputer meningkat. Internal Bus boleh diibaratkan seperti highway 10
lorong, manakala External Bus pula adalah jalan susur keluar highway yang hanya
mempunyai 2 lorong. Walau besar atau lajunya sesuatu kereta di highway, bila
tiba susur keluar kereta tersebut perlu perlahan. Bayangkan sekiranya lorong
susur hanya satu lorong, maka kesesakkan akan berlaku bukan sahaja dilorong
susur keluar malah akan menyebabkan highway yang besar akan mengalami
kesesakkan. Jadi adalah perlu mempunyai External Bus yang besar untuk
memastikan tidak berlaku kesesakkan. Dari jadual 1, kita dapati Pentium IV
mempunyai kelajuan External Bus yang paling tinggi iaitu 400MHz sehingga
533MHz. Jadi tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna
yang mementingkan kelajuan.
|
Jenis CPU |
Internal Bus |
External Bus |
|
|
850MHz – 2.2GHz |
66 – 100MHz 400MHz (1.7GHz keatas) |
|
|
450MHz - 1.33GHz |
133MHz |
|
|
1.7 – 3.06 GHz |
400 – 533 MHz |
|
|
1.0 – 1.3GHz |
200MHz |
|
|
1700+ - 2800+ |
266 - 333MHz |
Jadual 5:
Perbezaan CPU Internal dan External BUS
3.
Saiz
Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz ingatan cache maka prestasi
CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah untuk
menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU. Sekiranya terdapat arahan yang
sama, maka CPU tidak perlu memproses semula arahan tersebut. Cache juga
berfungsi sebagai penimbal (buffer) diantara CPU dengan memori utama
kerana kelajuan cache lebih laju. Untuk lebih mudah memahami fungsi cache kita
bayangkan kita ada menerima 70 kotak berisi pelayan. Pada kotak yang pertama
kita mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pelayan dari kotak kerana kita
perlu memikirkan cara yang sesuai untuk membuka kotak tersebut agar tidak
merosakkannya. Untuk kotak kedua dan seterusnya, kita boleh membuka kotak
tersebut dengan pantas tanpa perlu memikirkan (otak = CPU) bagaimana caranya
membuka kotak tersebut. Ini kerana kita telah menyimpan di dalam ingatan kita
(cache) cara-cara untuk membukanya. Tidak perlu lagi terkedek-kedek melihat
keselurahan kotak atau membaca manual How to Open Box for Dummies.
Sebagai contoh lain yang menunjukkan fungsi cache memainkan peranan penting di
dalam prestasi komputer. Cuba lakukan pemasangan sistem operasi (operating
system) Windows 98 dengan ingatan cache L1 (internal cache) dan L2 (external
cache) dimatikan. Masa pemasangan akan mengambil sekurang-kurangnya 3 jam
berbanding sebelum ingatan cache dimatikan hanya mengambil masa 45 minit. Ini
kerana setiap fail di dalam bentuk .cab (cabinet) iaitu fail tersebut telah
dimampatkan (compress). Fail pertama dibuka agak lambat kerana perlu mengetahui
cara-cara untuk uncompress dan fail seterusnya CPU tidak perlu lagi
belajar cara-cara untuk uncompress kerana telah tersedia disimpan di
dalam ingantan cache. Sekiranya ingatan cache dimatikan maka setiap fail, CPU
terpaksa memproses semula cara-cara untuk uncompress fail tersebut. CPU
AMD Athlon dan Intel Pentium IV mempunyai saiz External cache yang sama. Untuk
itu, pilihan Intel Pentium IV adalah lebih sesuai kerana kelajuan dalaman dan
luaran Pentium IV lebih dari pesaingnya.
|
Jenis CPU |
Internal Cache (L1 Cache) |
External Cache(L2 Cache) |
|
|
32
KB |
128KB |
|
|
32KB |
256KB |
|
|
12k
µop + 8KB |
256KB |
|
|
128KB |
64KB |
|
|
128KB |
256KB |
Jadual 6:
Perbandingan CPU untuk L1 dan L2 Cache.
|
Jenis CPU |
Kelajuan |
Harga dalam RM |
|
|
1.1/1.2A/1.3/1.7/1.8 |
159/175/198/215/273 |
|
|
1.7/1.8A/2A/2.4/ 2.53/2.66/2.8/3.0 |
488/565/638/748/ 929/1158/1488/2398 |
|
|
1/1.3GHz |
125/158 |
|
|
1.7/1.8/2.0/2.1/2.2/2.4 |
215/265/328/395/595/790 |
Jadual 7: Perbandingan harga CPU
Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk
Drive)
Pemacu
cakera liut adalah peranti yang menerima cakera magnet fleksibel, iaitu cakera
liut, dan membaca atau menulis corak magnet yang sepadan dengan data yang
hendak didapatkan kembali atau disimpan. Pemacu cakera liut tidak mempengaruhi
prestasi terhadap komputer. Harga
sekitar RM 25 sehingga RM 27. Kapasiti formatting 1.44MB.

Rajah 11: Pemacu cakera liut
1.44MB.
Cakera Keras (Hard Disk)
Cakera
keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada
substrat aluminium yang diselaputi atau dilapisi biasanya dikedua-dua belah
degan bahan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju boleh mempengaruhi
prestasi komputer. Cakera keras yang dipilih mesti menyokong UDMA (ultra
direct memory access
) dan kelajuan pusingan sekurangnya 5400rpm. Sekiranya mampu kita boleh memilih
cakera keras berkelajuan 7200 rpm. Cakera keras merupakan storan sekunder yang
boleh menyimpan serta mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika
dibandingkan dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera
liut dan storan optik.
|
Ultra DMA |
Maximum Transfer Rate (MB/s) |
Defining Standard |
|
Mode 0 |
16.7 |
ATA/ATAPI-4 |
|
Mode 1 |
25.0 |
ATA/ATAPI-4 |
|
Mode 2 |
33.3 |
ATA/ATAPI-4 |
|
Mode 3 |
44.4 |
ATA/ATAPI-5 |
|
Mode 4 |
66.7 |
ATA/66 |
|
Mode 5 |
100 |
Ultra
ATA/100 |
|
|
133 |
Ultra
ATA/133 |
Jadual 8:
Perbezaan Mod UDMA
Semasa
pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat cable) yang
mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar maka kadar
maksima perhantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.

Rajah 12:
Cakera keras dari jenama Quantum.
Selain
cakera jenis sambungan IDE (Integrated Drive Electronics) terdapat
sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System
Interface) atau disebut ‘scuzzy’.
Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai digunakan pada
pelayan (server) kerana harganya agak tinggi.

Rajah 12:
Perbezaan diantara IDE 80 dan 40 wayar.
|
Jenama |
Kapasiti |
Kelajuan pusingan |
Harga dalam RM |
|
Maxtor |
30/40/60GB |
5400 RPM |
228/259/299 |
|
Seagate |
20/40GB |
5400 RPM |
212/269 |
|
Western Digital |
20/40GB |
5400 RPM |
220/259 |
|
Maxtor |
20/30/40/80GB |
7200 RPM |
228/242/285/390 |
|
Seagate |