DENGAN adanya bridge, dua sistem rangkaian setempat yang berlainan protokol dalam dihubungkan. Ini bermakna bridge melakukan tugas seperti pengulang tetapi pada lapisan yang lebih atas. Bridge melakukan tiga tugas serentak iaitu: 1. DATA: Penapisan paket (packet filtering) skim alamat MAC (MAC addressing scheme). 2. Mengubah dan menterjemah protokol dalam LAN, misalnya protokol Ethernet menjadi protokol Token Ring. 3. Menguat, membentuk dan membaiki isyarat sebelum dihantar. Bridges amat peka terhadap protokol LAN seperti TCP/IP, XNS, SNA dan sebagainya. Antara keperluan untuk menggunakan bridge ialah: 1. Meningkatkan kesesuaian antara protokol berlainan. 2. Meningkatkan kelajuan kerana LAN dibahagikan ke dalam beberapa segmen. Ini lebih elok dari mempunyai satu sistem rangkaian yang besar tanpa dibahagikan ke dalam beberapa segmen. 3. Keselamatan. Trafik yang berlainan boleh diasingkan. 4. Dua atau lebih LAN akan kelihatan seperti satu LAN pada pandangan pengguna. Operasi Bridge dan yang berkaitan dengannya akan dihuraikan minggu depan.