Kabel Token Ring Sistem kabel IBM masih lagi mempengaruhi topologi token ring. Kabel seperti twisted pair (UTP/STP), penyambung wayar, outlets dan panel pencawang masih lagi mengikut sistem kabel IBM. Teknologi token ring juga dikenali sebagai star-shaped ring. Ia dipanggil demikian kerana setiap stesen berlainan akan disambung ke wayar concentrator yang berbentuk bulatan, dengan setiap satu wayar boleh disambung ke lapan stesen. Selalunya token ring digunakan sebagai tulang belakang (backbone) sesuatu sistem rangkaian. Ini kerana cara ianya berfungsi dapat mengelak dari berlakunya pelanggaran data. Peralatan token masih boleh didapati di pasaran sekarang. Antara pengeluar yang masih menghasilkan barangan untuk token ring ialah Cisco. Dengan perkembangan teknologi pensuisan, terdapat juga token ring yang menggunakan pensuisan. Untuk keterangan lanjut sila ke http://www.cisco.com/wap/public/729/Token/first_wp.htm. Walau bagaimana pun, token ring bukan lagi pilihan yang tepat sekiranya anda ingin membuat sistem rangkaian baru yang menggunakan token ring sebagai tulang belakang. Ini kerana dengan kelajuan 16Mbps, token ring tidak mampu menampung komputer dan sistem ethernet berkelajuan 100 Mbps. ETHERNET Ethernet merupakan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) yang amat popular. Dianggarkan 40 juta nod Ethernet telah dipasang di seluruh dunia hingga tahun 1994. Ethernet telah dibangunkan oleh Dr. Robert M. Melcalfe di Pusat Penyelidikan Xerox di Palo Alto pada tahun 1970. Kelajuan Ethernet waktu itu hanya 3 Mbps dan dikenali sebagai Experimental Ethernet. Kini Ethernet berkelajuan 10 Mb/s atau dikenali juga dengan IEEE 802.3. Sesuai dengan perkembangan teknologi, ethernet telah dimajukan hingga mencapai kelajuan 100 Mb/s Fast Ethernet (IEEE 802.3u) dan Gigabit Ethernet (802.3z). Ciri formal Ethernet telah dikeluarkan dalam tahun 1980 oleh satu konsortium dan membina standard DEC-Intel-Xerox (DIX), juga dikenali sebagai Ethernet Version 1. Teknologi Ethernet kemudian diambil oleh jawatankuasa Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE 802) pada 1982 dan dikenali sebagai Ethernet Version II. Dalam tahun 1982, Novell Netware '86 telah dilancarkan dan pada 1985, standard itu dipanggil "802.3 Carrier Sense Multiple Access with Collision Detection (CSMA/CD) Access Method and Physical Layer Specifications. Standard ini kemudian diambil oleh International Organization for Standardization (ISO). Cara Operasi Setiap stesen di dalam sistem Ethernet akan berkongsi isyarat dan dihantar secara bersiri, iaitu satu bit untuk satu masa. Untuk menghantar data, setiap stesen akan "mendengar" samada saluran (channel) atau sistem berada dalam keadaan tidak aktif (idle) kerana ia hanya menghantar data di dalam bentuk kerangka (frame) ketika sistem tidak aktif. Untuk memastikan setiap steesen mendapat peluang yang sama, satu mekanisma yang dipanggil Medium Access Control (MAC) akan diletakkan di setiap antaramuka stesen. Sistem yang mengawal MAC, dipanggil Carrier Sense Multiple Access with Collision yang menghantar isyarat tadi menerima maklumat pelanggaran tersebut. Ini akan menggerakkan stesen tadi membuat jadual penghantaran isyarat yang baru menggunakan teknik yang dipanggil backoff algorithm. Dengan menggunakan teknik tersebut, setiap stesen akan memilih masa untuk menghantar isyarat secara rambang. Walaupun pelanggaran berlaku didalam sistem Ethernet, pengguna tidak perlu risau kerana adalah satu perkara yang lumrah untuk sistem Ethernet. Tiada data akan hilang sekiranya berlaku pelanggaran tersebut. Ini kerana setiap kali berlakunya pelangggaran, stesen akan menghantar kembali isyarat tersebut. Semakin besar sistem Ethernet maka peluang untuk berlaku pelanggaran makin besar. Tetapi dengan menggunakan teknik CSMA/CD, pelanggaran pada kadar mikro saat tidak akan mengganggu sistem Ethernet tersebut. Apa akan berlaku dengan pelanggaran data melebihi 16 kali? Jawapannya minggu depan.