DI dalam sistem Ethernet yang kadar trafik yang tinggi, kemungkinan berlakunya pelanggaran secara serentak dengan pelanggaran lain adalah perkara biasa. Tetapi sekiranya berlaku perlanggaran sebanyak 16 kali secara berterusan, maka isyarat kerangka (frame) tersebut akan ditamatkan. Sukar untuk ditentukan kadar pelanggaran yang akan menyebabkan sistem rangkaian menjadi pincang. Secara amnya, jika lampu tanda pelanggaran (collission) berlaku menyala hampir setiap saat, kemungkinan sistem rangkaian yang dibina mengalami kepincangan. Seperti yang diketahui, pelanggaran berlaku apabila lebih dari satu stesen menghantar isyarat ke dalam saluran Ethernet pada satu masa. Dengan ini timbullah keperluan mencipta agar kemungkinan pelanggaran kerap berlaku amat rendah dalam sistem rangkaian. Salah satu cara ialah dengan memecahkan sistem rangkaian kepada subnet yang lebih kecil. Ini dapat dilakukan mengunakan bridge atau router. Tetapi sekiranya tiada peruntukan membeli peralatan tersebut, kita masih boleh guna pelayan (server) sebagai router. Caranya ialah dengan memasang beberapa kad rangkaian (NIC: Network Interface Card) dan setiap kad ini disambung ke hub. Bagaimana teliti ia dicipta, kemungkinan berlaku pelanggaran dan kehilangan data tidak dapat dielakkan. Oleh itu, adalah menjadi tugas penting kepada perisian komputer untuk menentukan data yang dihantar selamat diterima oleh penerima. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan perisian yang memeriksa setiap data yang dihantar dan diterima atau lebih dikenali dengan Error Checking. Ada beberapa sebab mengapa kadar pelanggaran begitu tinggi dan antaranya ialah: 1. Trafik yang banyak disebabkan bertambahnya bilangan stesen. Ini dapat diatasi dengan memastikan bilangan stesen yang rendah bagi setiap subnet. 2. Bertukar cara penggunaan komputer. Jika dulu fail berbentuk teks banyak digunakan, kini fail itu mengandungi banyak grafik. 3. Kerosakan kepada komputer peribadi. Antara kerosakan lazim ialah: - NIC mengalami kerosakkan. - Terdapat VIRUS yang mengganggu kelancaran komputer peribadi. - Peningkatan suhu. Selalunya kipas dalaman tidak berfungsi. Ini merupakan kerosakan yang kerap berlaku dan sukar untuk menentukan komputer mana kipasnya tidak berfungsi kerana komputer berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda ia mengalami masalah. Sebaliknya ia akan menyebabkan komputer di dalam subnet yang sama mengalami masalah ketika ingin berkomunikasi dengan pelayan. 4. Gangguan kebisingan (noise) kabel elektrik. Ini mungkin terjadi sekiranya kita memasang kabel untuk sistem rangkaian dan elektrik dalam satu saluran yang sama. 5. Kerosakkan perisian komputer.