S: SAYA membeli sebuah majalah komputer yang bernama `CD-ROM Magazine', tahun lalu. Majalah ini mempunyai satu CD, iaitu `CD-ROM Magazine Interactive'. CD ini menggunakan sejenis sistem yang dikenali sebagai `Quick Time for Windows'. Saya menggunakan software di CD ini, tetapi bukan semua software yang saya gunakan. Antara software yang saya tidak boleh gunakan ialah CD ROM MAGAZINE, semasa saya bermula menggunakan software ini, monitor komputer akan mengeluarkan satu ayat `Programcaused a General Protection Faoult in modeule CX ITLV. DRV at 000:1 : 08c1." Walaupun saya sudah memenuhi syarat-syarat ditentukan oleh software itu iaitu komputer berCPU 80386 atau lebih baik dengan 4Mb RAM dan lain-lain, tetapi saya masih tidak boleh gunakannya. Beberapa bulan lalu saya menghantar ke kedai komputer untuk menyelesaikan masalah ini tetapi gagal. Tetapi, software `CD ROM MAGAZINE' berjalan dengan lancar di komputer Wearnes yang didapati dalam kedai komputer itu. Apakah masalah yang menyebabkan software `CD ROM MAGAZINE' saya itu tidak boleh digunakan? Chang Lee Churn J: Cxitlv. drv adalah pemacu penayangan kad paparan Trident. Untuk menentukan pemacu yang digunakan menyebabkan `General Protection Fault', cuba tukarkan pemacu kad paparan kepada mod VGA. Sekiranya program dapat berfungsi dengan baik, pasang semula pemacu untuk Trident. Jika masih gagal berfungsi, sahlah pemacu punca masalah. Dengan ini anda perlu membuat perubahan kepada fail CONFIG.SYS, iaitu menambah atau mengubahsuai yang mana berkenaan: Switches/F (ini untuk mematikan lengahan 2 saat) DEVICE = C :[TC]DOS[TC] SETVER.EXE DEVICE = C:[TC]DOS[TC] HIMEM.SYS DEVICE = C:[TC]DOS[TC] EMM 386. EXE NOEMS HIGHSCAN DOS=HIGH,UMB Buffers = 20 Files = 40. dan matikan semua program TSR yang ada. Selamat mencuba.