Soalan: Benarkah DOS hanya digunakan pada komputer yang mempunyai dua pemacu cakera dan tidak demikiannya pada komputer dengan satu pemacu cakera. Jika benar, bila DOS digunakan. Lin, Kota Kinabalu. Jawapan: Tidak benar. DOS diperlukan untuk semua komputer sama ada yang mempunyai satu atau dua pemancu cakera. Apabila komputer dihidupkan DOS telah pun berfungsi dengan menjalan 2 fail tersorok, iaitu IO.SYS dan MSDOS.SYS dan seterusnya COMMAND.COM. Tanpa ketiga-tiga fail ini, komputer tidak dapat berfungsi. DOS digunakan pada masa tertentu sahaja. Apabila program seperti Windows atau pemproses perkataan dilaksana, DOS tidak berfungsi secara aktif, sebaliknya berada di belakang aplikasi dan memanti waktu bila ia akan digunakan nanti.