S: 1. Di dalam sesuatu karangan itu ada beberapa huruf jawi tidak keluar apabila ia dicetak. Yang peliknya huruf-huruf lain keluar dengan sempurna. Apakah punca masalah ini dan mengapakah ia terjadi? 2. Mengikut Arabic/jawi yang pertama mestilah di sebelah kanan, tapi apabila saya lanscapkan halaman sepatutnya yang pertama itu mestilah sebelah kanan. Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Apakah langkah yang perlu saya lakukan bagi mengatasinya? 3. Perisian Word For Windows (Arabic) apabila diarahkan Justify pada perenggan gabungan jawi & rumi barisan-barisan tersebut tidak sama (Justify) Bagaimana mengatasi masalah ini? Mohd Dzhahir B. Abd Rahman, Ipoh. J: Dari contoh yang diberi, didapati hanya huruf mim sahaja yang tidak dicetak dengan baik. Ini tiada kena mengena dengna pemacu (driver) pencetak yang digunakan. Masalah yang dihadapi disebabkan oleh program Word For Windows (Arabic) itu sendiri. Walaupun program itu dibuat untuk Arabic tetapi kod sumber (source code) masih lagi diambil dari Word For Windows (English). Dengan ini kebanyakan arahan masih menggunakan teknik roman dan anda terperangkap dengan perbezaan antara abjad Arabic dan Roman. Elok jika anda mendapatkan versi yang baru dan khas untuk kawalan penulisan dari kanan ke kiri.