Soalan: Bagaimanakah cara melindungi maklumat daripada dicuri? - Ahmad Ismail, Senaling, Negeri Sembilan Jawapan : Untuk mengawal maklumat dari dicuri anda boleh menggunakan perisian pihak ketiga yang menyediakan kemudahan itu. Dengan DOS anda boleh menyorok maklumat tanpa diketahui orang lain. Cuba guna arahan ini: ATTRIB +H (nama fail). Maksud H ialah hidden, iaitu disorok atau dilindungi. Apabila anda ingin membaca balik data tersebut arahan ATTRIB -H nama file perlu digunakan.