SOALAN Saya telah membaca buku MS DOS6 dan MS Windows edisi Bahasa Melayu. Dalam buku itu mengatakan bahawa DBLSPACE boleh dilakukan terhadap komputer tanpa mendatangkan akibat yang buruk tetapi bila saya cuba melakukannya, komputer memberi amaran "anda mungkin kehilangan data-data penting". Bolehkah pihak tuan menerangkan apakah lagkah-langkah yang boleh digunakan dengan arahan DBLSPACE, DEFRAG dan MEMAKER. Kamarol Zaman Che Hassan, Machang. JAWAPAN : DBLSPACE digunakan untuk menggandakan kapasiti cakera keras. Pada dasarnya menggandakan cakera keras tidak mendatangkan risiko kepada data yang tersimpan di dalam cakera keras, tetapi perlu diingatkan prestasi keseluruhan komputer akan menurun kerana data yang diperlukan oleh CPU terpaksa di`uncompress' dan Bila tiba masa untuk menyimpan, data itu perlu dimampatkan semula. Cara-cara melakukan DBLSPACE. 1. Matikan semua program TSR yang ada. 2. Sebagai langkah keselamatan, buat salinan semua data-data yang penting ke dalam disket. 3. Gunakan arahan DBLSPACE, dan ikut arahan yang dipaparKan. Sebelum arahan DEFRAG digunakan, lebih selamat melaksanakan SCANDISK dahulu untuk memeriksa keadaan cakera keras dan membuat pembetulan jika ada masalah. Lakukan SCANDISK dan DEFRAG kira-kira seminggu sekali. MEMMAKER digunakan untuk meningkatkan penggunaan ingatan komputer dengan memindahkan arahan pemacu (device drivers) dan program TSR ke ingatan bahagian atas (upper memory). Anda hanya perlu menaip MEMMAKER dan ikut arahan yang diberi. Sekiranya soalan `Do you use any programs that need expanded memory (EMS)' dipaparkan, anda boleh memilih untuk menggunakan expanded atau extended memory. Sekiranya anda mempunyai `sound card' dan suka main `games', anda perlu menjawab `Yes'. Tetapi sekiranya anda menjawap `No', perisian Windows akan berfungsi dengan lebih laju dan stabil. Sekiranya selepas melaksanakan Memmaker, ada program yang tidak berfungsi dengan baik, anda boleh mendapatkan semula `configuration' asal melalui arahan MEMMAKER/UNDO.