Soalan: Sila terangkan sistem RAID. - Patricia Lee, Kuala Lumpur. Jawapan : Sistem RAID diperkenalkan untuk digunakan di dalam Sistem Rangkaian iaitu untuk pelayan. Sistam Raid befungsi seperti pendua (mirror). Sebagai contoh: Sebuah sistem pelayan (Novell) mempunyai empat cakera keras, A, B, C dan D. Sistem Raid akan berfungsi membuat penduaan untuk keempat-empat cakera keras tersebut. Ini bermaksud data di dalam cakera keras A sama dengan data yang ada di dalam B dan data di dalam cakera keras C sama dengan data di dalam D. Dalam erti kata lain sistem Raid bertindak sebagai membuat penduaan secara automatik.