Soalan: Komputer saya jenis 386SX dengan 1MB RAM dan saya ingin menggunakan Windows 3.1. Adakah saya perlu mengubahsuai komputer supaya Windows 3.1 dapat digunakan? Apakah yang perlu diubahsuai dan berapakah anggaran belanjanya. Ong, Kota Bharu. Jawapan: Untuk melaksanakan Windows 3.1 anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 MB RAM tetapi dicadangkan anda meningkatkan RAM menjadi 4MB supaya pelaksanaan Windows tidak terlalu lembap. Harga 1 MB RAM ialah antara RM 95.00 hingga RM 145.00, bergantung kepada jenisnya.