Soalan: Mengapa virus wujud dan cara-cara pencegahannya. Mengapa komputer boleh jadi satu ancaman? Chairol Azmi Abdullah, Kuantan. Jawapan: 1. Virus komputer adalah program yang dibuat untuk mengganggu operasi komputer. Kebanyakan virus komputer bertindak ke atas fail program (*.exe dan *.com). Antara sebab mengapa virus computer dicipta adalah: a) Cabaran menulis program dan kepuasan jika dapat menghasilkan virus. Virus juga adalah program yang ditulis. b) Melindungi program dari mudah dicetak rompak, terutama program games. Awas jika anda rajin menyalin program dari komputer orang lain, terutama games. c) Mencipta virus untuk mendapatkan wang dengan cara menjual perisian anti virus dan sebagainya. Cara-cara mencegah virus dari menjangikiti komputer anda: a) Jangan mencetak rompak. b) Amalkan tabiat guna disket sendiri untuk komputer sendiri. Jangan guna disket orang lain atau memberi orang lain menggunakan disket anda. c) Selalu upgrade perisian anti virus yang digunakan. Bergantung kepada cara kita menggunakannya. Kalau komputer digunakan untuk membunuh, merosakkan atau membinasakan maka komputer tersebut membawa ancaman kepada kita.