Apabila pelajar melawat tempat saya berkerja, perkara yang
pertama yang WAJIB ditanya adalah:
“Encik, topologi apa yang digunakan di dalam sistem rangkaian
pejabat ini, Bus, Ring atau Star?”
Jawapan saya:
“ Semua ada”
Pelajar yang bertanya selalunya senyap seketika
memikirkannya.
Bila membicarakan mengenai sistem rangkaian, Terdapat tiga
topologi utama yang digunakan untuk sistem rangkaian
- BAS (BUS)
- CECINCIN (RING)
- BINTANG (STAR)
Gabungan
dari dua atau lebih tolopogi di atas akan menghasilkan dua jenis iaitu;
- Mesh
- Tree/Hybrid
Topologi ini yang paling mudah dan selalu digunakan untuk
mewujudkan rangkaian komputer dengan segera. Apa yang perlu hanyalah menyambung
setiap alat seperti komputer dan mesin pencetak secara bersiri. Kaedah ini
sangat mudah dipasang tetapi jika terdapat sebarang kerosakkan pada satu kabel
maka semua alat atau komputer di atas segmen itu tidak boleh beroperasi. Sila
rujuk rajah 1 dan 2.

Rajah 1: Topologi Bas

Rajah 2: Topologi Bas
Kebaikkan
- Pemasangan amat mudah dan murah.
Mudah untuk menambah nod (nodes) iaitu dengan menyambung nod baru
secara bersiri
- Sesuai untuk sistem rangkaian
yang kecil
Keburukkan
- Sekiranya satu kabel mengalami
kerosakkan, sistem rangkaian akan pincang
- Setiap
kali penambahan peralatan sistem rangkaian seperti PC akan menyebabkan
gangguan sistem rangkaian. Ini kerana sambungan BUS perlu di cabut untuk
menambah kabel dan penyambung (connector)
- Hanya
sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil. Ini kerana apabila jumlah
komputer telah bertambah, kita sering terlupa dimana mula dan akhirnya
penamat (Terminator) 50 ohm. Sekiranya kita tidak
mengetahuinya, maka proses baik pulih rangkaian akan mengambil masa yang
lama.
Teknik Membaiki
Sekiranya terjadi kepincangan di dalam
sistem rangkaian, sila pastikan:
- Anda mengetahui mana pangkal dan
hujung sambungan kabel tersebut
- Sekiranya
mengunakan kabel RG58 (Thin Wire - 10Base2) pastikan terminator 50-ohm
dipasang dengan betul dikedua-dua hujung kabel
- Sekiranya
terminator dipasang dengan betul, kecilkan sistem rangkaian kepada dua
buah komputer. Sila Rujuk rajah 3. Sekiranya sistem rangkaian pulih
seperti sediakala, lakukan penambahan komputer satu persatu sehinggalah
kita dapati berlakunya kepincangan dalam sistem rangkaian. Sebagai contoh:
Sekiranya kita tambah komputer dari dua kepada tiga dan kita dapati
berlakunya kepincangan dalam sistem rangkaian. Maka kabel RG58 yang
menyambung dari komputer nombor B dan C telah rosak. Kita hanya perlu
menukar kabel yang menyambung komputer B dengan Komputer C. Tetapi perlu
diingatkan bahawa setiap kali kita menambah komputer, terminator 50 ohm
perlu di pindahkan kepada penghujung kabel di komputer yang pertama dan
yang terakhir

Rajah
3: Teknik membaik pulih topologi bas
Selain
menggunakan kabel RG58 atau lebih dikenali dengan Thin wire atau
10Base2, kabel thick wire atau 10Base5 juga digunakan dalam topologi
Bus. Tetapi kabel thick wire selalu digunakan sebagai tulang belakang (backbone)
kepada segmen rangkaian yang lebih kecil. Penyambung (connector) yang
selalu digunakan adalah jenis Vampire tap. Dipanggil Vampire tap kerana
terdapat tiga jarum yang panjang macam taring Dracula.
Sekiranya
terdapat sebarang kepincangan dalam bas yang mengunakan thick wire, kita
perlu mencabut satu persatu Vampire tap untuk mengetahui disegmen mana
yang menyebabkan berlakunya kepincangan tersebut. Tidak perlu memeriksa
kerosakkan pada kabel jenis 10Base2 kerana dari pengalaman saya kabel jenis ini
tidak pernah rosak. Kerosakkan selalunya berlaku pada penghantar-terima (Transceiver)
pada Vampire Tap.
Topologi Cecincin (Ring Topology)
Dengan topologi cecincin, setiap elemen komputer di disambung
bersiri dan dibentuk dalam bulatan. Sekali lihat, ia hampir sama dengan
topologi BAS. Tetapi kedua hujung kabel ditemukan untuk membentuk bulatan. Sila
rujuk rajah 4.

Rajah
4: Topologi Cecincin
Cecincin Token (Token
Ring) and kabel appletalk menggunakan konsep cecincin.
Kebaikkan
- Mudah untuk memasangnya dan
memerlukan kabel yang pendek sahaja
- Sistem rangkaian akan menjadi
lebih besar
- Prestasi yang lebih baik sekiranya
beban sistem rangkaian bertambah tinggi
- Sesuai digunakan sebagai tulang
belakang (back bone) sistem rangkaian
Keburukkan
- Setiap penambahan akan menyebabkan
sistem rangkaian terganggu kerana terputusnya hubungan di dalam cecincin (ring)
- Kepincangan berlaku apabila MAU
(penyambung) mengalami kerosakan
- Prestasi kurang baik untuk sistem
rangkaian yang kurang sibuk
Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi Bintang merupakan topologi yang
menyambung segala elemen dalam rangkaian ke satu pusat. Segala kabel yang
menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu titik. Dengan
topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen
lain tidak berfungsi. Sila rujuk rajah 5.
Kabel pasangan
dawai kembar terpiuh tidak bertebat (Unshielded twisted pair)atau UTP
merupakan jenis kabel yang popular mengunakan topologi bintang.
Kebaikkan
- Sesuai untuk sistem rangkaian yang
besar dan amat mudah untuk membesarkannya
- Prestasi sistem rangkaian boleh
dipertingkatan dengan menggunakan mengantikan hab (hub) kepada suis
(switch)
- Boleh menggunakan berbagai jenis
kabel UTP, STP dan sebagainya
- Mudah melakukan kerja
penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang kepincangan sistem
rangkaian. Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus ke
peralatan.

Rajah 5: Topologi Bintang
Keburukkan
- Kos yang
tinggi sedikit kerana memerlukan hab
- Kerosakkan hab akan menyebabkan seluruh rangkaian akan lumpuh
Topologi Mesh
Apabila
peralatan disambung kesemua nod sistem rangkaian yang ada. Dengan kata lain,
sekiranya terdapat 10 peralatan di dalam sistem tersebut, maka satu peralatan
akan disambungkan secara terus kepada 9 peralatan lain, begitu juga sebaliknya.
Sila rujuk rajah 6

Rajah
6: Topologi Mesh
Tree/Hybrid (Campuran)
Juga
dikenali sebagai hybrid. Ia merupakan beberapa sistem rangkaian berbentuk
bintang sambungkan kepada topologi Bas sebagai tulang belakang (back bone)
sistem rangkaian.
Seperti
dua atau lebih hab disambungkan kepada peralatan cecincin token (token ring)
atau kabel 10Base5. Sila rujuk rajah 7.

Rajah
7: Topologi Hybrid
Ringkasan
- Terdapat 3 jenis topologi utama
iaitu Bas, Cecincin dan Bintang.
- Toplogi Bintang merupakan tolopogi
yang mudah digunakan untuk syarikat-syarikat kecil.
- Topologi Hybrid (Campuran)
diantara 3 topologi. Apabila sistem rangkaian bertambah besar, topologi
jenis ini sering digunakan.
- Topologi Mesh selalu digunakan
oleh ISP (Internet Service Provider) untuk memastikan kerosakkan satu
talian tidak akan menganggu perjalanan sistem rangkaian.
Soalan.
- Sebutkan tiga jenis topologi asas.
a) ______________
b) ______________
c) ______________
- Jenis kabel yang digunakan untuk topologi bas.
a) RG58
b) UTP
c) Fiber Optik
- Jenis kabel yang sering digunakan di dalam topologi bintang.
a) RG58
b) UTP
c) Fiber Optik
- Vampire Tap digunakan di topologi ________.
a) Bas
b) Bintang
c) Cecincin
- Jenis kabel yang digunakan untuk Vampire Tap
a) Thin Wire
b) Thick Wire
c) UTP
- Penggunaan Hab, menggunakan topologi ______.
a) Bas
b) Bintang
c) Cecincin
- Sistem 10Base2 dan 10Base5 menggunakan topologi ___.
a) Bas
b) Bintang
c) Cecincin
- Di dalam sistem rangkaian yang besar topologi jenis ___________
sering digunakan.
a) Hybrid (Campuran)
b) Bintang
c) Cecincin
- Topologi _______selalu digunakan oleh ISP (Internet Service
Provider) untuk memastikan kerosakkan satu talian tidak akan menganggu
perjalanan sistem rangkaian.
a) Hybrid
b) Mesh
c) Bintang
- Kerosakkan kabel sambungan kepada peralatan komputer akan
menyebabkan kepincangan kepada seluruh sistem rangkaian KECUALI menggunakan sambungan jenis…
a) Bus
b) Bintang
c) Cecincin
Jawapan.
- a) Bas, b) Cecincin c) Bintang
- a) RG58
- b) UTP
- a) Bas
- b) Thick Wire
- b) Bintang
- a) Bas
- a) Hybrid
- b) Mesh
- b) Bintang