Bab 8 Resource Management And
Project Directing (Pengurusan Sumber dan Mengarah Projek)
Definasi untuk
pemberian sumber adalah “pemberian
sumber fizikal untuk aktiviti yang berbeza”.
Sumber boleh
terdiri daripada item(benda) atau orang yang diperlukan untuk menjalankan
projek. Sumber terdiri daripada tujuk kategori iaitu:
Peruntukan sumber
akan dilaksanakan semasa aktiviti membuat jadual, penjadualan sumber dan penjadualan
kos.
8.1 Creating
Critical Path (Penciptaan Laluan Kritikal)
Jika terdapat sebarang kelewatan semasa akitiviti
laluan kritikal, ia juga akan menyebbakan projek lambat disiapkan. Bilangan
jumlah penangguhan bergantung kepada penangguhan aktiviti laluan kritikal.
Pengurus dapat menentukan tarikh awal dalam menyiapkan projek itu dengan
mengenal pasti dan analisis laluan kritikal. Laluan kritikal yang baru boleh
muncul akibat penjadualan sumber. Apabila berlaku kelewatan pada permulaan
aktiviti disebabkan sumber yang terhad, ia akan menyebabkan aktiviti itu
menjadi penting. Ianya menjadi lebih teruk jika semua sumber telah digunakan
ketahap maksima. Seterusnya, ini akan menyebabkan sumber yang diperlukan untuk
aktiviti seterusnya akan lambat diterima. Sekiranya terdapat aktiviti sumber
yang saling berkait, kerumitan akan berlaku (terutama pada projek-projek
besar). Sebagai contoh: jika aktiviti yang kebelakangan sudah pun pada tahap
kritikal jika dibandingkan dengan permulaan akitiviti, peningkatan kritikal
boleh berlaku apabila terdapat aktiviti yang menggunakan sumber yang saling
berkait.
8.2 Factors That Affect Human Factor
Allocation (Faktor Yang Mempengaruhi Peruntukan Faktor Manusia)
Terdapat enam faktor yang memberi kesan kepada
faktor pemberian manusia:
|
Faktor |
Penerangan |
|||
|
Availability (Tersedia) |
Pengurus projek mesti senantiasa sedar terhadap
ketersediaan individu yang dipertanggungjawabkan kepada tugas-tugas tertentu |
|||
|
Resource Working Duration (Jangka Masa Sumber Kerja) |
Jangkamasa Aktiviti
Peratusan Sumber Tersedia |
|||
|
Criticality (Tahap Kritikal) |
Apabila banyak pekerja berpengalaman diletakkan
untuk aktiviti yang mempunyai laluan kritikal, ini akan menjadikan jangka
masa projek menjadi singkat atau boleh mengurangkan risiko |
|||
|
Risk (Risiko) |
Dalam menguntukkan kakitangan, faktor mengenal
pasti aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan risiko besar dan mengetajhui
faktor yang mempengaruho mereka mesti diambil kira. Kakitangan berpengalaman
selalunya lebih mahal. Tetapi ia mempunyai kesan yang besar dalam mengurang
masalah tidak pasti pada keseluruhan projek apabila meletakkan kakitangan
seperti ini pada aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi |
|||
|
Training (Latihan) |
Organisasi boleh memperolehi banyak manfaat jika
kakitangan baru diberi peluang untuk menjalani latihan untuk membina
kemahiran mereka |
|||
|
Team Building (Kerja Berpasukan) |
Pemilihan individu untuk menganggotai pasukan
projek mesti mengambil kira kepaduan, kerja sama dan pengalaman individu
tersebut |
8.3 Identifying Resource Requirements and
Scheduling Resources (Mengenal Pasti Keperluan Sumber dan Penjadualan Sumber)
Pelan peruntukan sumber mestilah menyeluruh dalam
menyenaraikan aktiviti yang memerlukan sumber. Senarai keperluan sumber nanti
akan dilaksanakan ke atas pelan aktiviti dalam usaha untuk pengagihan sumber di
seluruh projek tersebut. Pelan aktiviti akan diwakilkan dalam bentuk carta bar.
Dari situ, histogram sumber akan dibangunkan untuk setiap sumber dan untuk
setiap hari terhadap projek dsbnya.
Kepentingan setiap aktiviti mesti ditentukan untuk
memastikan pengagihan sumber dilakukan dengan berpatutan. Ini merupakan
aktiviti laluan kritikal yang sangat penting dan aktiviti-aktiviti yang
berkecenderungan mempengaruhi aktiviti lain.
Dua cara untuk menentukan keutamaan adalah: jumlah
keutamaan pelampung (float) dan urutan
senarai keutamaan. Jumlah keutamaan pelampung (total float priority) kuatir
terhadap pesanan pelampung, yang mana jumlah pelampung yang kecil mempunyai
keutamaan yang tinggi. Bagi keutamaan turutan senarai, tumpuan aktiviti berlaku
pada waktu yang sama, dimana turutan akan dilakukan berdasarkan kriteria yang
mudah.
8.3.1 Resource Loading (Pemuatan Sumber)
Resource Loading (Pemuatan Sumber) menerangkan jumlah sumber yang diperlukan
oleh individu dalam masa yang spesifik mengikut jadual yang ada. Keperluan
untuk jenis sumber dengan mudah disenaraikan mengikut fungsian pada masa itu.
Pemuatan
Sumber memberikan kefahaman umum tentang permintaan satu projek atau set
projek akan menjadikan sumber tersebut kukuh.
·
Apabila
keperluan sumber melebihi sumber yang ada, ia dikenali sebagai resource
overload (sumber berlebihan). Kelewatan pada sebahagian aktiviti akan
menyebabkan kelewatan untuk menyiapkan projek. (Ini maksudnya, tak cukup
sumber, maka kelewatan pasti berlaku)
·
Apaila
keperluan sumber rendah daripada sumber yang ada, ia dikenali sebagai resource underload (sumber dibawah
paras)
8.3.2 Resource Leveling (Pendataran Sumber)
Ini adalah proses menukar aktiviti-aktiviti yang
boleh mengakibatkan pemuatan sumber (resource loading) diperbaiki. Tujuan
Pendataran Sumber adalah untuk mengimbangi sebarang sumber berlebihan (overload
resource) dan mewujudkan lebih pengagihan seimbang bagi penggunaan sumber.
Kesannya terhadap pengurusan dan implikasi kos. Ini boleh dilihat pada
pendataran (leveling) yang berkaitan dengan kos dan pendataran pekerjaan semasa
projek atau tugas.
8.4 Cost Schedules (Penjadualan Kos)
Penjadualan kos bertujuan untuk mengambarkan kos
mingguan atau bulanan sepanjang projek berjalan dalam usaha memantau progres
projek. Penjadualan kos boleh dikategori kepada kos kakitangan, perbelanjaan
yang diperlukan dan bayaran penggunaan.
·
Kos
kakitangan – temasuk gaji kakitangan dan elaun lain yang dibenarkan
·
Perbelanjaan
yang diperlukan (overheads) – sewa ruang dsbnya
·
Bayaran
penggunaan – sumber yang diguna seperti masa komputer
Penjadualan kos menerima input daripada pelan
aktiviti dan penialaian risiko dalam usaha menghasilkan anggaran kos yang tepat.
Objektif daripada penjadualan yang berturut adalah
untuk mewakili pelan aktiviti yang ideal kepada penjadualan kos. Ini memerlukan
pelan aktiviti selalu dikaji/diubah semula (akan mengubah penialaian risiko
bila dilakukan). Sebarang pertukaran perlu dengan berhati-hati kerana sebarang
perubahan akan mengubah pengagihan sumber. Untuk memastikan kejayaan terhadap
penjadualan projek bergantung sepenuhnya kepada kemahiran dan pengalaman
pengurus projek.
Ringkasan
Pengagihan sumber perlu dilakukan secara jitu yang
boleh. Ini dilakukan untuk memastikan projek boleh disiapkan pada masa yang
ditetapkan dan mengelak dari berlakunya sebarang peristiwa yang tidak diingini.
Kebanyakkan pengurus akan menghadapi situasi tegang sepanjang perjalanan
projek. Kebolehan untuk mengagihkan sumber secara baik dapat membantu pengurus
mengawal keadaan secara bijak sana.
Glosari
Critical Path (Laluan Kritikal) – Laluan aktiviti yang perlu pembangun
ikut terhadap pekerjaan demi untuk mengikut jadual yang disediakan.
Resource Loading (Pemuatan Sumber) - menerangkan jumlah sumber yang
diperlukan oleh individu dalam masa yang spesifik mengikut jadual yang ada
Resource Leveling (Pendataran Sumber) - ini adalah proses menukar
aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan pemuatan sumber (resource loading)
diperbaiki.
Scheduling Sequence – untuk mewakili pelan aktiviti yang ideal kepada
penjadualan kos