Projek menterjemah dimulai 29/5/2006. Ianya merupakan ringkasan dari modul OUM + Nota dari laman web saya. Tujuan utama adalah untuk membantu rakan supaya mudah memahami Subjek ini.

 

Membuat nota bukanlah suatu perkara mudah, oleh itu saya meletakkan nota ini dalam kategori

DONATION WARE

Iaitu sumbangan dari pembaca amatlah dialu-alukan.

 

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank di atas nama saya: Rozaimy Baharuddin

1)   Maybank        114253224132

    2) RHB               2-14099-00004030

 

Sekiranya sumbangan wang ringgit tidak dapat disumbangkan. Cukuplah sekadar email saya di sumbangan@gmail.com apabila saudara/i memuat turun dari laman web saya. Seterusnya email sekali lagi selepas saudara/i memperolehi keputusan peperiksaan. Ini membolehkan saya mengetahui keberkesanan nota ini.

 

Terima Kasih kerana sudi menjadi nota ini sebagai rujukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 11 Project Qualiti Management (Pengurusan Kualiti Projek)

 

Pendahuluan

 

Zaman moden ini, manusia sangat bergantung kepada produk teknologi maklumat sama ada perisian mahupun perkakasan. Adalah penting kita mempunyai produk yang mencapai kualiti piawai  yang tinggi.  Teknologi bukan sahaja digunakan untuk kehidupan seharian, banyak projek teknologi maklumat membina sistem misi kritikal yang digunakan untuk situasi hidup dan mati seperti sistem navigasi untuk kapal terbang dan komponen komputer yang dibina di dalam peralatan perubatan.

 

 

11.1 Project Quality Management (Pengurusan Kualiti Projek)

 

Kualiti sebagai jumlah ciri-ciri sesuatu entiti yang bergantung kepada kebolehannya untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan (stated) atau digambarkan (impied)

 

Pakar lain menakrifkan kualiti sebagai:

 

(a)    Conformance to Requirements – memenuhi spesifikasi bertulis

(b)   Fitness for Use – menentukan bahawa produk boleh digunakan sebagaimana yang dirancang

 

Tujuab pengurusan kualiti projek adalah untuk memastikan projek akan memenuhi kehendak pihak yang menjaminnya. Pengurusan projek terlibat dalam perjumpaan atau memenuhi kehendak dan pengharapan dari pemegang saham (stakeholder). Pasukan projek mesti membina perhubungan yang baik dengan pemegang saham, terutama pelanggan utama (main customer) untuk projek tersebut dan memahami makna kualiti kepada mereka.

 

Kualiti mesti sama paras dengan projek skop, masa dan kos. Sekiranya pemegang saham (stakeholders) tidak berpuas hati dengan kualiti pengurusan projek atau hasil produk, pasukan projek perlu mengubah skop, masa dan kos untuk memuaskan keperluan dan pengharapan pemegang saham.

 

Terdapat tiga proses utama dalam Pengurusan Kualiti Projek

 

1.      Quality Planning (Perancangan Kualiti) – Kenal pasti mana paiwai kualiti yang relevan dengan projek dan bagaimana memenuhinya.

2.      Quality Anssurance (Penentuan Kualiti) – Menilai prestasi keseluruhan untuk memastikan projek akan memenuhi kualiti yang relevan

3.      Quality Control (Kawalan Kualiti)  - Memantau hasil projek tertentu untuk menentukan ia memenuhi piawai kualiti yang relevan serta mengenalpasti cara untuk meningkatkan kualiti keseluruhan.

 

 

 

 

11.2 Meaning of Sofware Quality (Makna Kualiti Perisian)

 

Kualiti perisian ditentukan oleh:

·        Memenuhi keperluan spesifik sistem, komponen atau proses

·        Sistem, komponen atau proses yang memenuhi kehendak atau jangkaan pelanggan(pengguna)

 

 

11.3 The Importance of Software Quality

 

Alasan

Penerangan

Increasing Criticality of Software

(Peningkatan Kritikal untuk perisian)

Pelanggan atau penguna secara umumnya amat bimbang mengenai kualiti perisian, terutama sekali boleh dipercayai. Ini terjadi kerana banyak organisasi bergantung kepada sistem komputer dan perisian untuk melaksanakan tugas kritikal seperti kawalan kapalterbang

The Intangibility of Software

(Perisian tidak mudah diterangkan)

Ini menyukarkan kita untuk mengetahui sama ada tugas tertentu di dalam projek berjaya disiapkan cukup baik. Keputusan untuk tugas ini boleh dibuat dengan tegas dengan membuat permintaan kepada pemaju (developer) untuk mengeluarkan produk yang boleh diperiksa kualitinya

Accumlating Errors during Software Development

(Menghimpunkan kesilapan sepanjang pembangunan perisian)

Pembangunan sistem komputer melalui berapa langkah dimana hasil(output) dari satu langkah merupakan input kepada langkah lain. Sebarang ralat diawal penghantaran akan menambahkan ralat pada setiap langkah baru. Ini menghasilkan kesan yang senantiasa bertambah.

Jadual di atas memberikan alasan kenapa Pengurusan Kualiti adalah amat penting yang memberikan kesan keseluruhan Pengurusan Projek

 

 

11.4 Software Quality Characteristics (Ciri-ciri Perisian Kualiti)

 

Kriteria

Penerangan

Functionality

(Fungsian)

Fungsian yang disediakan oleh produk perisia mesti memenuhi kehendak pengguna

Reliability

(Kebolehpercayaan)

Kebolehan perisian untun mengekalkan paras prestasi.

Usability

(kemampuan utk digunakan)

Usaha (effort) diperlukan untuk menggunakan perisian tersebut

Efficiency

(Kecekapan)

Sumber fizikal digunakan apabila perisian dilaksanakan

Maintainability

(Boleh dijaga)

Usaha perlukan untuk membuat perubahan ke atas perisian

Portability

(Mudah Alih)

Kebolehan perisian untuk dipindahkan kepada persekitaran yang berlainan

ISO 9126 – Garis panduan menakrifkan ciri-ciri perisian kualiti

11.5 Qualifying and Quantifying Software Quality

 

(a)    Reliability (Kebolehpercayaan)

 

Terms (Syarat)

Penerangan

Availability

(Ketersediaan)

Peratusan jarak masa dimana sistem tersebut dapat digunakan

Mean Time between Failures

(Masa kegagalan min)

Jumlah masa servis dibahagi dengan bilangan kegagalan

Failure on Demand

(Kegagalan apabila diperlukan)

Kemungkinan sistem tidak boleh digunakan apabila diperlukan atau kemungkinan transaksi gagal dilakukan

Support Activity

(Aktiviti Sokongan)

Jumlah laporan kerosakkan yang dibuat

 

(b)   Maintainability (Boleh dijaga)

Ini berkait rapat dengan kelenturan (flexibility), iaitu perisian tersebut boleh diubah suai.  Perbezaannya adalah sebelum perubahan yang dilakukan, sebarang kesalahan perlu didiagnosis. Oleh itu Maintainability boleh dilihat sebagai gabungan kelenturan (flexibility) dan kualiti baru yang telah didiagnosis. Ditakrifkan sebagai purata masa untuk diagnosis kegagalan.

 

(c)    Extendibility (Boleh dikembangkan)

Ini merupakan komponen untuk kualiti am terhadap kelenturan. Boleh didefinasikan sebagai ‘keperluan produktiviti mengabungkan ciri-ciri (feature) baru ke dalam sistem sedia ada yang terungkap dalam peratusan terhadap produktiviti normal apabila membangunkan perisian itu dari mula’.

 

 

11.6 Product Versus Process Quality Management (Produk lawan Proses Pengurusan Kualiti)

 

Ini aku skip.

 

 

11.7    Quality Management Standards (Piawai Pengurusan Kualiti)

 

Pembangunan piawai ‘Software Quality Assurance (SOA)’ telah dijalankan dengan beberapa piawai kebangsaan dan institut antarabangsa, badan profesional dan organisasi berasaskan industri yang banyak melaburkan sejumlah sumber.  Terdapat beberapa institut dan organisasi yang terkemuka membuat pembangunan SOA dan piawai kejuruteraan perisian memperolehi reputasi dalam bidang ini.

 

Enam institut atau organisasi yang mengeluarkan isu atau kawalan untuk piawai adalah:

 

·        IEEE (Institute of Electrical and Electronic Engineers) Computer Society

·        ISO (International Organization for Standardization)

·        DOD (US Department of Defense)

·        ANSI (American National Standard Institute)

·        IEC (International Electrotechnical Commission)

·        EIA (Electronic Industries Association)

 

 

11.8    The Scope of Quality Management Standard (Skop untuk Piawai Pengurusan Kualiti)

 

Sijil Piawai berbeza dari pengajian piawai tentang isi kandungan dan juga tekanan. Skop Sijil Piawai ditentukan oleh tujuan sijil dikeluarkan, yang mana ianya ialah:

 

(a)    Membolehkan organisasi pembangun perisian menunjukkan kebolehan yang teguh untuk memastikan produk perisian atau servis pemeliharaan (maintenance) menuruti keperluan kualiti yang diterima. Ini dapat dicapai dengan sijil dikeluarkan oleh badan luar (pihak luar)

 

(b)   Memenuhi persetujuan dasar untuk pelanggan dan pembekal menilai sistem kualiti pengurusan milik pembekal. Ini mungkin dilakukan prestasi pelanggan terhadap kualiti audit keatas sistem kualiti pengurusan milik pembekal. Audit akan dilakukan berdasarkan keperluan pengesahan piawai

 

(c)    Sokongan ke atas usaha pembangunan perisian untuk meningkatkan prestasi sistem kualiti pengurusan dan menambahkan kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan keperluan piawai.

 

Skop untuk penilaian piawai juga ditentukan oleh tujuan penilaian, iaitu:

 

(i)                  Memenuhi pembangunan perisian dan penyelenggaran organisasi sebagai alat untuk menilai diri sendiri (self-assesement) terhadap kemampuan mereka untuk melaksanakan projek pembangunan perisian.

 

(ii)                Memenuhi sebagai alat untuk pembaikan pembangunan dan proses penyelenggaraan. Piawai menunjukkan hala tuju untuk peningkatan proses.

 

(iii)               Membantu organisasi dalam menentukan keupayaan bakal pembekal

 

(iv)              Sebagai panduan latihan untuk penaksir menentukan kelayakkan dan rancangan latihan.

 

 

11.9    ISO 9000-3

 

ISO 9000-3,  panduan ditawarkan oleh International Organization for Standardization (ISO), mewakili pelaksanaan metologi am untuk pengurusan kualiti ISO 9000 Standard kepada kes khas pembangunan perisian dan penyelenggaran. Kedua-dua ISO 9001 dan ISO 9000-3 dikaji semula dan dikemaskini sekali setiap 5 – 8 tahun.

 

Terdapat 8 prinsip piawai ISO 9000-3  seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

 

Prinsip

Penerangan

Customer Focus

(Fokus Pengguna)

Organisasi bergantung kepada pelanggan mereka dan oleh itu perlu memahami kehendak pelanggan masa kini dan masa hadapan

Leadership

(Kepimpinan)

Pemimpin akan wujud visi organisasi. Mereka harus mencipta dan menjaga persekitaran dalaman yang mana manusia terlibat secara langsung dalam mencaoau objektif organisasi melalui jalan yang ditentukan

Involvement of People

(Penglibatan orang ramai)

Orang ramai intipati bagi satu organisasi, penglibatan penuh mereka pada semua tahap di dalam organisasi, membolehkan mereka menggunakannya untuk manfaat organisasi.

Process Approach

(Proses Pendekatan)

Hasil yang diingini akan dicapai dengan lebih efisen apabila aktiviti dan sumber diurus sebagai satu proses.

System Approach to Management

(Sistem Pendekatan Bagi Pengurusan)

 

Kenal pasti, memahami dan menguruskan proses-proses

Continual Improvement

(Pembaikan Berterusan)

Pembaikan berterusan terhadap keseluruhan prestasi mestilah tinggi di dalam agenda organisasi

Factual Approach to Decision Making

(Pendekatana berdasarkan fakta dengan pembentukkan keputusan

Keputusan yang berkesan adalah berdasarkan kepada maklumat yang telah di analisis

Mutually Supportive Supplier Relationships

(Perhubungan Pembekal saling menolong)

Organisasi dan pembekal saling bergantung antara satu sama lain, perhubungan saling menologn menambah kemampuan kedua-duanya bagi mewujudkan nilai tambahan.

 

Lapan Prinsip Piawai ISO 9000-3

 

 

ISO 9000-3 keperluan diklasifikasikan di dalam kumpulan:

·        Sistem Pengurusan Kualiti

·        Tanggungjawab Pengurusan

·        Pengurusan Sumber

·        Merealisasikan Produk

·        Pengurusan, analisis dan mempertingkatkan.

 

 

11.10 ISO 9001: Application To Software: The TickIT Initiative

 

11.11Capability Maturity Model (CMM)

 

Aku skip. Macam tak keluar exam aje