Bab 13 Project Termination (Projek Tamat)
13.1 Keeping Track of the Progress
Dalam kebanyakkan situasi, terutama semasa pembangunan perisian,
terkeluar dari jadual yang ditetapkan adalah perkara biasa. Situasi yang tidak
diingini boleh menyebabkan kos projek meningkat, tahap tekanan pasukan projek
meningkat, tekanan berterusan daripada pelanggan and paling teruk jika kontrak
tidak dapat dipenuhi. Rajah di bawah menunjukkan tugas, dari mula sehingga
tamat dari pandangan pengurus projek.

Tugas terakhir di dalam projek memerlukan penuh
perhatian daripada pengurus projek.
Fakta menjadi menjadi bukti apabila pasukan projek dan pengurus projek
menyedari mereka tidak bersedia untuk menyiapkan projek mengikut jadual.
Sekarang pengurus projek akan melihat cara yang boleh mempercepatkan proses
untuk menyiap projek dalam yang ditentukan. Ini selalu bermakna penambahan
masa, malam dan hari minggu. Pasukan projek perlu bersedia berkerja keras pada
hari-hari terakhir pelaksanaan projek jika projek terkeluar dari jadual
walaupun hanya sekadar lewat beberapa hari.
13.2 Project Closedown (Penutupan Projek)
Projek dikata siap apabila matlamat projek berjaya dicapai. Matlamat
mungkin berubah beberapa kali dalam membuat projek tersebut, tetapi jika
pasukan berjaya mengurus dan mendokumentasi projek dengan jayanya, ianya akan
siap juga kecuali projek tersebut dibatalkan. Semua tugas yang diserahkan
kepada ahli pasukan projek akan ditarik balik kerana tugas telah diselesaikan.
Ahli pasukan mungkin akan ditugaskan untuk projek lain atau kembali kepada
tugas asal mereka.
13.2.1 Preparing for Project Closedown (Persediaan Penutupan Projek)
Projek mungkin berakhir atas beberapa sebab termasuk:
·
Pencapaian
terakhir terhadap Objektif
·
Perancangan
awal yang teruk dan ramalan pasaran
·
Cara
alternatif telah dijumpai
·
Pertukaran
minat dan strategi syarikat
·
Melebihi masa
yang telah ditetapkan
·
Melebihi kos
budget
·
Orang penting
telah meninggalkan organisasi
·
Dorongan hati
peribadi terhadap pengurusan
·
Masalah
terlalu komplek untuk sumber yang ada
13.2.2 Checklist for Project Closedown (Senarai semak untuk Penutupan Projek)
Untuk menghapuskan kesalahfahaman, semua pasukan projek akan mendapat
manfaat daripada senarai semak untuk penutupan projek. Untuk projek pembangunan
perisian, senarai semak adalah ringkas tetapi disokong dengan terperinci oleh
spesifik kontrak dan sokongan:
(a)
Requisition with incomplete tasks (Tuntutan
dengan tugas tidak sempurna) dihantar
untuk penyeleasaian kukuh. Nilai dipersetujui dan kerja-kerja akan dilakukan
untuk item yang tidak siap atau tidak mencapai kepuasan.
(b)
Final requisition is issued for any
incomplete or unsatisfactory (Tuntutan akhir dikeluarkan untuk sebarang kerja
yang tidak siap atau tidak mencapai keputusan) sekarang telah siap. Perisian dan dokumentasi
diserahkan pelanggan dan borang projek siap ditandatangani.
13.2.3 The Final Report (Laporan Akhir)
Dokumentasi akhir untuk projek tidak semesti panjang lebar untuk semua
kerja yang telah siap. Setelah pasukan projek siap mengumpul laporan kemajuan
sepanjang projek berjalan, laporan akhir merupakan laporan akhir yang dikumpul
dengan tambahan beberapa bahan-bahan. Himpunan semua laporan boleh digunakan
sebagai laporan akhir untuk setiap fasa kerja dengan ditambah bahagian
tertentu.
Kandungan laporan akhir
1.
Kenyataan visi
projek yang memperkenalkan projek
2.
Cadangan
projek mungkin boleh digunakan untuk pengurusan jualan untuk idea pelaksanaan
teknikal atau maklumat sokongan yang ditujukan kepada pasukan
3.
Skop Kenyataan
4.
Kenyataan
kerja
5.
Jadual projek
6.
WBS dan PND
7.
Minit
mesyuarat dari setiap ahli pasukan
8.
Sebarang
borang pemohonan perubahan projek yang telah diluluskan.
9.
Laporan varian
10.
Semua
komunikasi yang berkaitan dengan penghantaran projek
11.
Kos
keseluruhan projek dan nilai untuk pelaksanaan dikira
12.
Skop
pengesahan persetujuan
13.
Laporan audit
post projek
13.3 Post-Closing Review (Penilaian Selepas Penutupan)
Untuk membaiki perancangan untuk kegunaan projek masa depan, adalah
penting untuk kenal pasti apakah tindakan pasukan yang baik dan bagaimana untuk
membaikinya. Untuk ini, dua jenis mesyuarat dicadangkan:
a)
Penilaian
Selepas Projek dengan pelanggan atau pengguna
b)
Penilaian
Dalaman Selepas Projek dengan pemegang saham dalaman
Perjumpaan Penilaian selepas penutupan selalunya diadakan ditempat
pelanggan pada 30 sehingga 60 hari selepas projek siap. Adalah perkara biasa
menghubungkan acara akhir atau siapnya milestone utama yang terakhir, seperti
pemasangan, Ia mungkin berasaskan
ukuran kejayaan dimasa dulu. Peserta boleh melibatkan pengurus projek dan ahli
utama dari pasukan projek, pengurus program, pelanggan, anggota dari kakitangan
pelanggan, dan pihak pengurusan atasan dari kedua-dua syarikat.
13.3.1 Post-Project Review with the Customer (Penilaian Selepas Projek dengan Pelanggan)
|
Project Goal (Sasaran Projek) |
Nyatakan yang asal, setuju pada matlamat projek.
Kemudian bincang perubahan di dalam matlamat dan alasan kepada perubahan,
seperti skop makin luas, skop dikecilkan, pemilihan bahan yang berlainan |
|
Major Milestones (Milestones Utama) |
Meninjau kembali milestones utama dan tarikh dari
pelan garis dasar. Terangkan atau
meninjau kembali perubahan di dalam spesifikasi atau kenyataan kerja akibat
dari perubahan milestones. Untuk setiap milestones utama, kenal pasti acara
yang penting yang mempengaruhi perjalanan projek. Termasuk penghantaran yang
dihantar pada waktunya, penghantaran lewat, dan bagaimana mengelakkan
penghantaran lewat dimasa hadapan. |
|
Assumptions Risks and Contingency Plans (Anggapan Risiko dan pelan kecemasan) |
Ulang semula anggapan asal, risiko, dan pelan
kecemasan. Meninjau kembali untuk ketetapan dan kebolehan disiapkan. Anggapan
mana yang berada dalam sasaran? Anggapan mana yang tidak tepat atau tidak
dikenal pasti? Berapa tepat penilaian risiko yang dibuat? |
|
Variance Analysis: Schedule (Analisis Varian: Jadual) |
Semua aktiviti projek dan tugas dengan varian
jadual bermakna amat perlu di tinjau kembali untuk ketepatan dan kebolehan
disiapkan proses penjadualan. Pasukan dan pemegang saham lain akan menentukan
panjang masa untuk varian penting semasa perancangan dibuat. Ia mungkin
memakan masa seminggu atau sebulan, bergantung kepada saiz dan jenis projek. |
|
Variance Analysis: Costs (Analisis Varian: Kos) |
Menilai semula semua tugas dengan varian penting
di dalam kos. Bersama dengan alasannya. Adakah sesetengah kontraktor,
pembekal, atau vendor meletakkan harga rendah dan kemudian memohon untuk
melakukan pembetulan? Adakah skop projek dibenarkan untuk berkembang tanpa
kawalan? |
|
Customer Support |
Apabila produk telah dipasang atau disediakan,
adakah semua terma dan syarat dinyatakan di dalam perjanjian? Bagaimana
pelanggan akan diberi bantuan apabila projek telah siap? Adakah bantuan
pelanggan diperlukan selalu? Adakah pelanggan memerlukan barang ganti atau
latihan? Adakah kontrak dibuat untuk memudahkan pelanggan? Adalah mesyuarat
susulan dijadualkan pada masa yang sesuai? |
|
Letters of Reference (Surat rujukan) |
Sekarang projek telah berjaya disiapkan, ahli
pasukan projek mempunyai peluang untuk memperolehi surat rujuakan dan
testimoni daripada pelanggan |
Penilaian Agenda Post Projek
13.3.2 Post-Project Review with the Team (Semakan Post-Projek dengan pasukan)
Semakan mesyuarat post-projek adalah mesyuarat yang mana pasukan projek
dan pemegang saham (stakeholder) yang utama akan menilai keputusan yang
terhasil. Mesyuarat membawa pasukan projek dan pemegang saham utama
bersama-sama untuk kali terakhir, dimana setiap orang akan menilai keputusan
projek dan dibandingkan dengan kriteria kejayaan. Mereka akan menilai apa yang
mereka lakukan dengan baik maka mereka boleh melakukannya sekali lagi. Mereka
akan menganalisa apa yang dibuat silap, bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi
untuk memperbaiki pada perancangan dan penjadualan dimasa hadapan dan
memberikan peningkatan manfaat kepada pelanggan. Iktibar, cadangan dan
pengalaman kemudian akan digabungkan ke dalam dokumen sejarah projek yang boleh
disimpan ditempat yang selamat dan digunakan oleh pasukan projek dimasa
hadapan.
13.3.3 Cost-Benefit, Break-Even Analysis and Net Present Value
Untuk menentukan keuntungan dan pembayaran balik untuk projek,
kumpulkan semua kos projek dan gunakan kaedah yang sama untuk memilih projek.
Untuk membaik perancangan projek, soalan-soalan di bawah perlu dijawap:
·
Berapa tepat
anggaran masa?
·
Berapa tepat
anggaran kos?
·
Apa yang perlu
diulang untuk projek yang sama dimasa hadapan?
·
Apa yang patut
di elakkan dimasa hadapan?
·
Patutkah
metodologi pengurusan projek diubah?
· Bolehkah kita mencadangkan pasukan projek sekarang dan di masa hadapan mengenai bahan, peralatan dan kaedah?