Bab 2 Kos &
Manfaat Terhadap Rangkaian dan EC
2.0 Pengenalan
Internet, teknologi dan aplikasi yang berkaitan dengannya telah merubah
cara bisnis beroperasi dan cara manusia bekerja, dan bagaimana system maklumat
menyokong proses bisnis, membuat keputusan dan kelebihan bersaing. Oleh itu,
banyak perniagaan sekarang mengunakan teknologi
Internet untuk proses bisnis berasaskan ‘Web-enable’ dan mencipta
aplikasi EC yang inovatif.
Kejayaan di dalam persekitaran perniaggan yang dinamik masa kini bergantung
sepenuhnya kepada pengunaan teknologi berasaskan Internet dan Sistem Maklumat
berasaskan ‘Web-enabled’ untuk memenuhi pengguna, pembekal, dan rakan
perniagaan lain di dalam pasaran global. Oleh itu, perubahan utama kepada
rangkaian organisasi mesti berada di dalam kerangka koheren pelan rangkaian
bisnis dan teknologi Internet. Ini sesungguhnya perlu diurus untuk menyokong
keseluruhan perniagaan, IS dan rumusan strategi IT dan proses pelaksanaan.

Dengan kedatangan teknologi ini, termasuk EC, banyak
perniagaan mula membuat perancangan (plan) dan menubuhkan penyelesaian strategi
enterprise mereka. Kaedah pemilihan bisnes untuk mencipta strategi bergantung
kepada tiga faktor penting:
Faktor
Satu
Anda akan pelajari:
·
Bagaimana bisnis menentukan apa yang mereka capai
(contoh: visi) dan proses perancangan yang boleh mereka lakukan untuk
menjadikan visi sebagai satu kenyataan.
·
Rumusan proses strategi bisnis, perbezaan diantara
stategi IS dan strategi IT, rumusan strategi IS, rumusan strategik IT dan
pentingnya hubungan dan kebergantungan di antara mereka
Faktor Kedua
Anda akan pelajari:
·
Senaraikan penggerak bisnis kontemporari (globalisasi, persaingan
,dll) yang merupakan ancaman dan peluang yang ada pada peniagaan masa kini.
·
Untuk menyelidik sebahagian tindak balas bisnis tipikal yang
menjadi penggeraknya.
·
Idea yang menukar strategik bisnis organisasi dan cara
yang mana menjadi rumusan kepada strategik.
Faktor Ketiga
Anda akan pelajari:
·
Bagaimana pandangan orang mengenai bagaiman IT sepatutnya
digunakan di dalam bisnis
·
Perancangan terhadap Sistem Maklumat dan sumbangannya
kepada bisnis sepanjang 30 tahun.
2.1 Pendekatan
Kontemporari untuk Perancangan Bisnis, IS dan Strategik
a) Perancangan
Peringkat Bisnis, IS dan IT
·
Perancangan IS adalan seharusnya
disepadukan dengan merancang keseluruhan proses bisnis. Cara tradisional adalah
dengan mewujudkan satu plan strategik bisnis dan ini diikuti oleh plan IS yang
sejajar dengan pelan bisnis. Akhirnya pelan IT diwujudkan dengan matlamat untuk
menyediakan asas infrastruktur untuk membolehkan pelan IS dilaksanakan
![]()
Strategic Business Plan IS Plan IT Plan
·
Adalah penting untuk merancang reka
bentuk keseluruhan infrastruktur IT yang bersepadu. Aplikasi bisnis selalunya
dibuat sesudah infrastruktur IT untuk menyediakan manfaat kepada organisasi.
Pada asasnya, pelan rekabentuk IT
menyediakan ‘blueprint’ bagaimana teknologi infrastruktur boleh direka,
dilaksanakan dan disepadukan.
·

Pelan
Aliran IS dan IT
·
Perancangan
Strategik fokus kepada penjajaran diantara pelan bisnis dan objektif dan proses
mengenalpasti aplikasi yang akan memberikan organisasi kelebihan berbanding
persaing.
·
Perancangan Taktikal adalah paras perancangan yang lebih
rendah daripada perancangan Strategik, ia fokus kepada kepentingan dan usaha
penjadualan pembangunan dan melaksanakan
pelan tindakan untuk pembangunan dan ukuran prestasi (termasuk masa sasaran dan
pelan budget, skil dan keperluan pemerolehan IT, dsbnya)
·
Kitar perancangan untuk perancangan taktikal selalunya
pendek (beberapa bulan sehingga setahun) jika dibandingkan dengan kitar
perancangan Strategik yang selalunya mengambil masa tiga hingga lima tahun.
Perancangan taktikal melibatkan mewujudkan ‘blueprint’ untuk mencapai objektif
yang terkandung di dalam pelan bisnis.
b) Perancangan IS: Pendekatan Penjajaran
(Alignment) dan Impak
·
Pendekatan Penjajaran(Alignment)
o Adalah perkara biasa mula-mula membuat formulasi strategi bisnis dan
kemudian membangunkan strategi IS tetapi perlu pastikan kedua-duanya strategi
adalah sejajar dan bersepadu. Selalunya
diingini untuk faktor IS dan IT diambil berat semasa peringkat perancangan
bisnis sebagai bertentangan kepada pembangunan strategi IS sebagai tindakan
yang pasif kepada formulasi strategik bisnis.
·
Pendekatan Impak
o Pembangunan baru di dalam IT selalunya memberikan syarikat peluang untuk
memperolehi kelebihan bersaing dan strategi. Oleh itu menjadi perkara biasa
bagi syarikat mengabungkan faktor IS dan IT di dalam pelaksanaan perancangan
strategi bisnis mereka. Apabila ini berlaku, pembangunan IT kadang kala
memberikan impak atau menjadi pemangkin kepada strategi bisnis dimasa hadapan
·
Kebanyakkan organisasi telah matang
dalam mengunakan IT akan mengunakan kombinasi kedua-dua pendekatan ‘Penjajaran’
dan ‘impak. Kombinasi pendekatan impak/penjajaran ditunjukan pada rajah 2.1
disebelah. Pendekatan ini boleh digunakan untuk membangunkan strategi bisnis
yang efektif dan keperluan IS untuk menyokongnya. Ia juga memudahkan untuk
mengenal pasti peluang baru di dalam IT yang boleh diserapkan ke dalam proses
perancangan bisnis seperti mana ia boleh memberikan impak utama kepada
kesudahan proses tersebut.

·
Pendekatan seperti rajah di atas mengenal pasti hubungan
diantara domain bisnis dengan domain IT. Ia menyatakan formulasasi strategi
bisnis dan menentukan bagaimana proses bisnis dan organisasi perlu berubah
untuk mencapai strategi. Perubahan pelan bisnis ini kemudian akan mendesak
keperluan penjajaran kepada seni bina IS dan organisasi. Perubahan kepada seni
bina IS (contoh: potfolio aplikasi) dan organisasi (contoh: kakitangan dan
struktur organisasi) mungkin kemudian akan mendesak keperluan kepada perubahan
seni bina IT (contoh: rangkaian, pangkalan data, dan seni bina konfigurasi
sistem komputer) dan organisasi (contoh: pendekatan aplikasi pembangunan dan
piawai).
·
Pendekatan ini juga mengenal pasti
bagaimaian domain IT memberi impak atau pemangkin kepada formulasasi ke atas
strategi bisnis. Hasilnya adalah proses yang mengenal pasti pembangunan luaran
yang penting di dalam IT yang akan digunakan di dalam proses perancangan masa
hadapan strategi IT dan IS. Sebagai pulangan, tiga proses ini, diambil secara
kombinasi, akan mengenal pasti potensi masa hadapan terhadap peluang bisnis
yang boleh disediakan oleh IT. Peluang IT ini, boleh digunakan untuk memberi
impak atau pemangkin kepada proses perancangan strategi bisnis.
2.2 Penggerak (drivers) Bisnis dan Kesannya
Terhadap Perancangan Bisnis
Terdapat banyak
perubahan yang penting dalam persekitaran bisnis, terutama semenjak awal tahun
1990. Ini termasuk:
Ø
Globalisasi
Ø
Transformasi industri Ekonomi
Ø
Transformasi Enterprise
(Laudon and Laudon, 2000)
Penggerak bisnis telah merubah tabiat (nature) dan fokus
di dalam perancangan bisnis. Perancangan harus digunakan sebagai cara untuk
menghubungkan visi organisasi (hala tuju) dan menjadikan visi satu kenyataan
melalui startegi dan taktik yang baik.
a) Rumusan
Strategi dan Hubungan Timbal Balik (Interrelationships )
In the words of Johnson and Scholes:
“Strategi adalah halatuju dan skop untuk sesuatu organisasi
pada jangka masa panjang: yang mana mencapai kelebihan untuk organisasi melalui
konfigurasi sumber di sekitar persekitaran yang berubah, untuk memenuhi
kehendak pasaran dan memuaskan harapan stakeholder”
Whilst Hax says
that:
“Strategy
becomes a fundamental framework through which an organization can assert its
vital continuity, while at the same time purposefully managing its adaptation
to the changing environment to gain competitive advantage. Strategy includes the formal recognition that
the recipients of the results of a firm’s actions are the wide constituency of
its stakeholders.”
Proses pengurusan strategi adalah melibatkan
memenuhi penglibatan, membuat keputusan, dan tindakan yang perlu firma lakukan
untuk mencapai strategi bersaing dan memperolehi keuntungan melebihi dari
purata yang biasa diperolehi.
Proses membuat perancangan strategik mesti
mempunyai hierarki tujuan atau hala tuju termasuk:
1. Misi organisasi
mesti dinyatakan dengan jelas
2. Keterangan
mengenai matlamat keseluruhan yang boleh membantu mencapai misi
3. Senarai tepat
untuk spesifik, realistik dan objektif yang boleh diukur yang mana membolehkan
organisasi mencapai matlamatnya.
·
Menetapkan
perniagaan atau perniagaan-perniagaan di mana firma hendak bersaing dan pelanggan yang mereka berhasrat untuk
berkhidmat
·
Ia adalah lebih pasti (konkrit) dari visi firma
·
Adalah
lebih berkesan apabila ia menggalakkan etika yang piawai
·
Satu gambaran apa firma ingin menjadi (apakah pencapaian
paling tinggi yang ingin dicapai)
·
A enduring picture of what the firm wants to be and, in
broad terms, what it wants to ultimately achieve.
·
Merentang dan mencabar orang dan melibatkan emosi dan
impian
Kenyataakn visi yang
efektif ialah:
·
Dibangunkan oleh hos atau semua orang di dalam organisasi
·
Jelas hubungannya dengan keadaan diluar dan dalam persekitaran
·
Tetap dengan keputusan dan tindakan strategi pemimpin
Di
ambil dari kes Chin & Lee Co. Ltd
Mission statement: 'Our business
exists to provide quality electronic products to the wholesale and retail trade
with the best service available and at highly competitive prices, all in the
best interest of our customers, employees and shareholders.'
Goal: 'To improve customer service by reducing the
time from when customers place orders to the time they receive the products.'
Objective: 'Shorten time to acknowledge orders from nine
days to one day by automating customer-order entry via customer-direct entry at
in-store terminals. Terminals will communicate with Chin & Lee's IS&T
computer systems over ordinary dial-up lines.'
Proses
Perancangan Strategi digunakan dengan ringkas dan padat untuk mengarah
pembangunan:
Ø
Barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi
Ø
Fungsian dan proses yang digunakan
Ø
Keperluan pekerja, kewangan, kemudahan dan sumber-sumber
lain
Perancangan taktikal melibatkan penciptaan ‘blueprint’ untuk mencapai
objektif perancangan strategi. Blueprint ini mesti memasukkan elemen berikut:
Ø What:
langkah-langkah tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapainya
Ø Who: orang yang
terlibat untuk mencapai sasaran tertentu apabila melakukan langkah-langkah
tersebut
Ø When: Masa
berjaya mencapai sasaran apabila melakukan langkah-langkah tersebut
Ø How: sumber yang
diperlukan untuk menyokong dan mencapai sasaran dengan melakukan langkah-langkah
tersebut
Ø Where: Dimana
tindakan itu akan dilakukan
Perancangan strategi dan perancangan taktikal perlu
digabungkan dalam usaha untuk mencapai
matlamat dan objektif perniagaan.

Gabungan perancangan
tadi, apabila disepadukan dengan strategi IT boleh memaksimakan purata
keuntungan melalui pelaburan di dalam rangkaian. Perancangan yang bersepadu boleh membuka
peluang perniagaan yang baru, memberi lebih kelebihan ke atas pesaing, meningkatkan
responsif organisasi, menambah kekuantan
sedia ada dan mengatasi kelemahan sedia ada.
2.2.1 Perbezaan
Diantara Strategi IS dan Strategi IT
IT (Teknologi Maklumat) itu sendiri tidak memberikan
manfaat secara langsung kepada perniagaan. Aplikasi IT yang sebahagian dari IS
yang memberikan manfaat.
·
Strategi IS didefinasikan apa yang
diperlukan untuk memproses maklumat. Strategi IS selalunya fokus kepada
penjajaran perjanjian perancangan IS dengan matlamat perniagaan dan maklumat
yang menjadi garis panduan di dalam strategi perniagaan organisassi. Strategi
IS mungkin juga menentukan dan merancang peluang dalam persaingan, yang mana
mungkin melibatkan memproses maklumat atau pengeksploitan IT yang baru.
·
Strategi IT didefinasikan sebagai cara untuk menghantar
syarat-syarat yang tertentu sepertimana yang telah dispesifikkan oleh strategi
IS. Ia merupakan strategi yang membolehkan, menyediakan cara-cara mengenal
pasti kelebihan bersaing di dalam strategi IS boleh dicapai dengan menggunakan
IT, kebolehpercayaan dan berada dalam budget yang dibenarkan.
Secara amnya, strategi IT mentakrifkan apa yang kita
mahu, dan strategi IT pula bagaimana kemahuan itu perlu disediakan. Strategi IT
akan dipacu oleh pelan bisnis organisasi dan akhirnya akan mempengaruhi pelan
bisnis tadi. Sama juga, strategi IT akan dipacu oleh strategi IS dan akhirnya
strategi IS akan dipengaruhi oleh strategi IT.
Strategi IT adalah satu set panduan yang mana pembangunan
IT untuk perniagaan tersebut akan dilakukan.
Keputusan strategi IT yang efektif adalah pembangunan pelan, piawai dan
prosedur yang memberikan mekanisme untuk pelaksanaan IT yang kos efektif yang
menurut aspek strategi IS. Strategi IT merupakan satu keperluan untuk
perancangan jangka panjang di dalam perniagaan.
Ringkasnya, rumusan strategi IT adalah sangat bersekutu dengan
rumusan strategi IS. Rumusan strategi IS
adalah sangat bersekekutu dengan rumusan strategi bisnis.
2.3
Evolusi
Sistem Maklumat dan Sumbangan Utamanya Kepada Perniagaan
Terdapat lima suumbangan utama sistem maklumat:
·
Kaedah memperbaiki proses dalaman bisnis (1970s dan awal
1980s)
·
Senjata untuk bersaing (mid-1980s to mid-1990s);
·
Peralatan utama untuk proses kejuruteraan semula bisnis
(BPR) (awal 1990s sehingga pertengahan-1990s);
·
Kaedah untuk memperbaiki amalan pengurusan rantaian
bekalan dan mengembangkannya rantaian bekalan kepada pengguna (pertengahan
1990s sehingga sekarang)
·
Keadeh untuk pengurusan pengetahuan dan menyokong
organisasi maya (pertengahan 1990s sehingga sekarang)
a) IS
untuk Pembaikan Proses Bisnis
·
Fasa
Pertama
o
Mengautomasikan
proses bisnis bertujuan untuk mengurangkan kos operasi (terutama upah buruh
pengkeranian)
o
Meningkatkan
kelajuan dan ketepatan terhadap kerja pengkeranian dan menyenangkan kawalan
pengurusan
·
Fasa
Kedua
o
Penambahan proses bisnis dengan bertujuan memperbaiki dalam
membuat keputusan pengurusan dan keberkesanan pekerja berpengetahuan
o
Memperbaiki produk dan perkhidmatan dan mengurangkan kos
operasi jika berupaya
b)
IS sebagai Senjata untuk Bersaing
·
Pertengahan-1980an
o
Ahli akademik dan pengurus melihat maklumat dan IS
sebagai sumber strategi dan berpotensi sebagai sumber kelebihan bersaing. IT
dan IS datang sebagai satu pandangan pentingnya senjata sebagai usaha melawan
pesaing yang semakin meningkat
·
Awal 1990an
o
Penngurusan lebih fokus kepada maklumat sebagai sumber
strategi, tetapi memberikan tekanan
kepada pengkongsian sumber yang efektif.
c)
IS sebagai alat untuk Kejuruteraan Semula Proses Bisnis (BPR)
·
Awal tahun 1990an, idea mengenai kejuruteraan semula
proses bisnis telah diperkenalkan (Hammer dan Champy 1993)
·
IS dan IT memainkan peranan penting BPR. Tujuan BPR
adalah untuk menyediakan organisasi dengan kelebihan strategi dengan mereka
semula proses bisnis, maka akan berlaku perubahan perniagaan yang drastik di
dalam kualiti (atau produk baru), perkhidmatan, kelajuan dan kos.
·
Konsep BPR boleh dilihat seperti kombinasi peningkatan
proses bisnis dan Senjata untuk Bersaing (competitive weapon). Bagaimana pun, idea Hammer dan Champy untuk
BPR memerlukan asas mereka semula proses
busnis, bukan sekadar melakukan automasi atau penambahan ke atas proses sedia
ada.
d)
IS Untuk Pengurusan Rantaian Bekalan
(SCM
·
Kepentingan pengurusan rantaian bekalan telah lama
dimaklumo oleh organisasi besar di dalam industri seperti pengilang automobil
dan pengangkutan udara dan laut. Organisasi seperti ini telah menggunakan EDI
semenjak tahun 1980an lagi. Tetapi oleh
kerana kerumitan dan kos yang tinggi untuk mengunakan rangkaian talian
pensendirian atau VAN, ia mengakibatkan syarikat kecil tidak mampu
menggunakannya.
·
Pengenalan
kepada teknologi web sekitar tahun 1994
memperlihatkan banyak syarikat melaksanakan Intranet untuk meningkatkan
komunikasi dalaman dan kerja berkumpulan. Pertengahan 1990an, kos Internet dan
teknologi Internet secara relatifnya adaalh murah dan ini membolehkan
inter-organisasi IS untuk diguna oleh syarikat kecil. Ini merupakan langkah
kecil untuk melakukan sambungan Intranet korporat kepada rakan bisnis dalam
rantaian pembekal kepada Extranet. Syarikat besar dan agensi kerajaan
mengalakkan rakan niaga kecilan mereka dan pengguna membuat sambung kepada
rangkaian. Internet juga membolehkan (dan kadang-kadang menguntungkan) untuk
memperluaskan rantaian bekalan kepada pelangggan.
e) IS
Untuk Pengurusan Pengetahuan dan Menyokong Organisasi Maya
·
Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) merujuk kepada latihan dan teknik yang digunakan oleh organisasi untuk
mengenal pasti, mengambarkan dan menyebarkan pengetahuan, mengetahui-bagaimana
(know-how), kepakaran, Harta Intelektual, dan sebarang jenis pengetahuan untuk
digunakan dan memindahkan pengetahuan dan pengurusaan pengetahuan adalah
disiplin yang sedang berkembang.
·