Projek menterjemah dimulai 16/8/2006. Ianya merupakan ringkasan dari modul OUM + Nota Tutor. Tujuan utama adalah untuk membantu rakan supaya mudah memahami Subjek ini.

 

Membuat nota bukanlah suatu perkara mudah, oleh itu saya meletakkan nota ini dalam kategori

DONATION WARE

Iaitu sumbangan dari pembaca amatlah dialu-alukan.

 

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank di atas nama saya: Rozaimy Baharuddin

1)   Maybank       114253224132

    2) RHB               2-14099-00004030

 

Sekiranya sumbangan wang ringgit tidak dapat disumbangkan. Cukuplah sekadar email saya di sumbangan@gmail.com apabila saudara/i memuat turun dari laman web saya. Seterusnya email sekali lagi selepas saudara/i memperolehi keputusan peperiksaan. Ini membolehkan saya mengetahui keberkesanan nota ini.

 

Terima Kasih kerana sudi menjadi nota ini sebagai rujukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 3 Dasar Perniagaan Elektronik

 

3.1 Pengenalan

 

Dengan kemajuan teknologi Internet, banyak orang dan bisnis organisasi mengunakan Internet untuk berbagai aplikasi seperti perbankan, penerbitan, pengkilangan dan perdagangan. Hampir 60,000 syarikat dan 400 juta pengguna seluruh dunia mengunakan komputer pada penghujung tahun 2000. Dua juta syarikat Online  memperolehi pendapatan tahunan US$137 bilion dalam transaksi berdasarkan tahun 2000. Oleh itu amat jelas Internet memainkan peranan penting dalam perdagangan elektronik.

 

 

3.2 Apa itu Perdagangan Elektronik (Electronic Commerce)?

 

Rujuk bab 1.2

 

Perbezaan diantara perdagangan tradisi dengan perdagangan Internet

 

                                    Perd Tradisi                            Perd. Internet

Lokasi                          kedai jualan                              dalam Internet

Carian Produk              produk katalog             elektronik produk katalog

Komunikasi                  bersemuka, fax atau talipon       interaksi melalui Internet

Proses Pembayaran      proses manual                           proses elektronik

Kos barangan               tinggi                                        rendah

Penghantaran                tidak diperlukan                        diperlukan

 

 

3.3 Kenapa Perdagangan Elektronik Penting?

 

Kalakota dan Whinston menyatakan impak EC di dalam tiga dimensi yang berkaitan:

 

-         Dimensi Bisnis-ke-Pelanggan, EC membolehkan pelanggan mempunyai kuasa bersuara mengenai produk yang dibuat, bagaimana ianya dibuat (perubahan dari binA berdasarkan stok kepada bina mengikut pesanan) dan bagaimana perkhidmatan dihantar (perubahan daripada proses yang banyak serta lambat kepada proses terbuka yang pantas dengan pelanggan mempunyai kawalan terhadapnya)

 

-         Dimensi Intra-Bisnis, EC juga meningkatkan perubahan drastik terhadap fungsian dalaman organisasi, sebagai bukti perkembangan yang pesat di dalam Intranet. Dulu organisasi menggunakan kaedah ‘arahan dan kawalan’ (command-and-control) kepada organisasi berasaskan maklumat. Perubahan struktur teknologi organisasi melibatkan perubahan tanggungjawab pengurusan, komunikasi dan aliran maklumat, dan struktur kerja berkumpulan

 

-         Dimensi bisnis-ke-bisnis, EC memberikan fasiliti dalam bentuk rangkaian yang mana firma kecil bergantung kepada rakan syarikat untuk memperolehi bekalan dan pengedaran produk untuk memenuhi kehendak pelanggan supaya lebih efektif.

 

 

Treesee dan Stewart menyatakan dua alasan syarikat perlu melibatkan diri dalam EC.

  1. Membolehkan syarikat mencapai pelanggan baru dan menghasilkan hubungan yang lebih mesta dengan pelanggan.
  2. Penurunan kos yang drastik untuk pengedaran dan perkhidmatan pelanggan

 

Untuk jangka panjang, terdapat banyak sebab kenapa syarikat perlu melibatkan diri dalam perdagangan Internet. Dua darinya ialah:

  1. Internet merubah struktur perniagaan lanskap yang bersaigan.  Kerana rangkaian dan globalisasi yang ada pada Internet, syarikat akan menghadapi persaingan dari syarikat yang dari industri berbeza, memerlukan penilaian pelanggan terhadap syarikat mereka. Ini menunjukkan syarikat perlu memberikan perhatian yang serius terhadap perdagangan Internet.
  2. Internet merubah proses perniagaan tradisi kepada proses perniagaan elektronik. Sementara itu, Internet merubah hubungan dan pengaulan di antara bisnes dan pelanggan mereka dari bentuk fixikal kepada digital. Perubahan ini memberi kesan kepada cara tradisi menjalankan dan menguruskan bisnis.

 

Kos pengedaran untuk produk digital boleh dikurangkan untuk syarikat yang terlibat di dalam perdagangan Internet. Barangan Digital termasuk berbagai penghantaran secara atas talian (online), termasuk perisian, majalah eletronik, suratkhabar, permainan komputer, music CD dll.

 

 

3.4 Isu-isu Asas dan Cabaran Perdagangan Elektronik

 

3.4.1 Isu Strategik

 

Strategik bisnis untuk EC merupakan  faktor kritikal yang menentukan kejayaan syarikat.

 

a)      Pemusatan lawan Permberian Kuasa (concentration versus empowerment)

b)      Cabaran pesaingan baru

 

Internet mengubah struktur dan nilai terhadap nilai rantai perdagangan dan rantai pengedaran.

 

 

3.4.2 Isu Bisnis

 

Fokus utama EC adalah bagaimana mengunakan infrastruktur Internet dan keberkesanan rangkaian untuk mencapai matlamat bisnis. Dalam proses membangunkan penyelesaian EC untuk syarikat, kita mesti terlebih dahulu membuat kajian proses sedia ada seperti proses bisnis, pemasaran dan pelanggan, rakan bisnis, pembekal dan produk. Kemudian kita mesti mengenal pasti isu yang melibatkan EC dan mencari jalan penyelesaiannya.

 

a)      Bagaimana ia sesuai dengan strategi kita? Adakah perli kita menukar strategi?

b)      Apakah maknanya kepada situasi pesaing kita?

c)      Adakah kita menjangkakan pulangan jangka pendek atau jangka panjang?

d)      Berapa kos? Apa yang kita harap untuk dicapai?

e)      Bagaimana kita mengukur kejayaan?

f)        Adakah ini akan memberi kensa kepada saluran penjualan kita, rakan kita dan pembekal kita?

 

 

 

3.4.3 Isu Teknologi dan Teknikal

 

Dalam membina dan melaksanakan penyelesaian enterprise EC, kita mungkin menghadapi berbagai masalah teknikal, isu teknologi dan cabaran. Masalah teknikal termasuk isu keselamatan, isu prestasi dan isu ‘scalability’.

 

a)      Bagaimana kita melaksanakan teknologi Internet untuk masalah bisnis?

b)      Bagaimana kita menampung perubahan teknologi yang berlaku dalam jangka pendek dan jangka panjang.

 

 

 

3.5 Jenis-jenis Aplikasi Perdagangan Elektronik

 

Kalakota dan Whinston mengklasifikasikan aplikasi EC kepada tiga jenis iaitu:

a)      Bisnis-ke-Bisnes (inter-organisasi)

b)      Intra-Organisasi

c)      Bisnis-ke-Pelanggan

 

 

3.5.1 Bisnis-ke-Bisnis EC

 

Dari perspektif inter-organisasi, aplikasi EC menambah baikan dan menyokong bisnis operasi dan aplikasi seperti:

 

Ø      Pembelian dan Pesanan (Purchasing and ordering) – Aplikasi elektronik menghubungkan bisnis dengan pembekal dan pengedar untuk menyokong pembelian dan pesanan melalui elektronik, maka pembelian pesanan boleh di hantar, diterima dan diproses secara elektronik.

 

Ø      Proses Pembayaran – Aplikasi elektronik menghubungkan bisnis dengan pembekal dan pengedar untuk menyokong proses pembayaran elektronik, maka transaksi pembayaran dapat di proses secara elektronik.

 

Ø      Pengurusan Inventori – Aplikasi elektronik memendekkan kitar pesanan-penghantar-bil (order-ship-bill) dengan memperbaiki komunikasi dengan rakan bisnis dan mengoptimumkan proses pengurusan inventori. Sebagai tambahan, automasi proses pengurusan inventori menolong mengurangkan tahap inventori, meningkatkan  pulangan inventori, meningkatkan kebolehan auditing, dan menghapuskan berlakunya ‘tiada dalam stok’.

 

Ø      Pengedaran dan Perkhidmatan Pelanggan – Aplikasi elektronik menyediakan alat pengedaran secara elektronik dan menghubungkannya dengan serahan dan rakan  penghantaran , menawarkan pre-sale dan post-sale sokongan pelanggan dan perkhidmatan. Ini membaiki pengaulan secara terus dengan pelanggan, mengurangkan kitar serahan dan penghantaran, dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

 

Ø      Informasi Saluran Pengurusan (Information channel Management) -  Aplikasi elektronik dengan pantas menyebarkan informasi bisnis mengeani perubahan keadaan operasi kepada rakan peniaga. Dengan hubungan secara elektronik mengenai informasi pengeluaran dengan pengedar international, rangkaian pusat jualan dan syarikat  boleh mengurangkan beban kerja, meningkatkan pengkongsian informasi, dan meningkatkan kualiti dan kecekapan proses bisnis.

 

3.5.2 Intra-Organisasi Perdagangan Elektronik

 

Aplikasi perdagangan elektronik membantu syarikat mengintegrasi berbagai fungsi bisnis dan divisi, dan memperbaiki operasi dalaman bisnis dan carta kerja. Dari perspektif ini, intra-organisasi EC menyediakan kemudahan aplikasi bisnis seperti berikut:

Ø      Komunikasi Workgroup. Aplikasi jenis ini meningkatkan komunikasi maklumata intra-organisasi dan pengkongsian diantara pengurus dan pekerja. Contoh: berkongsi fax, email, sistem talipon dan paging mengunakan Internet.

 

Ø      Percetakan Elektronik. Aplikasi ini membenarkan syarikat membina laman web yang membenarkan mereka meletakkan maklumat di laman tersebut seperti sumber manusia, jadual mesyuarat, acara dan berita, dokumen, jadual latihan dan maklumat produk.

 

Ø      Automasi Daya Jualan. Aplikasi ini memberikan aliran informasi yang cekap di antara pasukan pengeluaran dan jualan, dan diantara firma bisnis dan pelanggan. Ini membolehkan firma untuk memperolehi maklumat inteligen dengan pantas dan menganalisanya secara terperinci.

 

 

3.5.3 Bisnis-ke-Pelanggan Perdagangan Elektronik

 

Fokus Bisnis-ke-Pelanggan EC adalah untuk memudahkan interaksi diantara pelanggan dengan bisnis, termasuk pemasaran produk, informasi pre-sales, pesanan pelanggan dan pembelian, transaksi pembayaran, dan aktiviti post-sales seperti pengedaran dan penghantaran.

 

Jenis aplikasi EC:

Ø      Pemasasran dan Pengiklanan Elektronik

 

Ø      Pembelian dan Pesanan. Aplikasi elektronik memudahkan pelanggan mencapai  maklumat produk secara atas talin (online), seperti katalog produk dan ulasan produk, dan membantu mereka membuat pesanan.

 

Ø      Proses Pembayaran. Aplikasi elektronik seperti sistem pembayaran, kemudahan dan menyokong pembayaran transaksi yang selamat diantara pelanggan dan penjual.

 

Ø      Perkhidmatan pelanggan, penghantaran dan pengiriman produk. Aplikasi elektronik menyediakan berbagai maklumat post-sales dan perkhidmatan pelanggan kepada pelanggan. Sebagai tambahan, alat elektronik menyokong dan mengawal proses pengiriman dan penghantaran produk kepada pelanggan.

 

 

3.6 Manfaat dan Kelebihan EC

 

EC meningkatkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan transaksi bisnis dan personal. Manfaat EC kepada pembekal ialah:

Ø      Merupakan satu saluran global untuk mencapai pelanggan di seluruh dunia

Ø      Cepat dan mudah untuk memasuki pasaran baru tanpa mengira saiz dan lokasi bisnis

Ø      Mengurangkan ralat, kos operaso dan belanja (perniagaan) yang perlu dengan menyediakan maklumat dan perkhidmatan kepada pelanggan

Ø      Meningkatkan kepantasan transaksi dengan cara mengautomasikan proses pesanan, pembayaran, pengiriman dan penghantaran.

Ø      Memperbaiki analisa produk, kerana syarikat boleh melakukan analisis produk dan membuat perbandingan di dalam laman Web

Ø      Meningkatkan  analisis pasaran melalui tinjauan pelanggan atas talian dan penilaian produk di pasaran

Ø      Meningkatkan capaian inventori masa nyata (real-time), kerana pesanan pelanggan dihubungkan secara elektronik kepada inventori just-in-time dan teknik pengeluaran berpadu.

 

EC juga memberikan banyak manfaat kepada pembeli:

Ø      Capaian terus untuk maklumat berharga mengenai produk dan perkhidmatan seperti produk yang disarankan, penilaian dan laporan pelanggan

Ø      Mengurangkan kos pembeli kerana mereka boleh memilih banyak pembekal untuk memilih produk yang menawarkan harga yang baik melalui pembelian atas talian

Ø      Alat pembelian yang memudahkan di dalam web untuk mencari berbagai produk dalam pasaran produk yang terpilih

Ø      Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan kepada pelanggan melalui perkhidmatan pesanan dan kecekapan penghantaran.

 

 

 

 

 

 

3.7 Skop EC

 

Di bawah merupakan skop EC:

 

Ø      Web Commerce – menggunakan teknologi World Wide Web di Internet untuk memudahkan interaksi bisnis-ke-Pelanggan dengan menyediakan kebolehan untuk pembelian dan penjualan produk, maklumat berkaitan dan perkhidmatan di Web.

Ø      Internet Commerce – mengunakan teknologi Internet untuk memudahkan berbagai aplikasi bisnis untuk menyokong  transaksi dalaman bisnis di antara proses fungsian yang berlainan dan juga interaksi bisnis inter-organisasi dan transaksi dengan pembekal dan pelanggan

Ø      Electronic Data Interchange (EDI) – kemudahan dan sokongan pertukaran dokumen antara bisnes (inter-organisasi), berdasarkan teknologi rangkaian EDI dan piawai dokumen. Pertukaran data secara elektronik boleh dilihat sebagai tradisional skop aplikasi bisnis-ke-bisnis.

Ø      Electronic Business – memudahkan mengintegrasikan proses bisnis, aplikasi enterprise, dan struktur organisasi untuk mencipta dan melaksanakan model bisnis yang tinggi prestasinya. Electornic Business fokus kepada pelan struktur yang dibuat dengan baik dengan model taktik bisnis yang mengabungkan proses dalaman bisnis, transaksi inter-organisasi, struktur organisasi, dan pengurusan memproses secara bersama untuk melaksanakan dan menyampaikan roadmap untuk organisasi bisnis.

Ø      Electronic Business Community – adalah rangkaian pembekal, pengedar, penyedia perdagangan, dan pelanggan yang menggunakan Internet dan media elektronik lain sebagai platform untuk berkerjasama dan pertandingan

 

 

3.8 Electronic Data Interchange (EDI)

 

EDI adalah pertukaran dokumen Inter-organisasi di dalam format elektronik piawai diantara aplikasi komputer. Idea asal adalah untuk memindahkan secara terus dokumen (seperti pesana dan invois) yang dihasilkan oleh komputer kepada sistem komputer pihak lain dengan mengunakan rangkaian telekomunikasi. Perdagangan mungkin dari mana-mana syarikat, jabatan kerajaan, atau entiti komersial atau tidak komersial. Dengan kata lain, EDI merupakan penukaran dari pesanan berasaskan kertas kepada pesanan berbentuk elektronik

 

EDI mempunyai dua matlamat utama:

  1. Membolehkan komunikasi dilakukan dengan mudah dan tidak mahal dengan menggunakan struktur piawai dokumen dan maklumat melalui komuniti koporat.
  2. Mengurangkan jumlah data yang dikumpul dan ditulis. Ini mempercepatkan proses bisnis dan mengurangkan berlakunya ralat.

 

EDI  memperbaiki dan menambahkan baikan proses bisnis di dalam pengurusan inventori, pengangkutan dan pengedaran, pentadbiran, dan pengurusan tunai. Dengan kata lain proses transaksi bisnis yang pantas akan meningkatkan aliran tunai.

 

 

EDI termasuk aspek-aspek berikut:

Ø      Mengunakan media elektronik sebagai media penghantaran bukan pemindahan melalui storan fizikal seperti kertas, magnetic tape dan disk

Ø      Menggunakan struktur, mesej berformat mengikut piawai yang dipersetujui. Semua mesej akan diterjemahkan, ditafsir, dan diperiksa menurut format piawai yang ditentukan

Ø      Secara relatif penghantaran elektronik dokumen dari pengirim kepada penerima adalah pantas

Ø      Komunikasi secara terus diantara sistem aplikasi yang melibatkan dua pihak

 

 

3.8.2 Pendekatan Sistem EDI

 

Tiga perkara asas untuk membolehkan komputer menyokong EDI:

 

Ø      Mengunakan satu mesin yang khas (PC) yang disambung ke dunia luar

Ø      Set up sekumpulan komputer yang disambung ke dunia luar melalui modem individu atau pengkongsian modem

Ø      Set up pelayan sebagai antaramuka di antara dunia luar dengan sekumpulan komputer yang memproses aplikasi bisnes.

 

Untuk membuat sambungan kepada rangkaian EDI boleh mengunakan sama ada dial-up atau talian tetap dihubungkan ke dalam rangkaian pusat tempatan. Menyediakan EDI terminal pada PC memerlukan beberapa jenis perisian iaitu:

 

Ø      Perisian aplikasi, yang mana memproses data dan dokumen elektronik

Ø      Penterjemah Mesej, yang mana menterjemah mesej komunikasi berdasarkan protokol komunikasi EDI

Ø      Pengurus Routing, yang mana menyokong perciptaan secara automatik talian komunikasi untuk pertukaran data

Ø      Communication handler, yang mana menjaga komunikasi EDI

 

 

3.8.3 Sejarah EDI

 

Ini aku tak translate (aku rasa tak keluar exam)

 

3.8.4 Manfaat EDI

 

Ø      Menghapuskan usaha memasukkan data dan tugas manual dengan menggunakan pemindahaan data bisnis secara automatik

Ø      Mengurangkan kos transaksi bisnis kerana kurangnya kerja-kerja manual.

Ø      Memperbaiki dan menambahkan perkhidmatan pelanggan dengan mengurangkan berlakunya ralat dan masa penghantaran

Ø      Memperbaiki kecekapan organisasi bisnis dengan cara mempercepatkan transaksi bisnis, dan keputusan dialam kitar bisnis yang singkat

Ø      Kelengkapan untuk organisasi bisnis berfikir semula, kejuruteraan semula, dan penstrukturan semula operasi dan prosedur bisnis

 

 

3.8.5 Status Semasa EDI

 

Walaupun teknologi EDI berfungsi dengan baik,  tetapi ianya gagal diterima secara meluas oleh industri. Alasan utama kerana kos yang tinggi untuk pemasangan. Baru-baru ini, teknologi yang menyokong EDI telah menjadi lebih matang dan harganya semakin murah. Ini menyebabkan bertambahnya penggunaan EDI untuk pertukaran dokumen dengan rakan perniagaan.

 

3.8.6 EDI Terbuka – Trend Masa Hadapan

 

Idea asas untuk menghubungkan rangkaian EDI persendirian ke Internet dengan menggunakan Virtual Private Network (VPN) untuk menyokong pertukaran dokumen EDI diantara dua pihak.

 

Terdapat dua pendekatan untuk berpindah EDU ke Internet.

Ø      Melalui File Transfer Protocol (FTP)

Ø      Email melalui Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)

 

Kebanyakkan menggunakan email atas alasan keselamatan dan mudah. Pentadbiran terhadap email adalah kurang. Dengan email pengguna hanya perlu tahu alamat penerima sahaja. Namun email pada asasnya hanya menyokong text format, apabila data dihantar melalui email mungkin berlaku kerosakkan data tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut Multipurpose Internet Mail Extensions (MIME) diperkenalkan. MIME ini menentukan jenis fail tersebut dan dengan aplikasi apa boleh membuka data EDI tersebut. Contoh: Kalau email yang diterima mempunyai lampiran fail abu.pdf, MIME akan mengetahui fail extension .pdf boleh dibuka dengan Adobe Reader.

 

Untuk FTP pula, kedua-dua pihak perlu saling mempercayai dan perlu mengetahu login dan katalaluan untuk pelayan ftp rakan mereka. Mereka harus menetapkan direktori mana perlu disimpan dan sebagainya.

 

Cabaran utama menggunakan pendekatan FTP dan SMTP adalah keselamatan. Penggunaan SSL, HTTPS dan VPN dapat meningkatkan tahap keselamatan.

 

 

3.8.7 Elektronik Bisnis

 

Istilah elektronik bisnis (e-business) bermula sebagai slogan untuk syarikat berasaskan teknologi. Hari ini, kebanyakkan syarikat mula mengambil kesempatan ke atas teknologi Internet untuk membina dan melaksanakan ‘enterprise blueprints’ syarikat mereka untuk perdagangan elektronik (EC). Pengurus mereka ingin mengetahui sama ada mereka menggunakan model bisnis yang betul dan struktur bisnis yang bersesuaian. Pengurus mencari jalan yang betul untuk membawa mereka kepada kejayaan.

 

Apa itu elektronik bisnis?

Elektronik bisnis adalah perancangan strategik secara keseluruhan dan  proses pembangunan  yang memimpin korporat bisnis kepada kejayaan. Fokus elektronik bisnis adalah jalan menuju kejayaan. Elektronik bisnis  fokus kepada model bisnis, pengurusan strategi, dan taktik yang akan membantu mereka melakukan perniagaan yang berpretasi tinggi. Dengan demikian elektronik bisnis memainkan peranan penting dalam menentukan

 

Elektronik bisnis termasuk aspek berikut:

Ø      Menyokong transaksi perdagangan elektronik (EC)

Ø      Digitizing dalaman ‘front and back office’ aplikasi untuk menyokong transaksi proses bisnis, dan aliran kerja.

Ø      Mendefinasikan (mereka semula) model bisnis yang lama dengan bantuan teknologi untuk membina nilai rantai perdagangan (commerce value chain) yang baru dan efektif di dalam Internet

 

Kenapa elektronik bisnis penting? 3 alasan utama adalah:

Ø      Dengan kedatangan perdagangan elektronik di dalam Internet, banyak syarikat sedar yang rekabentuk bisnis, struktur organisasi, proses bisnis dan sistem maklumat yang sedia ada tidak mencukupi untuk bersaing dalam era perdagangan elektronik. Mereka mencari model bisnis baru, strategi, struktur proses dan teknologi untuk menyokong perniagaan mereka dimasa hadapan.

 

Ø      Setiap hari semakin ramai individu dan syarikat seluruh dunia melibatkan diri dengan perdagangan elektronik di dalam Internet. Pengurus bisnis hendak mengetahui bagaimana sesetengah syarikat berjaya di dalam ekonomi digital.

 

Ø      CEO perniagaan tradisional mencari jalan yang terbaik untuk menukar model perniagaan tradisional, struktur dan proses kepada model perniagaan yang baru yang berprestasi tinggi untuk menyokong nilai rantai perdagangan yang baru di dalam Internet.

 

 

3.8.8 Komuniti Elektronik Bisnis (Electronic Business Community – EBC)

 

Definasi komuniti Elektronik Bisnis:

Sebagai rangkain pembekal, pengedar, pembekal perdagangan (commerce provider), dan pelanggan yang menggunakan Internet dan media elektronik lain sebagai platform bekerjasama dan bersaing.

 

Dengan kemunculan World Wide Web (WWW), EBC muncul untuk mengambil kelebihan teknologi yang ada di dalam Internet dan rangkaian. Syarikat yang terlibat di dalam komuniti e-business mesti bekerjasama untuk mencipta rangkaian  Online yang menyokong pelanggan, pembekal dan proses tambah nilai.  Mereka mesti belajar macam mana bekerjasama dengan rakan perniagaan untuk mencipta hubungan jangka panjang dengan pembekal dan pelanggan.

 

Terdapat dua dimensi EBC:

Ø      Kawalan Ekonomi (self-organizing atau hierarhical). Kawalan struktur untuk EBC. Sesetengah EBC adalah struktur kawalan heirarhical, yang mana ada pihak yang memainkan peranan sebagai bos yang mengawal  nilai semula jadi dan aliran transaksi antara mereka.

Ø      Nilai Integrasi (Value integration – rendah atau tinggi). Nilai intergrasi EBC bergantung kepada fokus mereka. Sesetengah EBC menyediakan  nilai integrasi yang tinggi, kerana mereka fokus kepada kemudahan kepada spesifik produk generasi bersama-sama perkhidmatan dengan menawarkan komponen bersepadu dari sumber yang berbeza. Industri Automobil merupakan contoh yang tipikal. Komuniti perniagaan elektronik yang lain (seperti pasaraya) fokus kepada nilai integrasi yang rendah dengan menyediakan kemudahan berniaga di dalam berbagai barangan dan perkhidmatan.

 

Lukis sendiri gambar rajah 3.2 muka surat 47

 

 

Ticoll, Lowy dan Kalakota mengklasifikasikan komuniti bisnis elektronik (electronic business communities - EBC) kepada empat jenis.

 

  1. Pasaran Terbuka EBC (Open Market EBC)  - nilai integrasi rendah EBC tanpa sebarang kawalan susunan. Contoh: eBay, pasaran untuk penggunan dan peniaga kecilan. Sesiapa sahaja boleh terlibat di dalam urusan jual beli.
  2. Agregasi EBC (Aggregation EBC) – ada satu pihak yang mengetuai (ketua) komuniti. Pihak yang mengetahuai menjadi orang tengah pengeluar dengan pengguna. Nilai integrasi rendah. Contoh E-Trade, menyediakan perkhidmatan broker untuk produk elektronik dengan mempunyai lebih dua dozen rakan niaga yang strategik.
  3. Nilai Rantaian EBC (Value Chain EBC) -  sama dengan agregasi EBC, Nilai rantaian EBC selalunya mempunyai pihak yang memainkan peranan pemimpin (ketua) di dalam banyak atau kurang struktur hierarki. Nilai rantaian fokus bagaimana  untuk mengoptimakan  proses untuk mekasimakan nilai intergrasi. Contoh Cisco System telah memainkan peranan sebagai pemimpin di dalam komuniti teknologi ‘internetworking’.
  4. Perikatan EBC (Alliance EBC) – fokus utama perikatan EBC adalah nilai intergrasi yang tinggi tanpa kawalan struktur hierarki. Di dalam perikatan EBC mungkin terdapat lebih daripada satu pihak yang menjadi pemimpin.walaupun begitu mereka tidak berkuasa mengawal perjalanannya. Ideal perikatan EBC tidak ada bahaya yang besar dalam pasaran terbuka komuniti bisnis elektronik.  Semua pihak diminta untuk memberikan nilai tambah pada ‘value space’ untuk memenuhi kehendak pelanggan. Contoh: Visa International (kad kredit VISA), ia membawa bersama ratusan pesaing, dan setiap pesaing akan menyumbangkan jenama global berasaskan yang dikongsi dan amalan perniagaan standard.

 

Rajah 3.3 mukasurat  48 lukis sendiri