Bab 4 Pasaran Perdagangan
Elektronik dan Tempat Pemasaran
4.1 Pengenalan
Pasaran perdagangan
Elektronik (E-commerce markets)
Pasaran perdagangan Elektronik (E-commerce markets) adalah laman web yang
boleh dimasuki secara global yang menyediakan pasaran perdagangan elektronik
yang menyokong aktiviti penjualan dan pembelian atas talian. Akitiviti
perniagaan dilakukan secara elektronik dengan menyediakan saluran yang boleh
dicapai oleh penjual dan pembeli diperingkat global. Ini berbeza pasaran
tradisional yang urusan perniagaan dilakukan secara interaksi dan komunikasi
bersemuka.
E-commerce markets:
1.
Memudahkan
transaksi di antara penjual & pembeli terutamanya di dalam menyokong
langkah-langkah proses penyelesaian
pesanan.
2.
Fokus kepada
aktiviti interaktiviti dan interaksi diantara pembeli & penjual
3.
Mesti
disokong oleh tempat pasaran elektronik (Electronic marketsplace)
Model Proses Perniagaan dari
Perspektif Pelanggan:
Electronic MarketPlaces – sistem maklumat di antara organisasi yang
membenarkan penjual dan pembeli yang terlibat untuk bertukar maklumat tentang
harga & tawaran tentang produk
Firma yang menjalankan sistem ini dikenali sebagai intermediary (orang
tengah)
4.2 Contoh Pasaran
Perdagangan Elektronik (E-commerce Markets)
Bunga
Cara tradisional menjual bunga:
Penanam à Penghantar à Pemborong à Penjual Bunga à Pembeli Bunga
Melalui laman web: (lagi murah sebab tak banyak yang terlibat)
Penanam à Pembeli Bunga
Automobil
Membolehkan pengguna mencari, membeli, menginsurankan, membuat penghantaran
tanpa perlu pergi ke pengedar (dealer) & boleh lakukan carian di Yahoo!
Untuk senarai pembekal kereta.
CD Muzik – cdnow.com
Menjual CD dengan kaedah e-commerce
Pelanggan membuat pesanan à cdnow à distributor
Pesanan akan diterima dalam amsa 24 jam
Buku – Amazon.com
Pengguna boleh mencari, membuat pesanan dan membuat pembayaran melalui web
dengan menggunakan cek atau kad kredit. Diskaun sehingga 30%.
Penempahan Tiket
Kapalterbang – Airasia.com
Menawarkan tiket yang lebih murah kerana tiada orang tengah (ejen)
Stok & Keselamatan
Internet boleh mengantikan fungsi seorang broker saham. Pembelian &
penjualan saham dilakukan tanpa melalui broker.
Contoh di Malaysia: Kenanga Broker
Online flea Market
Penjual dan pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual
produk peribadi dengan membenarkan penjual untuk menyenaraikan barangan dan
pembeli pula boleh membida barangan secara atas talian (online)
Contoh: e-bay, lelong.com
4.3 Perbandingan di antara Pasaranan
Tradisional dengan Pasaranan Elektronik
Strader & Shaw (1997) telah membangunkan model untuk membuat perbandingan
berdasarkan kepada dua perspektif iaitu:
a)
Dari
perspektif pembeli
b)
Dari
perspektif penjual
5 Kos Yang Terlibat Dari
Persepktif Pembeli
|
|
Harga produk |
Kos carian |
Kos risiko |
Kos pengagihan |
Cukai jualan |
Kos pasaranan |
|
Tradisional |
Tinggi |
Tinggi |
Rendah |
Rendah |
Tinggi |
Rendah |
|
E-pasaranan |
Rendah |
Rendah |
Tinggi |
Tinggi |
Rendah |
Tinggi |
Perbandingan kos yang terlibat daripada perspektif pembeli
Dari Perspektif Penjual
Pasaranan elektronik menyediakan penjual manfaat tertentu seperti pasaranan yang lebih besar dan pengurangan
kos tertentu.
Keburukkan adalah kompleksiti operasi perniagaan bertambah kerana mereka
perlu belajar bagaimana memasuki pasaranan elektronik dan belajar operasi
perniagaan yang baru
Kos yang terlibat:
- Tradisional -
perlukan TV, radio, suratkhabar,
Yellow Pager – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik - Internet sebagai saluran
pemasaran (kos lebih rendah)
-
Tradisional
– kos tetap (sewa kedai & gudang dalam bentuk fizikal) – kos tinggi
-
Pasaranan
Elektronik – kos kurang kerana kedai virtual & pauta terus kepada gudang
-
Tradisional
– kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi
-
Pasaranan
Elektronik – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi kecuali apabila
produk digital seperti perisian & CD musik kos menjadi lebih rendah
-
Tradisional
– kos adalah lebih murah kerana pelanggan selalunya datang sendiri ke kedai dan
memindahkan produk tersebut ke tempat mereka.
-
Pasaranan
elektronik yang bukan produk digital mempunyai kos yang tinggi kerana terdapat
kos ‘shipping’ dan penghantaran.. Tetapi pasaranan elektronik menjadi rendah
jika produk yang dipasarankan adalah berbentuk digital boleh dimuat turun dari
laman web
-
Produk
digital lebih murah berbanding tradisional dan produk fizikal.
|
|
Tradisional (produk) |
E-market (bukan digital) |
Pasaranan e-market (digital) |
|
Pengiklanan |
Tinggi |
Rendah |
Rendah |
|
Overhead |
Tinggi |
Rendah |
Rendah |
|
Inventori |
Tinggi |
Tinggi |
Rendah |
|
Produksi |
Tinggi |
Tinggi |
Rendah |
|
Distribution |
Rendah |
Tinggi |
Rendah |
Perbandingan kos yang terlibat dari perspektif penjual
4.4 Jenis-jenis Pasaranan
Elektronik
Runcit elektronik juga dikenali sebagai e-shops.
Merupakan kedai maya di Web. Ia membenarkan pengguna untuk memilih, memesan
dari produk katalog atas talian. Fokus perniagaan lebih kepada perniagaan
seperti CD atau perisian komputer. Syarikat besar seperti DELL menjual komputer
secara terus melalui laman web mereka. Peniaga kecil dan sederhana sering kali
membentuk kumpulan mereka sendiri untuk menyediakan dan menyelenggara kedai
runcit elektronik mereka. Kumpulan ini (peniaga kecil dan sederhana) tidak
mampu mempunyai talian suwa (T1) mereka sendiri, maka mereka menggunakan
peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ISP.
Pasaranaya elektronik dalam talian yang
menggabungkan sekumpulan e-shop yang menawarkan pembelian dan penjualan
produk/servis kepada pelanggan atas talian. Perkhidmatan atau servis yang
disediakan seperti mencipta, menguruskaan dan mengekalkan pasaranaya
elektronik. Ia juga boleh menyediakan perkhidmatan seperti kemaskini katalog,
pemproses pembayaran, penghantaran dan sebagainya.
Merupakan orang tengah yang menyediakan pasaran
perniagaan atas talian kepada pembekal dan pengguna. Contoh perniagaan yang memerlukan orang tengah adalah
Pelancongan, Insuran dan Hartanah. Membenarkan penjual/pengedar untuk terlibat
di dalam pasaran elektronik yang sama walaupun mereka merupakan pesaing. Tidak seperti e-shops dan e-malls, komuniti
elektronik bukan sahaja menyokong penjualam dan pembelian produk/barangan,
tetapi ia juga memberika perkhidmatan sebelum jualan (pre-sales) dan selepas
jualan (post-sales) kepada pelanggan mereka.
Dari perspektif pengguna, pasaran elektronik
menyokong empat kumpulan aktiviti:
a)
Pra-Pembelian
– carian maklumat, perbandingan ciri-ciri produk dan ulasan produk
b)
Penyempurnaan
Pembelian – pesanan, pembelian dan pembayaran
c)
Intraksi
:epas Jualan – penghantaran dan khidmat pelanggan
d)
Perkhidmatan
Maklumat Komuniti – berita, acara dan email
Dari perspektif penjual pula:
a)
Menyediakan
satu set alat yang membenarkan penjual untuk mencipta, mengemaskini dan menjaga
katalog produk
b)
Menyediakan prosese pesanan dan pembayaran elektronik
Merupakan orang tengah berkonsepkan rangkaian yang
menyediakan komuniti B2B untuk pembekal, penedar, pelanggan dan rakan
perniagaan Ia menyokong:
a)
Pengkongsian
dan komunikasi tentang informasi di Internet
b)
Pertukaran
dokumen perniagaan (EDI)
c)
Pembelian
dan penjualan di antara perniagaan
d)
Pertukaran
barangan di antara 2 perniagaan. Contoh perniagaan lelong dan ‘trading’
e)
Penyediaan
perkhidmatan komuniti seperti carian, berita, acara dan papan buletin
f)
Berkerjasama
dan mengintegrasikan perniagaan untuk menambah nilai rantaian perniagaan
g)
Menyokong
persaingan secara elektronik perniagaan. Seperti satu-kepada-banyak lelongan
dan banyak-ke-banyak lelongan.
4.5 Kesan Pasaranan
Elektronik Kepada Struktur Industri
Strader dan Shaw (1997) telah mengenalpasti 2 fasa yang mungkin dilalui
oleh struktur industri dengan adanya pasaranan elektronik
a)
Menyediakan
mekanisma yang efektif (mengurangkan kos carian kepada pengguna) – jimat wang
dan masa dalam usaha mengumpul tentang harga, kualiti dan ciri-ciri produk
b)
Menyediakan pertukaran
maklumat antara pengguna dan penjual à tawaran paling menarik
c)
Membuang
orang tengah (pemborong) dari rantaian nilai
d)
Pengeluar
mendapat keuntungan yang lebih banyak
a)
Buku,
suratkhabar, majalah, perisian komputer, movie, muzik di jual dalam bentuk
digital
b)
Pasaran
elektronik dan rangkaian pengedaran membolehkan aktiviti yang lebih banyak
antara penjual dan pembeli dalam satu tempat termasuklah pemasaran, pesanan,
pembayaran dan pengagihan
c)
Mengurangkan
harga produk, kos rantaian nilai (inventori, pembungkusan dan kos penghantaran)
Empat Faktor yang
mempengaruhi impak kepada struktur industri
a)
Sifat
(characteristic) Produk
Bentuk produk merupakan faktor penting. Contoh:
Produk berunsurkan digital akan sesuai untuk pasaranan elektronik.
b)
Sifat
Industri
Pawaian produk adalah satu faktor industri yang
impak yang berkesan kepada pasaran elektronik kerana produk dengan piawai sedia
ada sangat mudah diterangkan, dikenal dan perbandingan oleh penjual dan pembeli
di pasaran elektronik. Faktor lain adalah perlunya broker perjanjian
perdagangan yang kadang kala diperlukan
oleh industri. Broker ini memainkan peranan penting dalam menemukan penjual dan
pembeli. Contoh: agen insuran, broker saham dan agen hartanah. Industri seperti
ini memberikan kurang kesan ke atas pasaran elektronik
c)
Sifat
Penjual
Oleh kerana pasaran elektronik membantu pelanggan
mencari penjual yang menawarkan harga yang rendah, dalam jangkamasa panjang
penjual mesti mengurangkan margin keuntungan untuk membolehkan mereka bersaing,
walaupun pasaran elektronik boleh meningkatkan jualan mereka. Sesetengah
penjual mungkin tidak mahu ikut serta di dalam pasaran elektronik. Namun kerana
pesaingan yang hebat, penjual tidak pilihan lain kecuali memasuki pasaran
elektronik.
d)
Sifat Pelanggan
Terdapat tiga jenis pelanggan: dorongan (gerak
hati), sabar dan anatikal. Pelanggan mengikut gerak hati akan membeli produk
hanya dengan sedikit analisis. Pelanggan sabar akan membeli produk hanya
setelah melakukan perbandingan. Pelanggan anatikal akan membeli produk hanya
setelah mereka melakukan kajian yang teliti. Hanya pelanggan anatikal yang akan
memberikan impak kepada industri kerana pelanggan jenis ini berpeluang
melakukan kajian dan perbandingan harga.
4.6 Electronik Marketplaces
Elektronik Marketplaces adalah sistem informasi yang bertindak sebagai
tulang belakang kepada pasaran perdagangan elektronik. Ini termasuk menyokong
rangkaian infrastruktur, rangka kerja teknologi, dan aplikasi perniagaan
infrastruktur untuk menyokong berbagai fungsian dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh pasaran perdagangan elektronik.
Bakos (1991, 297) menyatakan terdapat 5 citi sistem pasaran elektronik dari preseptif ekonomi.
Elektronik markerplaces memerlukan pelaburan tetap yan tinggi dalam
pembangunan sistem, tetapi setelah sistem berjaya dibangunkan, kos marginal
akan dikurang untuk koordinasi inter-organiasai dan keupayaan mengawal banyak
transaksi.
4.6.1 Kesan ke atas
Elektronik MarketPlaces
Kesan ke atas Pasaran
Komuniti
Produk komuniti adalah di pasaran komuniti adalah sama untuk semua penjual
adalah sama. Oleh itu pembeli akan membeli penjual yang menjual harga yang
lebih rendah. Contoh produk: produk pertanian, bond kerajaan, produk hasil bumi
atau emas.
Kesan ke atas Pasaran
Perbezaan (differentiated)
Ia akan menyebabkan kuasa penjual dalam pasaran akan berkurangan. Ini
kerana pelanggan boleh melakukan kajian sebelum membeli sesuatu produk.