Ikhlas dari,
Rozaimy Baharuddin & Ruzila Mohd. Asnan.
Bab 4 Penilaian Persekitaran Pelaburan (Ventures
Environment Assessment)
Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan mengenai
pasaran, pengurusan ekonomi dan sebagainya.
4.1 Komponen Persekitaran pelaburan (The
components of ventures’ environment)
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa
memulakan perniagaan mereka tetapi
mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang
berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan
berlaku. Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
1)
Pandangan
Makro – pandangan persekitaran luaran
2)
Pandangan
Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman
a)
Persekitaran
Luaran (External
Environment)
Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan
perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang
tidak boleh dikawal.
Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:
·
Politik dan
Undang-undang yang dibuat (Legislation)
·
Ekonomi
·
Kebudayaan
Sosial
·
Teknologi
Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan
Persekitaran Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada
Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi
keputusan dan aktiviti usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran
Industri atau Persekitaran Tugas.
Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur
berikut:
·
Pengguna
·
Pesaing (Competitors)
·
Pembekal
·
Institusi
Kewangan
·
Organisasi
bukan Kerajaan
·
Agensi
Kerajaan
Persekitaran dalaman atau persekitaran industri
juga dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di dalam Model Porter
5 Forces yang mana termasuk ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru,
produk tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan pembeli.
Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran Umum manakala Organisasi
bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan
undang-undang yang dibuat.
b)
Persekitaran
Dalaman (Internal
Environment)
Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:
·
Struktur
Organisasi
·
Budaya
·
Sumber
4.2 Pengaruh Persekitaran Makro
Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur seperti politik dan undang-undang yang dibuat, ekonomi makro, teknologi dan kebudayaan sosial. Dalam bahagian ini, kita akan menerangkan kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap usahawan.
4.2.2 Politik dan undang-undang yang dibuat
Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut dijalankan.
Politik & Undang-undang yang dibuat à Isu global à a) Halangan Perdagangan & tarif
b) Risiko politik
c) Perjanjian Perdagangan
à Isu nasional à d) Cukai
e) Peraturan
Isu Global
a) Halangan Perdagangan dan Tarif
Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di Malaysia.
b) Risiko Politik
Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru.
c) Perjanjian Perdagangan
Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.
Isu Nasional
d) Cukai
Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:
· Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur.
· Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.
e) Peraturan
Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut. Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.
Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.
4.22 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimanapun, usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.
Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.
· Apakah keadaan ekonomi semasa?
· Apakah suasana pasaran buruh?
· Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
· Apakah nilai pertukaran mata wang?
· Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
· Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?
· Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
· Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
· Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
· Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?
4.2.3 Kebudayaan Sosial
Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:
Ø Demografis
Ø Aliran budaya dalam masyarakat
a) Perubahan demografis
Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.
b) Aliran Sosial
Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah:
i) pembentukan rumah tangga
ii) ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh
iii) tahap pendidikan
iv) Corak pembelanjaan
v) Corak waktu lapang (leisure)
Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan.
4.2.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif.
a) Penemuan Tulin
Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan tersebut. Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta pasaran dan peluang untuk perniagaan. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang komputer.
b) Proses Inovatif
Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau perubahan teknologi bukannya perkara yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak mengetahui nilai komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi tersebut.
4.3 Persekitaran Mikro
Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri. Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.
a) Pengguna
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.
b) Pesaing
Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.
Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan pelaburan baru.
c) Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran.
d) Insitusi Kewangan
Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan baru. Oleh demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.
e) Agensi Kerajaan
Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan.
f) Organisasi Bukan Kerajaan
Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan kerajaan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.
4.4 Organisasi Persekitaran Dalaman
Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang dilakukan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.
a) Sumber
Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri, kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
b) Struktur
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.
c) Budaya
Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia.
4.5 Pengenalan kepada Peluang Perniagaan
Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang buruk atau rugi menjadi situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh didefinasikan sebagai:
“Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan yang nyata oleh pengusaha perniagaan, ia akan menghasilkan keuntungan kewangan.”
Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan.
Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan jelas untuk memberikan nilai pada inovatif dan penciptaan. Peluang juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mencipta yang baru yang melibatkan pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik, sosial dan keadaan (suasana) demografis.
Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul (timbul) tetapi keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang berwaspada di dalam mengenal pasti peluang yang bakal mereka perolehi. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Walau bagaimanapun, pengguna, rakan sejawat perniagaan, rakan di dalam sistem pengedaran dan orang teknikal adalah sumber yang terbaik untuk mendapatkan idea pelaburan yang baru.
4.5.1 Pengenalan kepada Peluang: Fasa
Proses Perspektif terhadap Keusahawanan
Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses Perspektif terhadap keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih manusia mengenal pasti peluang yang ada. Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan kepada faktor ini, memberikan peluang kepada pelabur baru yang berminat.
Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi, teknologi dan keadaan sosial akan mencipta peluang; tetapi tiada apa akan berlaku pada peluang ini sehingga adanya orang yang mempunyai motivasi dan bertenaga untuk mengenali peluang tersebut.
Usahawan sepatutnya boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan yang ada. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut dan mengejar peluang tersebut. Sesetengah usahawan merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah usahawan mendapat peluang dari keadaan yang untung. Usahawan yang mengejar peluang seharusnya menambahkan nilai produk atau perkhidmatan mereka untuk menarik pelanggan, pengedar dan penjual. Peter Drucker, adalah seorang penulis pengurusan yang terkenal telah mengenal pasti tujuh potensi sumber untuk memperolehi peluang dari konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:
|
No |
Peluang dari Sumber |
Keadaan/Kedudukan |
|
1 |
Keadaan yang tidak diduga. |
Peluang boleh juga diperolehi apabila situasi dan kejadian yang tidak diharapkan. Kejadian tersebut boleh terjadi secara tidak diduga sama ada berita kejayaan/baik atau beriya kegagalan/buruk boleh menjadi suatu peluang yang baik untuk usahawan mengejarnya. |
|
2 |
Bertentangan (tidak logik) |
Situasi yang tidak logik boleh berlaku apabila terdapat ketidak stabilan yang muncul. Sebagai contoh: Adalah terdapat peluang untuk direbut apabila cara pemikiran konvensional tidak lagi menjadi perkara benar. Di dalam situasi begini, usahawan yang berupaya memikirkan sesuatu cara diluar tradisi akan memperolehi peluang tersebut. |
|
3 |
Keperluan proses |
Peluang keusahawanan boleh diperolehi dari proses yang ditemui hasil dari proses kajian dan pembangunan yang dilakukan oleh para pengaji dan pakar teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan. Malah sebelum sesuatu penemuan ditemui, berbagai peluang yang akan wujud untuk digunakan oleh usahawan semasa proses tersebut. |
|
4 |
Struktur industri dan pasaran |
Perubahan teknologi, nilai sosial dan citarasa pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran. Situasi seperti ini akan memberikan usahawan peluang untuk melakukan sesuatu yang inovatif terhadap produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. |
|
5 |
Demographics |
Pertukaran demograhics akan mempengaruhi industri dan pasaran terhadap sasaran pasaran dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan untuk melibatkan diri dan memenuhi kehendak penduduk. |
|
6 |
Perubahan Persepsi (perhatian) |
Persepsi adalah satu pandangan realiti. Pertukaran terhadap persepsi boleh mempengaruhi hati manusia secara profil psikographics terhadap nilai yang mereka ada, apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka ambil berat. Pertukaran sikap dan nilai ini boleh mencipta peluang pasaran untuk para usahawan. |
|
7 |
Pengetahuan baru |
Pengetahuan baru adalah sumber peluang untuk usahawan. Contoh pengetahuan baru adalah teknologi baru dan penemuan baru yang boleh menjadi sumber informasi untuk keusahawan mencipta. Dengan mengunakan pengetahuan ini , usahawan boleh menghasilkan produk dan proses baru, serta berupaya untuk bersaing dengan produk keluaran lain. |
4.5.2 E-Commerce (perdagangan) adalah suatu
peluang baru
Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan
perniagaan baru. Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan perniagaan melalui
e-commerce boleh memakan kos yang tinggi. E-commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada pasaran baru
yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman web untuk
mempromosi dan menjual produk mereka secara ‘online’. Teknologi yang
menggunakan e-commerce menawarkan informasi yang memberi bantuan kepada
pengguna membuat keputusan.
Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang
dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat tersebut le). Ia
membolehkan syarikat membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari mula
sehingga akhir. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang
sesuai mengikut kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara
pengguna dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling penting adalah e-commerce
boleh mengurangkan kos transaksi.
4.6 Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan
Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna, teman
sejawat perniagaan, melalui rakan atau orang teknikal. Setiap peluang mestilah
ditapis dan dinilai dengan berhati-hati. Penilaian merupakan elemen yang paling
kritikal bagi proses keusahawanan. Jadual pada muka surat 41 (modul OUM),
menunjukkan proses penilaian yang mana melihat ciptaan dan lamanya kesempatan
itu ada, ia adalah nyata dan mengetahui nilai sebenar, dan ia membezakan
kelebihan di dalam persekitaran yang penuh dengan persaingan.
Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan
matlamat usahawan tersebut. Plan taksiran kesempatan (peluang) mestilah pendek,
fokus terhadap peluang tersebut dan bukan pada keseluruhan pelaburan (venture).
Plan tersebut mestilah mempunyai asas untuk membuat keputusan sama ada untuk
bertindak terhadap peluang yang ada atau tidak. Plan perniagaan yang baik mesti
dibangunkan untuk mengeksploitasi peluang yang ada. Sumber untuk peluang
tersebut mestilah juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mestilah menggunakan
sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan tersebut.
|
Kenal
pasti dan menilai peluang |
Membina
plan perniagaan |
Sumber yang diperlukan |
Mengurus
syarikat |
|
Ø
Ciptaan dan lamanya peluang yang ada Ø
Nyata dan mengetahui nilai sebenar Ø
Risiko dan pulangan terhadap peluang tersebut Ø
Peluang melawan kemahiran dan matlamat individu Ø
Situasi persaingan |
Ø
Judul Halaman Ø
Kandungan Ø
Executive summary 1.0 Penerangan terhadap perniagan 2.0 Penerangan terhadap industri 3.0 Plan pemasaran 4.0 Plan Pengeluaran 5.0 Plan Organisasi 6.0 Ringkasan Ø
Apendik |
Ø
Sumber usahawan yang sedia ada Ø
Jurang sumber dan pembekal yang ada Ø
Sumber boleh dicapai apabila dikehendaki |
Ø
Corak pengurusan Ø
Kunci yang berbagai untuk kejayaan Ø
Kenal pasti dan kemungkinan masalah yang ada Ø
Melaksanakan sistem kawalan |
Aspek terhadap Proses Keusahawanan
4.6.1 Magnitude(besarnya) Terhadap Peluang
Magnitud terhadap peluang bergantung kepada faktor di bawah:
Ø Nilai yang usahawan itu mahu cipta.
Ø Saiz peluang yang akan menarik perhatian
pelabur
Ø Faktor ekonomi yang memerlukan kecekapan
menggunakan aset.
Ø Keperluan perniagaan untuk menarik rakan
sepasukan untuk menjayakan perniagaan.
Walau bagaimanapun, usahawan berasaskan perkembangan tidak hanya
mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi mesti juga menimbangkan
harapan kadar pertumbuhan akan datang. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas
untuk jangka masa yang lama akan memberikan kesan yang negatif kerana ia
memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan berterusan. Manakala sekiranya
kadar pertumbuhan yang terlalu rendah akan menyebabkan usahawan gagal
menimbulkan keinginan untuk mencipta dan tidak berjaya menarik pelabur.
Peluang yang baik datang dalam tiga situasi:
Ø Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk
kepada peluang lain
Ø Peluang yang baik boleh memaksa organisasi
untuk mengembangkan kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih
banyak idea baru
Ø Pelaksanaan terhadap peluang mestilah
dilakukan secara berkumpulan atau pengkongsian
Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti syarikat
baru perlu hidup di dalam industri yang luar dan perlu mencari jalan untuk
bersaing dan membuat duit.
4.6.2 Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula)
terhadap Pelaburan Baru
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang (kesempatan) adalah
situasi dimana perubahan teknologi, (terutama) ekonomi, politik, sosial atau
keadaan demographics akan menghasilkan sesuatu yang baru. Jadual di bawah
menunjukkan lima contoh peluang yang berbeza apabila berlaku perubahan
teknologi
No |
Jenis
Peluang |
Perubahan
teknologi |
Contoh
idea perniagaan yang dihasilkan dari peluang tersebut |
Alasan |
|
1 |
Produk atau
perkhidmatan baru |
Internal combustion
engine |
Automobil |
Ia digunakan utk mengerakkan
automobil |
|
2 |
Cara baru mengurus |
Internet |
Penjualan buku secara
online |
Internet membolehkan
penjual menjual produk tanpa mebuka kedai |
|
3 |
Pasaran baru |
Peti sejuk |
Petisejuk kapal |
Petisejuk di dalam
kapal memboleh penjualan daging keseluruh negara |
|
4 |
Pengeluaran cara baru |
Komputer |
Rekabentuk menggunakan
komputer |
Komputer membenarkan
pereka mencipta produk tanpa membina prototaip secara fizikal |
|
5 |
Bahan mentah baru |
Minyak |
Penghasilan petrol |
Petrol dihasilkan dari
kilang penapisan untuk digunakan pada kenderaan |
Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik di
dalam mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan syarikat yang
baru. Apabila syarikat telah berniaga beberapa ketika, ia telah mempunyai
beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baru seperti yang ditunjukkan
pada jadual di bawah.
|
No |
Kelebihan |
Alasan |
|
1 |
Proses pembelajaran
(learning curve) |
Syarikat baru belum
lagi habis proses pembelajaran dan masih menghasilkan produk dan pasaran yang
kurang baik. Walau bagaimanapun, hasil akan bertambah baik apabila telah lama
menghasilkannya |
|
2 |
Reputasi |
Kajian telah
menunjukkan manusia suka membeli produk dari pengedar yang mereka kenali dan
percaya |
|
3 |
Aliran Wang (tunai) |
Sekiranya perniagaan
berjaya, mereka mempunyai aliran tunai yang positif yang boleh digunakan
untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baru, Mereka juga boleh mengunakan
wang tersebut untuk melabur di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan
baru untuk memenuhi permintaan pengguna |
|
4 |
Skala ekonomi |
Skala ekonomi memberi
manfaat kepada syarikat yang telah kukuh berbanding dengan syarikat baru
kerana ia telah pun menghasilkan produk dan perkhidmatan. Syarikat yang telah
kukuh ini berhadapan dengan kos yang jauh lebih rendah dari syarikat baru
kerana ia telah menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan |
|
5 |
Aset sampingan |
Aset sampingan akan
digunakan oleh usahawan untuk menghasilkan produk baru atau pengedaran
produk. Syarikat baru selalunya menghadapi masalah untuk bersaing dengan
syarikat yang telah kukuh kerana mereka kekurangan aset sampingan |
Kelebihan syarikat yang kukuh berbanding syarikat baru
|
Dimensi Peluang |