Ikhlas dari,
Rozaimy Baharuddin
Persekitaran
perniagaan pada masa kini adalah dinamik, komplek dan sentiasa berubah mengikut
keadaan. Dalam untuk meraih dan memastikan kelebihan dalam persaingan, seorang
usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan
perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan.
Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mestilah menyediakan perancangan perniagaan
yang dapat meyakinkan dan menarik minat para pelabur.
Para
pelabur lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melabur di dalam sesuatu
perniagaan apabila mereka percaya perancangan perniagaan itu realistik dan akan di ramalkan akan membawa
keuntungan kepada perniagaan. Apabila pengurusan perniagaan disediakan
berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan mempunyai keyakinan kepada
pasaran, barangan dan perkhidmatan syarikat. Ketelitian pada pelan perniagaan
akan menghasilkan kecekapan pengurusan, pengalaman dan latarbelakang
perniagaan.
5.1 Apa itu
Pelan Perniagaan?
Pelan
Perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci
keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan bermaksud untuk menyertainya.
Walaupun usahawan telah bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan, pelan
perniagaan yang telah dibuat dengan teliti membolehkan usahawan untuk menilai
semula perniagaan yang sedang dijalankan atau melakikan pertimbangkan untuk
membuka perniagaan baru. Walaubagaimanapun pelan perniagaan merupakan pelan
masa hadapan syarikat, dipersembahkan dalam format perniagaan piawai yang logik
dan realistik. Pelan perniagaan mestilah menceritakan idea dan cita-cita dengan
jelas. Untuk menyempurnakan perkara ini, pelan mestilah termasuk tiga perkara
yang dinyatakan:
i)
Fokus kepada
bukti, ianya menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka
cenderung untuk menyertainya.
ii)
Memahami
sasaran pelanggan yang usahawan tentukan dengan mengenalpasti dan menyenaraikan
pelanggan yang diharapkan.
iii)
Untuk
memenuhi kehendak para pelabur dan pemberi hutang sebelum salah satu daripada
mereka bersedia untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.
Menurut
Patricia Utton (2001), pelan perniagaan ialah satu program yang lengkap ataupun
lakaran peta setiap yang dapat dibayangkan perkara-perkara yang usahawan perlu
ambil semasa mengemukakan sesuatu perniagaan. Ianya meliputi banyak hal, pelan
dapat menjelaskan apa yang usahawan bertujuan untuk melakukan, bagaimana hendak
melakukannya, bila usahawan hendak melakukannya, dimana hendak melakukannya dan
mengapa usahawan percaya yang ideanya bernas dan dapat membuat keuntungan
daripadanya. Kesimpulannya, ianya merupakan petunjuk yang tersusun untuk
mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan perniagaan.
Disamping itu, pelan perniagaan merupakan peralatan yang sesuai untuk
menyemak faktor dan pengujian meliputi praktikal idea sebelum di masukkan di
dalam tindakan. Ianya memberi usahawan peluang untuk harapan yang realistik dan
tindakan ke atas perniagaan yang dijalankan. Dengan kata lain, ianya menolong
usahawan untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya, dan perkara
terperinci yang usahawan perlu mengambil berat ialah peluang untuk meraih
keuntungan dan ancaman yang harus dihadapi. Semua perkara ini akan menentukan
bagaimana mereka akan mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang perniagaan.
Pada
amnya, usahawan perlu untuk menyediakan pelan perniagaan yang berkesan untuk
perkara seperti:
a)
Ianya
memaksa usahawan untuk menyusun pemikiran mereka dalam bentuk logik dan
berstruktur.
b)
Ianya
membantu mereka untuk mencipta rangka kerja perniagaan dengan mengenalpasti
aktiviti, tangungjawab dan objektif yang hendak dicapai.
c)
Ianya
mendorong usahawan untuk melihat sesuatu secara realiti dan mencari kelemahan
yang ada sebelum ianya benar-benar berlaku.
d)
Ianya
menolong usahawan untuk membuat strategi untuk mencapai semua objektif.
e)
Ianya
bertindak sebagai pelan tindakan kerja atau garis panduan dalam menjalankan
perniagaan mereka.
f)
Ia
membolehkan mereka untuk mengenalpasti sekatan yang mungkin akan mereka hadapi
apabila menjalankan perniagaan.
5.2
Kepentingan dalam Pelan Perniagaan
Pelan perniagaan
adalah sangat penting kepada usahawan untuk pelbagai masalah:
Pelan
perniagaaan yang lengkap boleh dikenali melalui pencapaian yang sepatutnya dicapai didalam perniagaan.
Pelan perniagaan akan menentukan perubahan yang sepatutnya diambil untuk
memastikan kejayaannya. Setiap perubahan yang perlu diambil mestilah mengambil
kira struktur organisasi, pengenalan kepada teknologi baru, teknik pengeluaran
terbaru dan program terbaru untuk kepentingan meningkatkan komitmen dan
produktiviti mereka. Usahawan juga perlu meningkatkan pengetahuan dan
kepakaran, dengan ini ia meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan.
Pelan
perniagaan boleh menjelaskan misi dan visi perniagaan. Ini membolehkan usahawan
membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan.
Misi dan Visi akan berfungsi seperti rumah api untuk membolehkan usahawan
benar-benar tahu kemana mereka akan bergerak. Usahawan mestilah memberitahu
misi dan visi kepada para pelabur untuk mendapat keyakinan daripada mereka.
Pelan
perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama meraka,
kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk
menghadapi mereka. Semua ini akan dilakukan oleh penganalisa untuk mengenalpasti pengeluaran pesaing
ataupun perkhidmatan bahagian pemasaran mereka. Usahawan perlu mengenalpasti
semua pesaing untuk setiap produk dan perkhidmatan dan cuba untuk menentukan
berapa lama masa diambil sebelum pesaing baru masuk kedalam pasaran.
Pelan
perniagaan memberi ruang kepada para usahawan dan pekerjanya untuk membina
strategi yang efektif untuk menjalankan perniagaan. Mereka boleh menentukan
siapa, bila dan bagaimana untuk menawarkan pengetahuan mereka, kepakaran dan
kemampuan dalam menjalankan perniagaan. Usahawan mesti juga menentukan bahawa
produk dan perkhidmatan mereka selari dengan citarasa pelanggan, polisi
kerajaan dan sebarang perubahan dalam persekitaran perniagaan.
Setiap
pelabur yang berminat didalam perniagaan berkeinginan untuk mengetahui kekuatan
syarikat seperti kewangan, sumber kekayaan dan keadaan syarikat. Maklumat ini
diperlukan untuk para pelabur menentukan pulangan mereka terhadap pelaburan
yang dikeluarkan. Seperti contoh, sebelum sesuatu institusi kewangan bersetuju
untuk memberi pinjaman yang diperlukan oleh usahawan samada untuk memulakan
ataupun memperkembangkan perniagaan, mereka mestilah hendak tahu harapan terhadap
perniagaan itu, dan kemampuan untuk mereka membayar semula pinjaman. Dalam hal
yang berlainan, pembekal juga perlu tahu kekuatan kedudukan kewangan usahawan
sebelum mereka membuat persiapan untuk memberi hutang terhadap barangan mereka.
Agensi kerajaan juga perlu tahu latar belakang dan keseluruhan berkaitan
perniagaan sebelum mereka memberi kebenaran untuk syarikat berkenaan
beroperasi.
Semasa
menjalankan perniagaan, usahawan akan menghadapi banyak rintangan. Rintangan
ini akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan kemajuan usahawan
sekiranya ianya tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, usahawan perlu
tahu apakah rintangan yang bakal dihadapi sebelum menjalankan perniagaan dan
mengambil tindakan yang perlu untuk menghadapinya. Usahawan tahu sejauh mana
rintangan akan menjejaskan dirinya dan perniagaannya.
Pelan
perniagaan merupakan peralatan operasi yang mana, sekiranya disediakah dengan
betul, akan membantu usahawan dengan lebih berkesan untuk mencapai kejayaan.
Pelan perniagaan akan memberi usahawan untuk menetapkan sasaran yang realistik
bagi mencapai kejayaan. Walaubagaimanapun, pelan perniagaan akan menyediakan
penilaian asas dan mengawal kemajuan syarikat di masa hadapan, dalam hal
keuntungan, kos dan kualiti. Ianya juga digunakan untuk mencapai target, untuk
menganalisa kehendak pelanggan, kekuatan pesaing dan keadaan ekonomi dalaman
dan luaran.
5.3 Siapa yang
memerlukan Pelan Perniagaan?
Pelan
perniagaan sangat penting kepada pelbagai pihak. Diantara yang memerlukan pelan
perniagaan adalah:
a)
Kumpulan
Pengurusan
Pelan
perniagaan membolehkan kumpulan pengurusan memikirkan masa, usaha dan bantuan
yang diperlukan untuk menjayakan matlamat syarikat. Ia dapat memberikan mereka
peluang untuk melakukan analisis kritikal situasi yang akan menghalang
perjalanan perniagaan. Selain dari itu, ia juga boleh memberikan gambaran
awalan perubahan yang mungkin akan berlaku dimasa hadapan. Kumpulan pengurusan
juga mesti menganalisa sebab musabab kejayaan dan kegagalan syarikat, ancaman
dan peluang yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Oleh itu, kumpulan
pengurusan perlu membina dan memeriksa strategi dan kelebihan yang sepatutnya
perlu dinyatakan dan dikatakan secara jelas untuk memastikan perkembangan
syarikat. Pihak kumpulan pengurusan bertanggungjawab untuk menetapkan tanda
aras (benchmark) yang sesuai supaya syarikat mengetahui mereka telah mencapai
kejayaan. Selain dari itu, pelan perniagaan akan memudahkan kumpulan pengurusan
untuk mengenal pasti kesukaran dan halangan yang dihadapi oleh para pekerja
untuk mencapai sasaran.
b)
Pemegang
Saham (Pelabur)
Pelan
perniagaan juga amat penting kepada pemegang saham. Mereka perlu mengetahui
bagaimana syarikat akan diselenggarakan (diuruskan) kerana kelulusan mereka adalah diperlukan sekiranya terdapat
perubahan kepada sasaran dan strategi syarikat. Ini kerana mereka perlu
mengetahui sebarang keputusan (ketetapan) baru sebelum mereka boleh meluluskan.
Pelan Perniagaan merupakan dokumen yang penting sekali bagi mereka kerana
mereka memainkan peranan penting untuk menilai secara kritikal terhadap draf
pelan tersebut. Usahawan mesti menyatakan kepada mereka pasaran di masa
hadapan, seperti mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Pelan
perniagaan juga penting untuk pelabur baru atau perniagaan baru dalam usaha
memastikan perniagaan tersebut menarik perhatian pelabur.
c)
Bank
atau Pemberi Pinjaman
Sebelum
sebarang permohonan diluluskan, bank akan melakukan penelitian terhadap pelan
perniagaan usahawan tersebut. Pelan tersebut akan memberikan mereka tanda atau
petunjuk mengenai pulangan yang boleh mereka perolehi dari pinjaman yang
diberikan dan membolehkan mereka menyukat (mensasarkan) keadaan pelaburan dan
keuntungan yang akan diperolehi dalam tempoh masa yang munasabah. Pelan
perniagaan juga boleh memberikan bank idea mengenai strategi dan keutamaan
perniagaan tersebut. Ini haruslah jelas tertulis (dinyatakan) di dalam pelan
dan mestilah dilaksanakan dengan tetap pada keseluruhan strategi polisi
jabatan, objektif tugasan dan keperluan laporan. Dari pelan perniagaan, bank
juga akan dapat memastikan sama ada usahawan tersebut boleh memperolehi geran
(grants) kerajaan dan cukai insentif.
d)
Pengguna
Pengguna
juga berminat untuk mengetahu pelan perniagaan mengenai syarikat tersebut yang
mana mungkin akan mempengaruhi keputusan mereka untuk mengunakan produk atau
perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan.
Isu yang menarik perhatian termasuklah kualiti dan keselamatan terhadap
produk syarikat tersebut. Untuk mendapatkan keyakinan pengguna, pelan
perniagaan mestilah juga disertakan dengan harga produk, ketahanan, ciri-ciri,
dan sokongan tambahan atau perkhidmatan lepas jualan (after sales services).
Pengguna akan berasa lebih yakin sekira produk tersebut menggunakan teknologi
baru, diluluskan oleh pihak tertentu seperti SIRIM dan JAKIM, dan selaras
(selari) dengan budaya mereka (pengguna).
e)
Pembekal
Pembekal
memerlukan pelan perniagaan tersebut untuk menimbangkan kelulusan dalam
memberikan hutang (kredit) perniagaan. Pembekal juga ingin melihat kebolehan
perniagaan tersebut membayar balik hutang mereka dalam masa yang ditetapkan.
Pelan perniagaan yang baik berupaya memberikan gambaran jelas mengenai
kemampuan perniagaan tersebut.
f)
Para
Pekerja
Kebanyakkan
bakal pekerja memerlukan informasi (maklumat) mengenai pembangunan dan prestasi
syarikat sebelum mengambil keputusan untuk memasuki organisasi tersebut. Mereka
boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada pelan perniagaan.
5.4 Elemen
Penting Untuk Pelan Perniagaan Yang Baik
Jangan
letakkan yang tidak bernama, orang misteri di dalam pihak pengurusan. Seperti
Mr. X yang mana menyertai syarikat sebagai Naib Pengerusi Kewangan. Pelabur
mesti nak tahu siapakah sebenarnya Mr.X dan apakah komitmennya.
Jangan
terangkan teknikal produk ataupun proses pengilangan menggunakan bahasa yang
sukar difahami dan hanya orang yang pakar sahaja mengetahuinya. Kebanyakkan
pelabur tidak suka melabur di dalam apa yg mereka tidak fahami atau tidak faham
cadangan tersebut.
Jangan menganggar penjualan berasaskan kepada kemampuan kilang. Oleh itu perancang mestilah menganggarkan potensi penjualan dengan teliti berasaskan kepada kajian pemasaran dan dari anggaran ini, keperluan kemudahan pengeluaran dapat ditentukan. Seterusnya, kenyataan (ayat) yang digunakan pastikan tidak umum (samar-samar), tidak terang atau tidak kukuh kerana ia akan memperlihatkan perancangan tersebut seperti ahli fikir yang dangkal (shallow) dan tidak jelas. Jika perancangan ingin menggunakan data yang kukuh, dia perlulah menganalisa masa yang lampau, masa sekarang dan unjuran kadar perkembangan dan saiz pasaran.
Perancangan
mesti kelihatan realistis dan mempunyai matlamat di dalam membuat penilaian dan
membicara mengenai risiko.
Menurut
Kuratko (2004), terdapat beberapa bahaya yang terselindung yang patut dihindari
oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengahnya adalah masalah yang
kerap dilakukan oleh usahawan. Disertakan beberapa kesalahan yang kerap
dilakukan dan langkah untuk mengatasinya.
|
Pitfalls |
Fakta |
Cara
mengatasi |
|
Tiada tujuan yg realistik |
Sesetengah pelan perniagaan tidak mengandungi
matlamat yg nak dicapai dan tujuan yg nyata untuk usahawan mencapainya, tiada
tempoh masa yg ditetapkan, tiada keutamaan dan tiada langkah-langkah diambil. |
Mengandungi perancangan yg jelas dengan
langkah-langkah yg perlu dlm masa ditetapkan |
|
Kegagalan utk menghadapi rintangan |
Kadang-kadang usahawan terlalu memberanikan diri
mengenai idea mereka dan tidak melihat kemungkinan masalah yang akan timbul.
Tiada tanda yang menunjukkan masalah tesebut, tiada pengakuan berlakunya
kesilapan aau kelemahan yang ada pada plan dan pelan sokongan tidak ada. |
Kalau boleh hindari masalah ini dengan
menyenaraikan rintangan yang akan datang dan langkah untuk mengatasinya. |
|
Tiada Komitmen dalam kerja yang dilakukan |
Usahawan kurang komitmen dalam perniagaan.
Mereka tidak sepatutnya menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil berat
terhadap perniagaan seperti sering melengahkan, tidak hadiri temujanji, tidak
mahu mengeluarkan modal sendiri dan hanya hendak memperolehi keuntungan
segera. |
Usahawan sepatutnya mengikuti temujanji yang
penting dan bersedia untuk membuktikan komitmen kewangan untuk perniagaan
mereka. |
|
Kelemahan dalam perniagaan atau pengalaman
teknikal |
Pelabur melihat usahawan melalui pengalaman dan
tidak hanya idea, dan siapa yang
betul-betul berpengetahuan di dalam perniagaan yang dicadangkan. Usahawan
perlu menunjukkan pengetahuannya dan latarbelakangnya dalam dunia perniagaan. |
|
|
Tiada pasaran yang sesuai |
Usahawan tidak mengenalpasti potensi pelanggan
untuk barangannya. Banyak barangan yang berpotensi tidak sampai ketangan
pelanggan kerana tiada pasaran yang sesuai atau tiada pasaran untuk barangan
tersebut |
Menentukan segmen pasaran secara khusus dan
membuktikan kenapa dan bagaimana produk atau perkhidmatan akan sampai
ketangan kumpulan sasaran. |
Usahawan perlu
menghindari bahaya yg terselindung yang telah dibincangkan bagi memastikan
perniagaan mereka berjaya. Ini akan membantu usahawan mengukuhkan kedudukan
dalam membuat pelan perniagaan yag efektif.