Projek menterjemah dimulai 6/6/2005. Ianya merupakan ringkasan dari modul OUM. Tujuan utama adalah untuk membantu rakan supaya mudah memahami Subjek ini.

 

Membuat nota bukanlah suatu perkara mudah, oleh itu saya meletakkan nota ini dalam kategori

DONATION WARE

Iaitu sumbangan dari pembaca amatlah dialu-alukan.

 

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank di atas nama saya: Rozaimy Baharuddin

1)   Maybank        114253224132

    2) RHB               2-14099-00004030

 

Sekiranya sumbangan wang ringgit tidak dapat disumbangkan. Cukuplah sekadar email saya di sumbangan@gmail.com apabila saudara/i memuat turun dari laman web saya. Seterusnya email sekali lagi selepas saudara/i memperolehi keputusan peperiksaan. Ini membolehkan kami mengetahui keberkesanan nota ini.

 

Terima Kasih kerana sudi menjadi nota ini sebagai rujukan.

 

 

Ikhlas dari,

 

Rozaimy Baharuddin

 

 

 

Bab 7 Rangkaian Usahawan

 

Pengenalan

 

Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

 

 

7.1 Apa Itu Rangkaian

 

Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber yang mana syarikat asalnya membawa kepada rangkaian, pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermaksud, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber tambahan yang dibina melalui pergaulan. Ini boleh dianalisa melalui pandangan konvensional berdasarkan kuasa yang mungkin ada pada syarikat.

 

 

7.2 Kelebihan Mempunyai Rangkaian Yang Baik

 

(a)   Kemudahan Mencapai (Accessibility)

Rangkaian adalah amat penting untuk usahawan mendapat sama ada sumber nyata atau tidak nyata secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber nyata adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk, harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala sumber tidak nyata adalah seperti sokongan moral, pimpinan dan kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan di dalam menjalankan operasi perniagaan.

 

(b)   Reputasi

Reputasi merujuk kepada kebolehan dimana usahawan mesti menunjukkan ciri kepimpinan atau cuba mempengaruhi di dalam membuat keputusan terhadap rakan rangkaian lain, berdasarkan kepada pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik perhatian rakan ke dalam lingkaran rangkaian untuk memberikan keutamaan kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh mereka.

 

 

 

(c)    Jangkaan/Pengharapan (Expectations)

Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai contoh, rakan rangkaian mungkin mengharapkan yang syarikat tersebut secara efektif menentukan harga untuk banyak syarikat lain. Dengan kata lain, syarikat tersebut diandaikan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga apabila produk tersebut berkurangan di dalam pasaran atau menurut kepada persaingan konvensional atau menetapkan piawai ethik yang tinggi dari yang lain.

 

 

7.3 Apa Itu Strategi Rangkaian?

 

Strategi bermaksud usahawan adalah seorang yang impikan masa hadapan dan mengambil langkah tertentu untuk mencipta masa hadapan tersebut. Strategi rangkaian kemudian memperolehi perjelasan terhadap matlamat dan objektif yang usahawan ingin capai di dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan sepenuhnya interaksi dengan rakan rangkaian mereka dan menentukan cara tindakan terbaik yang perlu dilakukan. Ketika melakukan tindakan, adalah amat penting kepada usahawan  untuk memahami dimana mereka sekarang dan kemana mereka hendak tuju. Rangkaian yang berjaya adalah hasil dari perancangan betul dan berhati-hati dalam membangunkan dan melaksanakan. Usahawan perlu mencari jalan dan cara untuk mencipta rangkaian yang baik dan memperolehi manafaat semaksima yang boleh darinya. Rangkaian mestilah menjadi salah satu taktik utama dalam pemasaran untuk kebanyakkan profesional bebas dan pemilik perniagaan kecilan. Usahawan mesti menggunakan rangkaian pusat pengguna (client-centered networking) untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi dan menyebarkan maklumat. Dalam jangka panjang, membina strategi perniagaan akan menghasilkan ganjaran kepada usahawan dengan aliran pelanggan baru tetap selain memelihara pelanggan sedia ada.

 

 

7.4 Jenis Rangkaian

 

Terdapat dua jenis rangkaian iaitu rangkaian rasmi dan rangkaian tidak rasmi.

 

(a)    Rangkaian Rasmi (Formal Networking)

Rangkaian rasmi adalah hubungan yang sedia ada diantara pelbagai orang yang mempunyai hubungan symbiotic dengan usahawan. Mereka yang mempunyai pertalian rangkaian amatlah perlu bersedia untuk mengambil sikap inisiatif untuk mencipta peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi didalam belenggu rangkaian. Setiap rakan di dalam lingkaran rangkaian mesti bersedia berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk memperolehi kelebihan bersama.

 

(b)   Rangkaian Tidak Rasmi (Informal Networking)

Rangkaian tidak rasmi terjadi melalui hubungan semasa zaman kanak-kanak, rakan kepada salah seorang keluarga dan orang yang berkongsi minat atau hobi yang sama. Ini membolehkan usahawan berbincang mengenai perniagaan secara tidak formal tanpa perlu membuat temujanji.

 

Rangkaian tidak rasmi memberi peluang kepada usahawan untuk memperolehi maklumat baru atau pertukaran maklumat. Perkhidmatan yang didapati dari rangkaian tidak rasmi selalunya percuma atau dengan bayaran yang minima. Selalunya rangkaian tidak rasmi membolehkan usahawan memperolehi sokongan pendapat, nasihat, moral dan kewangan. Dengan sokongan tersebut ia dapat membantu usahawan memperolehi lebih keyakinan dan meningkatkan kebolehan mereka dalam membuat keputusan dan mengurankan risiko perniagaan. Rakan dalam rangkaian tidak rasmi boleh melibatkan kawan, mentor dan profesional.

 

 

 

7.5    Pentingnya Rangkaian

 

(a)   Membina Keyakinan (build confidence)

Dalam perniagaan, usahawan mungkin akan menghadapi keadaan yang tidak pasti, sebagai contoh: pelaburan, kerugian, persaingan dan produk yang tidak bolem menebusi pasaran. Rangkaian yang baik boleh mengurangkan keadaan yang tidak pasti ini. Usahawan boleh memperolehi informasi yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran saham dan produk pilihan. Rangkaian juga membantu usahawan untuk menghadapi perubahan di dalam persekitaran perniagaan seperti:

 

(i)     Strategi pesaing bertukar

(ii)    Pertukaran demographics

(iii)  Pertukaran kepuasan pelanggan

 

(b)   Mengurangkan Birokrasi (reduce bereaucracy)

Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan. Rangkaian boleh mengurangkan birokrasi di dalam membuat keputusan melalui:

 

(i)     Mempercepatkan proses permohonan

(ii)    Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain

(iii)  Menghalang usahawan dari melakukan kesalahan yang sama berulang kali

(iv)  Mengelakkan berlaku aktiviti-aktiviti tolak menolak dalam urusan yang dilakukan (Avoid passing the buck phenomenon) – contoh: bila kita pergi kaunter A, org kat kaunter A suruh pergi ke kaunter C, dan org kat kaunter C pulak kata. “ini bukan kat sini, cuba pergi kaunter Z”...

 

(c)    Meningkatkan Informasi (Increase Information)

Rangkaian akan meningkatkan reputasi usahawan dikalangan rakan mereka di lingkaran rangkaian, mereka akan tahu apa yang usahawan itu lakukan. Pada masa yang sama, usahawan boleh mendapat informasi mengenai siapa yang boleh melakukan apa dan maklumat ini penting untuk usahawan itu berjaya.

 

(d)   Membina Kepercayaan (develop trust)

Kepercayaan adalah faktor yang paling penting apabila membuat rangkaian. Dengan kepercayaan, rakan di dalam lingkaran rangkaian akan bersedia memberikan perhatian yang lebih terhadap produk atau perkhidmatan yang usahawan sediakan. Kepercayaan juga akan memberikan motivasi kepada orang untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan usahawan tersebut dari mulut ke mulut.

 

(e)   Wujud Situasi Tanggungan (Exist Dependent Situation)

Kejayaan seseorang mungkin datang dari sumbangan orang lain. Mungkin kejayaan anda datang dari sumbangan orang lain. Manusia memang sering kali bergantung kepada orang lain. Oleh itu, apa yang kita lakukan mestilah memberi manfaat kepada yang lain. Setiap orang mesti mempunyai semangat simbiotik. Oleh itu, konsep ‘give and take’ adalah satu kemestian untuk membina hubungan rangkaian yang baik.

 

(f)     Sumber Kreativiti (Source of Creativity)

Rangkaian juga merupakan sumber kepada kreativiti untuk usahawan menjalankan perniagaan. Kumpulan yang berlainan di dalam lingkaran rangkaian akan membantu membina idea baru untuk mencipta produk atau perkhidmatan baru, dan cara baru menghasilkan produk dan pemasaran. Sebagai tambahan, rakan di dalam lingkaran rangkaian akan menyediakan peluang perniagaan yang baru. Semua idea ini mungkin datang dari kawan, rakan sekerja, pelanggan dan pengedar. Sokongan dan pelbagai sumbangan dari pelbagai rakan di dalam lingkaran rangkaian membolehkan usahawan untuk:

 

(i)     Meningkatkan kualiti produk

(ii)    Meningkatkan pengedaran

(iii)  Meningkatkan teknik pengeluaran

(iv)  Meningkatkan teknik yang lebih baik ‘khidmat lepas jualan’

(v)   Mencadangkan cara baru mempromosikan produk (barangan)

 

 

7.6    Bagaimana Untuk Menubuhkan Strategi Rangkaian Untuk Usahawan

 

Terdapat tiga cara untuk usahawan menubuhkan strategi rangkaian seperti:

 

(a)   Cipta Perancangan Yang Baik (Create Good Planning)

Usahawan perlu mempunyai perancangan yang baik untuk mencapai kejayaan di dalam proses keusahawanan dan pengurusan. Setiap perancangan mesti bermula dengan menanya soalan pada diri sendiri mengenai cita-cita yang ingin dicapai, kekuatan, kelemahan dan apa yang anda ingin capai dengan menggunakan rangkaian.

 

 

 

(b)   Tanya Diri Sendiri (Ask Yourself)

Setiap usahawan perlu tahu apa yang ingin dicapai di dalam melakukan rangkaian. Usahawan harus bertanya pada diri sendiri mengenai apa yang dikehendaki dan berapa banyak hubungan rangkaian yang diperlukan di dalam satu bulan. Kemudian anda harus kenal pasti pelanggannya, keuntungan jenis yang ingin diperolehi di dalam perniagaan dan apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada yang lain.

 

(c)    Belajar Teknik Rangkaian (Learning Networking Technique)

Sebagai usahawan, anda perlu mengenali perhubungan yang relevan untuk anda masuk seperti persatuan perniagaan, sukan dan komputer. Kemudian anda mesti membuat satu usaha untuk menghadiri mesyuarat atau keramaian, yang mana akan memberikan manfaat kepada peniagaan anda. Anda harus mengumpul segala maklumat yang berkaitan dan mengenali lebih ramai orang yang mempunyai perniagaan yang sama seperti anda.

 

 

 

7.7    Usahawan dan Rangkaian

 

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang mesti mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan yang lain. Di sini dinyatakan strategi untuk membina rangkaian yang efektif:

 

Ø      Bersedia untuk mendengar

Ø      Bersedia untuk bertolak ansur

Ø      Kemahiran di dalam memberikan keyakinan

Ø      Sangat suka kepada keamanan

 

Apabila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan memperolehi sedikit idea yang boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang berhajat untuk mempunyai strategi rangkaian yang baik mesti mempunyai kualiti ini. Sebarang kegagalan untuk membina rangkaian yang baik akan melibatkan:

 

Ø      Kenaikan kos

Ø      Membuat masa

Ø      Membuat sumber syarikat

Ø      Merosakkan reputasi usahawan

Ø      Merosakkan reputasi syarikat

Ø      Menghasilkan dilema

 

 

 

 

 

7.8    Strategi Gabungan Rangkaian (Strategic Networking Consolidation)

 

Strategi ini adalah teknik yang digunakan di dalam membina hubungan diantara usahawan dan orang lain untuk membina rangkaian yang baik. Hubungan yang baik dengan orang lain boleh membantu kita membuat perubahan positif. Strategi ini juga boleh membantu usahawan untuk mengatasi perubahan yang berlaku. Strategi adalah seperti di bawah:

 

(a)    Strategi untuk Gabungan Rangkaian

Strategi ini adalah teknik untuk membina hubungan diantara usahawan dengan orang lain yang mempunyai kemahiran berniaga dan sesiapa yang akan terlibat di dalam perniagaan di masa hadapan. Sebagai tambahan, usahawan mesti melakukan ikhtiar untuk menyimpan orang lain di dalam ingatan walaupun mereka tidak terlibat di dalam sebarang peniaga waktu itu. Terdapat banyak cara untuk membina strategi gabungan rangkaian. Antaranya adalah:

 

Ø     Lawatan

Ø     Ikut serta penjumpaan formal atau informasi

Ø     Berikan cenderamata

Ø     Hantar kad

Ø     Hantar kad ucapan taniah

Ø     Hantar kad ucapan takziah

Ø     Kad jemputan

Ø     Surat

Ø     Balas surat

Ø     Kad perniagaan

Ø     Email

Ø     Facsimile

Ø     Telefon

 

(b)   Strategi untuk Membina Keyakinan Diri

Usahawan mesti menunjukkan kebolehan mereka, keperibadian (personality) dan kemahiran apabila tanggungjawab diberikan kepada mereka. Mereka juga harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan memastikan orang yang telah memberikan mereka tanggungjawab itu berpuas hati dan dengan ini mereka akan diberi lebih tanggungjawab di masa hadapan. Apabila kita membuat perubahan kita mesti bertanggungjawab untuk melakukannya sebaik mungkin, dengan itu idea kita tidak akan gagal. Sedikit perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:

 

Ø     Berkebolehan melakukan sesuatu yang orang lain tidak boleh lakukan

Ø     Berkebolehan menyelesaikan masalah yang orang lain tidak boleh selesaikan

Ø     Berkebolehan menghasilkan idea yang berguna apabila dikehendaki

Ø     Berkebolehan untuk menunjukkan yang kita boleh bersaing dengan yang lain

Ø     Berkebolehan untuk membuat penjelasan (tafsiran/penerangan)

Ø     Berkebolehan menunjukkan yang kita menjadi tempat rujukan pada orang lain

Ø     Mesti sentiasa betul dalam membuat sebarang keputusan

Ø     Membuatkan seseorang berasa selesa atau gembira apabila berkomunikasi dengan kita

Ø     Pernyataan atau pengucapan tidak menunjukkan yang kita seorang pemimpin yang cuba mendominasi mereka

Ø     Berkebolehan untuk mengawal nada suara apabila berbual

Ø     Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain

Ø     Selalu bersedia bercakap benar

Ø     Bersedia untuk menerima pendapat orang lain

Ø     Bersedia untuk menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka

Ø     Menerima nasihat orang dan memberi nasihat kepada orang lain

Ø     Berkebolehan mengawal diri sendiri

Ø     Fleksibel

Ø     Sanggup memberi dan menerima (give & take) apabila berlaku konflik

 

Strategi seperti ini boleh membantu usahawan untuk mengatasi banyak hal peribadi yang tidak memuaskan dan membolehkan anda untuk menjalankan perniagaan sebaik mungkin dengan orang yang terlibat sama.

 

 

7.9    Teknik Untuk Membina Keyakinan Di Kalangan Usahawan

 

Sebagai usahawan, anda mesti mempunyai keyakinan dari kebanyakkan orang. Orang akan lebih berkeyakinan dengan usahawan tersebut sekiranya ia boleh menunjukkan kebolehannya untuk melakukan kerja dengan baik. Terdapat sedikit strategi yang boleh memberikan anda keyakinan diri:

 

(a)   Berkomunikasi secara efektif dan dengan penuh keyakinan

Untuk berkomunikasi dengan baik, anda perlu bersedia dengan informasi dan data yang tepat. Anda juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar pendapat anda mungkin mempunyai pendapat yang berlainan. Hadapi perubahan dengan penuh keyakinan dan bersedia untuk bercakap mengenai sebarang masalah dan idea untuk menyelesaikan masalah yang ada.

 

(b)   Buktikan kebolehan anda kepada orang lain

Orang akan yakin dengan anda apabila mereka tahu anda boleh melakukan tugas yang telah diamanahkan. Sebagai usahawan, anda perlu membuktikan yang anda berkemampuan untuk menguruskan sebarang perubahan dan memberikan panduan kepada orang lain untuk menghadapi perubahan tersebut.

 

 

 

(c)    Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain

Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain.  Apabila anda bersedia untuk membantu orang lain, mereka akan sentiasa mengingati anda. Anda boleh memberi panduan kepada orang yang menghadapi masalah terhadap perubahan yang berlaku.

 

(d)   Selalu bersikap adil

Sekiranya anda tidak bersikap adil, ia akan memusnahkan rangkaian yang telah anda bina. Oleh itu, elakkan dari tidak berlaku adil semasa memberi nasihat, begitu juga apabila memberi bantuan, manfaat dan perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan di dalam kumpulan.

 

(e)   Selalu bersedia untuk mengakui kesalahan sendiri

Setiap manusia akan melakukan kesilapan. Oleh itu apabila anda melakukan kesilapan bersedia untuk mengakuinya. Dengan tindakan ini, ia menunjukkan anda seorang yang jujur pada padangan orang lain. Anda juga harus bersedia bertanya mengenai apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanya soalan yang bertujuan untuk menguji orang lain. Apabila anda mengeluarkan idea anda kepada orang lain, anda perlulah bersedia menghadapi perubahan. Ini kerana anda mungkin akan menerima lebih banyak idea. Anda harus membuat keputusan yang baik.

 

(f)     Tunjukan semangat berpasukan

Kita juga harus senantiasa menganggap diri kita sebahagian dari kumpulan dan memastikan orang lain berasa juga berasa begitu. Elakkan menyendiri atau menyisih orang lain. Kita mesti bersikap mesra dengan semua rakan dalam kumpulan untuk mengetahui perasan mereka terhadap organisasi. Dengan ini kita boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan membuat sebarang perubahan baru.

 

(g)   Berkeyakinan dengan orang lain (kita yakin dengan kebolehan orang lain)

Apabila kita menunjukkan keyakinan kita terhadap orang lain, mereka juga akan cenderung mempercayai kita. Salah satu cara untuk menunjukkan bukti kita adalah dengan bersedia berkongsi maklumat. Apabila kita menunjukkan keyakinan, orang akan terima idea kita dan kerjasama dari mereka akan mudah diperolehi.

 

 

7.10    Halangan Di Dalam Membina Strategi Rangkaian

 

Terdapat 5 halangan utama yang perlu usahawan elakkan di dalam membina strategi rangkaian yang efektif. Sekiranya kita gagal melaksanakan strategi rangkaian yang efektif, kita akan gagal untuk menerima perubahan. Yang pertama, usahawan perlu mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut adalah:

 

(a)   Emosi

Halangan boleh berlaku dari kekurangan (kecacatan) emosi di dalam sifat, keperibadian dan ego yang ada pada usahawan. Halangan ini akan mencipta ruang sosial yang akan memisahkan usahawan dengan orang lain. Ruang sosial akan menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Halangan emosi disebabkan oleh elemen atau kekurangan di dalam keperibadian usahawan tersebut.

 

Ø     Kebangkitan secara agresif

Ø     Ketakutan

Ø     Ucapan yang berbau mengkhianati memperlihatkan kecenderungan negatif kepada kuasa prinsip kepimpinan

Ø     Cuai dalam melakukan aktiviti

Ø     Pemikiran dan perlakuan yang kelihatan seperti menyatakan satu cadangan lebih baik dari cadangan yang lain

Ø     Keangkuhan (arrogance)

Ø     Kemunafikan (kepura-puraan)

Ø     Kearah menjadi kesempurnaan tetapi melakukannya terlalu ekstrim

Ø     Seorang pemimpin yang tidak tahu anggapan mengenai adat

Ø     Tidak pernah tepati masa

Ø     Enggan mengaku kesalahan sendiri

Ø     Tidak sudi memberi perhargaan kepada kebolehan dan kemampuan orang lain

 

(b)   Fizikal

Halangan fizikal mungkin timbul dari usahawan yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri atau sikap tidak keperihatinan beliau mengenai tingkah laku dan cara pemakaian. Usahawan yang mempunyai masalah mengenai tingkah lakunya sendiri, akan gagal menyakinkan rakan sekerja. Ini kerana mereka merasakan usahawan tersebut tidak berupaya utnuk mengurus organisasi dengan baik. Rakan sekerja ini akhirnya cenderung menerima sebarang perubahan yang dicadangkan oleh usahawan tersebut. Di bawah disenaraikan tingkah laku fizikal yang akan menjadi halangan untuk membina strategi rangkaian.

 

Ø     Pakaian tidak sesuai

Ø     Penampilan fizikal kelihatan seperti seorang yang tidak sihat atau kepenatan

Ø     Kurang atau tidak mempunyai kemahiran pengurusan

Ø     Tingkah laku yang sering gelisah

Ø     Tingkah laku atau ucapan yang menunjukkan kurangnya keyakinan

Ø     Habit yang mengelak dari memandang mata (elak eye contact) secara terus semasa bercakap

Ø     Wajah yang tidak mesra

Ø     Pergerakkan badan yang salah (body language) semasa berkomunikasi dengan orang lain

Ø     Percakapan dengan nada yang tidak tepat

 

(c)    Psikologi

Faktor dan keperibadian akan mempengaruhi tata rupa psikologi seorang usahawan dan akhirnya akan mengganggu kebolehannya untuk membina strategi rangkaian. Halangan psikologi akan mempengaruhi usahawan untuk berinteraksi dengan orang lain. Sebagai contoh; sekiranya usahawan seorang yang suka menyendiri, beliau akan menghadapai masalah untuk membina rangkaian yang efektif. Usahawan yang mempunyai psikologi yang seimbang akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat inspirasi dan keyakinan serta mempunyai peluang yang besar untuk membawa perubahan yang bermakna kepada organisasi. Seseorang yang tidak mempunyai keseimbangan akan memperlihatkan pengaruh yang tidak baik dan akan menghadapi masalah memperolehi sokongan.

 

Halangan psikologi:

Ø     Kegelisahan/kegugupan

Ø     Tidak boleh membuat keputusan

Ø     Masalah emosi yang dihasilkan dari perasan yang kuat seperti kebencian atau kemarahan terhadap orang lain

Ø     Kesunyian/keseorangan

Ø     Kekecewaan/kegagalan

Ø     Kegagalan mencapai cita-cita

Ø     Keseganan/pemalu

Ø     Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan

Ø     Keinginan untuk menjadi istimewa (mengatasi yang lain)

Ø     Obsessive passion

Ø     Tidak berkebolehan membincangkan masalah

 

(d)   Kelakuan

Cara kita berkelakuan boleh menentukan sama ada kita rapat atau jauh dari orang lain. Kelakuan yang baik akan menolong kita menghasilkan perubahan yang baik. Kelakuan yang tidak baik termasuklah:

 

Ø     Memfitnah orang lain

Ø     Cuai dalam membuat keputusan

Ø     Selalu hendak menjadi yang pertama

Ø     Sering menganggu orang lain

Ø     Membuatkan orang lain rasa seperti dibodohkan

Ø     Berpura-pura tahu semua perkara

Ø     Berfikir dan bertindak seolah-olah beliau tidak akan melakukan kesilapan

Ø     Keengganan menerima pendapat

Ø     Tidak menghargai sumbangan orang lain

 

(e)    Pengucapan/Pernyataan (expressions)

Pengucapan boleh membantu membina strategi rangkaian dan juga boleh merosakkan rangkaian yang baik. Cara kita memperlihatkan diri kita adalah amat penting. Apabila kita gagal  untuk memperlihatkan diri kita, kita mungkin dengan mudah menyinggung orang lain. Memperolehi sokongan mereka dalam rangkaian akan menjadi sukar.  Pengucapan yang perlu dielakkan adalah:

 

Ø     Pengucapan yang menunjukkan kekuasaan

Contoh:

“Anda mesti siapkan kerja ini”

“Kenapa anda tidak pernah membuat kerja yang diberi”

“Jangan buat apa yang aku buat, tetapi buat apa yang aku suruh”

 

Ø     Pengucapan yang berupa mengusik atau ejekan

Contoh:

“Kerja yang mudah macam ini pun awak tak boleh siapkan dalam dua hari”

“Dia tidak tahu apa-apa pun, tetapi berlagak macam tahu semua apabila dihadapan  pemimpin”

 

Ø     Pengucapan yang menunjukkan sifat yang komplek yang kurang baik (memburukkan diri sendiri)

“Sebagai seorang yang cuai dan malang, saya rasa saya tidak boleh membuat perniaggan ini”

“Orang macam saya ni, siapalah yang sudi nak tolong dalam perniagaan”

 

Ø     Pengucapan yang menunjukkan perangainya ego

“Saya yakin saya boleh melakukan kerja ini kerana saya mempunyai 10 tahun pengalaman”

 

 

Sebagai usahawan, beliau perlu mengelakkan diri dari 5 halangan ini apabila membina strategi rangkaian. Dengan keyakinan melaksanakan pengetahuan yang ia ada, usahawan akan boleh membina rangkaian yang efektif untuk berjaya dalam perniagaan. Rangkaian seperti ini akan memberi banyak kelebihan kepada usahawan dan juga orang lain di dalam rangkaian. Usahawan yang bersemangat untuk mencapai cita-cita melalui rangkaian yang baik akan memahami yang beliau TIDAK boleh bekerja keras untuk menguasai orang lain. Sebagai ganti, adalah penting untuk mencari kerjasama dan kesepakatan kepada semua yang terlibat dan sebarang situasi dimana perubahan perlu dilakukan, buah fikiran rakan lain perlu diambil kira. Melayan rakan sekerja atau rakan sejawat dengan pertimbangan dan rasa hormat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung mereka ke dalam pengajuan(submission).