Ikhlas dari,
Rozaimy Baharuddin
Pengenalan:
Objektif:
3.1 Apa itu kreativiti?
Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya
kreativiti kepada usahawan?
Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti.
Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan
perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang
yang diperolehi.
Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas
kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya
selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.
3.2 Proses Kreativiti
Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha?
Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk
mengimplementasi strategi baru. Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan
dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan
dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan
usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004),
terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:
1) Pengumpulan Pengetahuan
(Knowledge Accumulation)
2) Inkubasi (Incubation) à Penetasan???
3) Idea
4) Penilaian dan
Pelaksanaan
Di dalam fasa ini,
seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung dengan sebarang
perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Malahan mereka
mungkin akan cuba membuangkan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar
(subconscious) melakukan tugas tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah
dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh
berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan
masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi.
Ini merupakan fasa yang
paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. Dalam fasa ini, jalan
penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya.
Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang
seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
tidak sengaja. Sebagai contoh: semasa makan, berjalan, mandi dan sebagainya
Fasa 4:
Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea
tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia
memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan
menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan
usahawan di dalam sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul)
dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan
menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Kemudian, usahawan tersebut boleh
memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang
menguntungkan.
3.4 Bagaimana untuk membina
idea yang kreatif
Setiap manusia mempunyai cara berfikir yang
tersendiri. Terdapat beberapa teknik untuk membaiki kreativiti. Antara teknik
tersebut adalah:
a) Brainstorming
Brainstorming adalah teknik yang
berkuasa (berpengaruh) dan selalu digunakan untuk menghasilkan idea. Semasa
sessi brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea
tersebut kemudiannya akan dibincang bersama. Kumpulan brainstorming selalunya
diantara empat hingga tujuh orang. William, 2000 menjelaskan terdapat
empat peraturan apabila melakukan brainstorming:
i)
lagi banyak idea, lagi baik
ii)
semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam gila atau
tidak betul
iii)
gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea
iv)
Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan
b) Analogi Paksaan (Forced
Analogy)
Analogi paksaan teknik yang
berguna dan amat berkesan untuk menjana idea. Sesebuah idea akan dibandingkan
dengan masalah yang mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat
pandangan (insight) baru. Terdapat beberapa cara untuk ‘memaksa’ hampir
keseluruhan hubungan dan mendapat jalan penyelesaian yang baru, seperti anda
dan sebatang pen, musik dan komputer, produk dan pasaran. Perhubungan secara
paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan juga mencari jalan alternatif
yang lain. Untuk membina suatu hubungan, ia memerlukan pilihan terdapat sesuatu
objek atau kad bergambar yang akan membantu menjana idea. Pilih objek atau kad
tersebut secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa.
c) DO IT
Langkah pertama untuk teknik DO
IT, kita perlu menganalisa masalah tersebut dengan memastikan soalan yang betul
telah diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal
untuk membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya
masalah tersebut nampaknya terlalu besar, pecahkan masalah tersebut kepada
bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah tersebut secara
singkat jika boleh.
DO IT singkatan untuk:
D à Define problem (kenal
pasti masalah)
O à Open mind and apply
creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik
kreatif)
I à Identify best solution
(kenal pasti penyelesaian terbaik)
T à Transform (lakukan)
Langkah kedua, selepas berjaya
kenal pasti masalah tersebut, keluarkan (dijana) idea sebanyak yang mungkin
untuk memperolehi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea
yang dikeluarkan (dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea
tersebut baik atau buruk.
Langkah ketiga, kita perlu
melakukan kajian dan analisa secara terperinci sebelum memilih cara yang
terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut. Semua penyelesaian yang ada
haruslah diperolehi dari langkah kedua tadi.
Langkah keempat, selepas jalan
penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba masanya untuk perlaksanaan. Dalam
langkah keempat ini, ia melibatkan pembinaan produk yang bersesuaian (reliable)
dari idea yang dihasilkan, pasaran dan strategi perniagaan. Ia selalunya
melibatkan masa, kos dan tenaga.
d) Peta Minda (Mind
Mapping)
Teknik ini membolehkan seseorang
menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan
membangunkan pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu
masalah dan jalan penyelesaiannya.
Kebanyakkan manusia menggunakan
mind mapping semasa:
·
Brainstorming
·
Mengambil nota (taking notes)
·
Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory)
Peta minda (Mind mapping) juga
boleh digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi
atau membangunkan sesuatu proses. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan
menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya
suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan
sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin
berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan penyelesaian
yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.
e) Kumpulan Nominal
(Nominal Group)
Kumpulan nominal digunakan untuk
menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka
(face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan
mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas. Selepas
itu, setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea mereka dan seterusnya idea
tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan
penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana
yang terbaik.
Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan
memperolehi jalan penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan
aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada
inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak
organisasi. Syarikat yang berjaya bersaing dan menang adalah syarikat yang
membangunkan produk baru atau sistem baru untuk mengeluarkan produk senantiasa
membaharuinya.
Menurut Kinicki dan Williams (2003),
inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk
& perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada
berasaskan keuntungan atau tidak, tidak akan membenarkan syarikat mereka
berpuas hati dengan apa yang ada (complacent), terutama sekali apabila pesaing
akan menghasilkan idea yang kreatif.
(Chell, 2001) Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu
yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan
pengeluaran (supply-demand equation).
3.11 Strategi untuk mengalakkan
Kreativi dan Inovatif
i)
Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting untuk mengetahui yang kita mampu
untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif dan inovatif. Tetapi
berhati-hati dengan kebolehan sendiri agar ia tidak menjadi penghalang kepada
mencari jalan penyelesaian.
ii)
Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah atau peluang dari
berbagai sudut. Menguji masalah dan peluang tersebut dengan memecahkannya
menjadi pecahan-pecahan kecil, cari masalah sebenar atau jalan penyelesaian
yang terbaik.
iii)
Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan mereka menjadi
kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang
unik.
iv)
Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan
haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian
yang terbaik.
1. Apa itu kreativiti?
Berikan definasi kretiviti?
Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok
bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.
Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas
kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya
selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.
2. Secara ringkas terangkan
proses kreatif.
Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi
c)
Idea
Jalan penyelesaian atau jawapan
untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’.
Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu
masalah secara tidak sengaja.
Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini
merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin,
keyakinan yang tinggi dan ketekunan.
3. Bagaimanakah cara untuk
memperolehi maklumat yang relevan untuk pengumpulan pengetahuan.
4. Terangkan
langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.
5. Senaraikan dan terangkan
halangan untuk kreativiti?
6. Bagaimana anda
mengeluarkan idea kreatif?
7. Terangkan singkatan DO
IT.
DO IT singkatan untuk:
D à Define problem (kenal
pasti masalah)
O à Open mind and apply
creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik
kreatif)
I à