Ikhlas dari,
Rozaimy
Baharuddin
Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen
usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan
rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan
mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.
2.2 Usahawan
Menilai Diri Sendiri (Entreprenuer Self-Assessment)
Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi seorang usahawan. Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991) adalah antara yang menyediakan interaktif secara talian (online). Ia menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap kita untuk menjadi usahawan.
Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Semua orang berpotensi untuk menjadi usahawan tanpa mengira umur, kaum, jantina, warna dan kerakyatan. Usahawan bukan diturunkan secara genetik (keturunan); kemahiran boleh dipelajari. Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan. Itu pun kalau kita berminat untuk menjadi usahawan yang berjaya.
http://bizmove.com/other/quiz.htm
2.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan
(Businessman), Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)
a)
Perbezaan
diantara ahli perniagaan dengan usahawan
Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan. Ini berdasarkan fakta, iaitu tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan. Terdapat beberapa perkara yang membezakan diantara ahli perniagaan dengan seorang usahawan.
|
Ahli Peniagaan Kecil |
Usahawan |
|
Memulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan
untuk menanggung keluarga |
Memulakan perniagaan, mengambil alih kepimpinan dan mengembangkan
perniagaan (pelaburan) untuk memenuhi impian sendiri dan mencapai prestasi
seperti yang dikehendaki |
|
Risiko yang
rendah |
Risiko yang
sederhana |
|
Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan
dibuktikan oleh pasaran |
Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat
oleh orang lain, maka segala risiko perlu di ambil kira) |
b)
Perbezaan
diantara pengurus konvensional dan
usahawan
|
Pengurus Konvensional |
Usahawan |
|
Melihat peraturan hanya sebagai panduan |
|
|
Sensitif terhadap masa hadapan dan sanggup menunda ganjaran |
Konsep masa hadapan bergantung kepada keinginan peribadi. Tidak mudah
putus asa |
|
Amat memerlukan sambutan (penerimaan) |
Mempunyai perasaan kearah mengawal, kejayaan dan bertanggungjawab. Boleh
manipulasi dan menpergunakan orang lain |
|
Boleh mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Membuat perancangan
dengan teliti |
Tidak sabar dengan diskusi dan teori. Lebih kepada tindakan dan suka
menurut kata hati. |
Daftar:
Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap
sebarang halangan
Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu novel (entah le) dan mengeluarkan idea
yang berguna.
Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Satu kualiti
yang sangat perlu ada pada setiap usahawan.
Ujian 1:
Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
Komitmen usahawan
terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka
usahakan.
Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.
Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.
Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.
Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka.
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka.
Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi realiti.
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri.
Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan.
Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.
Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan.
Boleh, ini kerana 16 ciri-ciri yang dinyatakan di
atas merupakan kajian yang telah dilakukan terhadap tokoh usahawan yang telah
pun berjaya. Ini kerana semua ciri yang dinyatakan di atas merupakan ciri-ciri
yang positif.
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut.
Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam
perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan
pelaburan yang mereka usahakan.
Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang
individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang
boleh menjadi usahawan atau tidak. Setiap individu mempunyai peluang untuk
menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh
mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita
untuk mencapai tahap keusahawanan.
Ujian 2:
|
Ahli Peniagaan Kecil |
|
Memulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan
untuk menanggung keluarga |
|
Risiko yang
rendah |
|
Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan
dibuktikan oleh pasaran |
|
Pengurus Konvensional |
Usahawan |
|
Melihat peraturan hanya sebagai panduan |
|
|
Sensitif terhadap masa hadapan dan sanggup menunda ganjaran |
Konsep masa hadapan bergantung kepada keinginan peribadi. Tidak mudah
putus asa |
|
Amat memerlukan sambutan (penerimaan) |
Mempunyai perasaan kearah mengawal, kejayaan dan bertanggungjawab. Boleh
manipulasi dan menpergunakan orang lain |
|
Boleh mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Membuat perancangan
dengan teliti |
Tidak sabar dengan diskusi dan teori. Lebih kepada tindakan dan suka
menurut kata hati. |