Ikhlas dari,
Rozaimy
Baharuddin
“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”
Peter F. Drucker
1.1 Evolusi Keusahawanan
Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre”
yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh
dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.
|
Zaman |
Konsep dan Teori |
|
Pada zaman
permulaan |
Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang
melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo
telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk
mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang
berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala
risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut,
keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut. |
|
Pada zaman
pertengahan |
Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan
mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut
menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan
tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang
yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan
gereja. |
|
Abad ke 17 |
Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang
yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan
perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak
adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh
usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori
(definasi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur (usahawan). Pada
pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang,
petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli
pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini
mereka menanggung risiko. |
|
Abad ke 18 |
Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku
kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia.
Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna
kapital, BUKAN pembekal modal |
|
Abad ke 19 dan
20 |
Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad
20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai
usahawan. |
|
Abad ke 21 |
Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise.
Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup
menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang
mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan
baru.” Kuratko & Hodgetts |
1.2 Konsep Keusahawanan
1.2.1
Keusahawanan
Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1)
Keusahawanan
terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut
mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut
dibangunkan.
2)
Keusahawanan
memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3)
Keusahawanan
adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang
perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4)
Keusahawan
menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama
adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya
keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).
1.2.2
Siapakah
Usahawan?
Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan
perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada
pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam
era ‘free enterprise”.
Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan
menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan
pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber
untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan
selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan
idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”
(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi aku terjemahkan kepada perniagaan)
Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.
1.3 Kepentingan Keusahawanan
Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari
ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan
keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per
kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur
perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini
disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori
pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama
kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di
dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan
(inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam
peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi)
mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan
ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar
pengangguran.
Keusahawanan melalui proses kreativiti dan
innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan
mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan
pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan
perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan
berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan
kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta
kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.
1.4 Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan
Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.
|
Mitos (dongeng) |
Fakta |
|
Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang
pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah selalunya
menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal mengalami kegagalan.
Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir dan pelaksana (doers) |
|
|
Usahawan
dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta |
Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan
tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan siri usahawan adalah
secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan
mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik
tersebut dipelajari |
|
Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat banyak usahawan
yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta
francise untuk makanan segera, tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan
McDonald sebuah syarikat makanan segera terbesar di dunia. Kejayaan usahawan
bergantung kepada idea kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan
ciri-ciri ini boleh dipelajari |
|
|
Usahawan adalah
bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri
(anti sosial) |
|
|
Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan
yang berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap; ia
hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah
berjaya. Hari ini, kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan
adalah perkara mustahil. Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak
mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila memulakan perniagaan |
|
|
Kesemua
usahawan memerlukan wang |
Ia adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia juga
adalah benar, kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan
pembiayaan. Untuk usahawan, wang adalah sumber tetapi bukan semuanya
bergantung kepada wang |
|
Semua usahawan
bergantung kepada nasib |
“berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan. Walau
bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Apa
yang penting, seorang usahawan mestilah membuat rancangan, persediaan,
tekad(kepastian), keinginan, pengetahuan dan inovatif |
|
Kebodohan
(ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan |
“Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan masalah
yang berpanjangan”. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran yang bersifat
persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah perancangan yang teliti dan
persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang
masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui
perancangan yang teliti |
|
Memang benar, kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum
mereka memperolehi kejayaan. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta
kegagalan orang lain sebagai rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang. |
|
|
Usahawan adalah
penanggung risiko yang ekstrim |
Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan. Pada pandangan
orang awam, kebanyakkan usahawan adalah penanggung risiko yang tinggi. Tetapi
pada dasarnya, usahawan selalunya mencari informasi dan membuat perancangan
sebelum melakukan sebagai aktiviti. Ini bermaksud, usahawan selalu melakukan
kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku |
1.5 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia
Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila
penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah
Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan
pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai
pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga,
manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih
kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya
keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh
menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah
mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak
mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
1.1
Usahawan
adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir
1.2
Usahawan
dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta
1.3
Usahawan
selalunya seorang pencipta
1.4
Usahawan
adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan
diri (anti sosial)
1.5
Keusahawanan
mesti sepadan (fit) dengan “Profile”
1.6
Kesemua
usahawan memerlukan wang
1.7
Semua
usahawan bergantung kepada nasib
1.8
Kebodohan
(ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan
1.9
Usahawan
mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.
1.10 Usahawan adalah penanggung risiko yang
ekstrim
·
Menjadi
pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.
·
Mmeningkatkan
kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan
·
Melibatkan
perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan
pengeluaran.
·
Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong
para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.
·
Melalui proses
pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di
mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan
mengurangkan kadar pengangguran.
·
Melalui
proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan
untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang
diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang
baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan
mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan)
dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
·
Membantu
memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru
yang diperkenalkan kepada pasaran.
·
Individu
yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian
kekayaan.
|
Zaman |
Konsep dan Teori |
|
Pada zaman
permulaan |
Bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan
perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah
menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk
mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang
berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala
risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut,
keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang. |
|
Pada zaman
pertengahan |
Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi
yang besar. Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan dan tidak
menanggung sebarang risiko. |
|
Abad ke 17 |
Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan
kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah
ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan
ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya
adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya
pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko. |
|
Abad ke 18 |
Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku
kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia.
Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna
kapital, BUKAN pembekal modal |
|
Abad ke 19 dan
20 |
Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad
20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai
usahawan. |
|
Abad ke 21 |
Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi
banyak risiko di dalam usahanya. |
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di
dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang
menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan
yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan
komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan
memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya
bertujuan untuk mencipta keuntungan.”
1.
Keusahawanan
terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Mempunyai nilai kepada
usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2.
Keusahawanan
memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3.
Keusahawanan
adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang
perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4.
Keusahawan
menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama
adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya
keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.