Sekiranya cakera keras akan digunakan sebagai Pemacu C: , pastikan Cakera keras tersebut telah diformat dengan sistem (Format C:/S) dan diaktifkan Partitionnya (Periksa guna FDISK, pastikan ada tanda A pada STATUS)

Sekiranya tidak Active, pergi ke menu utama Fdisk dan pilih pilihan nombor 2 iaitu

Set active partition. (Hanya Partition C: sahaja yang boleh
diaktifkan)
Pergi ke My Computer dan pilih view dan dwi klik pada option Folder

Pegi ke View dan klik pada Show all files.

Mula Membuat Salinan ke
Cakera Keras
1.

Pergi ke Start – Program – Windows Explorer|
2.

Dwi Klik pada C Drive, tandakan pada folder Windows
3.

Pergi ke EDIT dan pilih Invert Selection
4.
Tekan Tetikus Kanan dan pilih Copy

5.
Pergi ke D: drive (cakera keras baru),
dwi klik pada D:

6.
Dwi klik pada D: Drive dan tekan
butang kanan tetikus (right click mouse) dan pilih Paste. Semua fail dan folder
akan dibuat salinan pada cakera keras D kecuali folder Windows.

7.
Apabila selesai membuat salinan. Buat
Folder baru. Klik pada File – New - Folder

8.
Tukar nama direktori kepada Windows


9.

Pergi kembali pada C:
10.

Dwi klik pada folder Windows.
11. Cari nama file win386.swp dan klik sekali.

12. Pergi ke Edit – Invert Selection

13. Tekan Tetikus Kanan dan pilih Copy

14. Pergi semula ke D:

15. Dwi klik pada folder Windows dan tekan butang kanan tetikus (right
click mouse) dan pilih Paste.

16. Dah siap.
17. OFF komputer. Cabut cakera keras C dan gantikan dengan D: . Cuba boot
dari Cakera keras baru